Untitled design - 2021-04-06T102506.470

Biarpun pelbagai kuih-muih ‘hybrid’ telah banyak diperkenalkan ketika ini, namun keenakan kuih-muih tradisional tetap menjadi pujaan dan pembuka selera buat sesiapa sahaja yang menjamahnya.

Itulah yang cuba dikekalkan oleh pemilik Popia Kuih Che Abang, Mohammad Akbar Ramli,54 dan isterinya Norizah Hasan@Aziz,48 yang telah mengusahakan perniagaan aneka kuih-muih Melayu sejak 11 tahun yang lalu.

Bermula dengan hanya menjual dua jenis kuih, Popia Basah dan Popia Goreng sekitar tahun 2011, kini menjual hampir 30 aneka kuih-muih pada setiap hari. Selain di Bazaar Bulatan Uniten, mereka turut mempunyai sebuah lagi cawangan di Cheras Jaya, Selangor.

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP
Menurut Akbar, resipi Popia dan aneka Tepung Talam merupakan resipi turun-temurun.Sejak mula bertapak, resipi asli ini berjaya memikat selera pelanggan mereka. Selain beberapa orang pekerja, pasangan suami isteri ini turut dibantu oleh anak sulung mereka, Muhammad Aiman Mohamad Akbar,22.

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

IMGIMG_0433_0433

IKLAN

Jelas bekas anggota Tentera Laut ini, anaknya mula menunjukkan minat untuk berniaga sejak dahulu lagi. Menariknya,menu seperti Popia Sira yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelanggan juga merupakan cetusan cinta hati mereka itu sendiri.


Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Kongsi Norizah pula yang merupakan seorang bekas guru, setiap hari seawal pagi dia akan menyediakan kulit popia dan kuih Tepung Talam sebelum sedia untuk dijual bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Bagi memastikan kualiti dan rasa asli pada setiap menu tersebut, ibu kepada 5 orang cahaya mata ini hanya akan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi selain mendapatkan bekalan bahan mentah yang segar.

“Setiap hari saya akan menyediakan kulit popia dan kuih-muih yang lain seperti Tepung Talam seawal 7.30 pagi. Semua bahan yang digunakan adalah segar dan diambil dari pemborong setiap hari. Ianya bertujuan untuk mengekalkan rasa serta membuatkan kuih-muih kami tidak mudah basi” kata Norizah

Mengikut rekod jualan,setiap hari mereka mampu menghasilkan 8 hingga 10 kilogram tepung bagi kulit Popia manakala bagi kuih Tepung Talam pula tersedia hampir 23 talam bersaiz besar.

Penangan keenakan kuih-muih Che Abang, tidak hairanlah ia sentiasa mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada para pelanggan pelbagai latar belakang dan kaum. Dedah Akbar, kuih-muih mereka sering kali ditempah untuk pelbagai acara termasuklah menyediakan kuih Kole Kacang di Dewan Parlimen yang menjadi kegemaran ramai ahli politik negara sejak bertahun-tahun dahulu.

IKLAN

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Selain itu, menu seperti Seri Muka Durian turut mendapat permintaan tinggi kerana menggunakan isi durian asli dan kaya dengan rasanya.
“Sebenarnya kuih Seri Muka Durian tidak putus-putus orang membelinya kerana kami hanya menggunakan isi durian sebenar. Menu ini ada pada setiap masa dan isi durian pula kami telah dapatkan dari pembekal” kata Akbar

Menjelang Ramadan yang bakal tiba,gerai Popia Kuih Che Abang turut teruja untuk kembali berniaga di bulan yang penuh keberkatan ini. Pada tahun lalu, mereka turut mengalami nasib sama seperti kebanyakan peniaga lain selepas tidak dibenarkan beroperasi berikutan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

“Kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana mengizinkan kami untuk terus bertapak di sini. Harapan kami bukan sahaja ingin menaikkan kembali kuih-kuih tradisional malah mengharapkan generasi-generasi muda kenal akan aneka kuih-muih yang pernah menjadi kegemaran nenek moyang mereka” tambah Akbar lagi

Pada bulan Ramadan, gerai kuih-muih melayu ini bakal beroperasi bermula jam 1 petang hingga 7.30 malam dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan para pelanggan.

Antara Kuih-Muih Di Popia Kuih Che Abang ialah Popia Basah, Popia Goreng/Sira,Seri Muka Pandan, Seri Muka Durian, Kole Kacang, Sagu Merah,Kaswi,Bingka Ubi Kayu,Lompang,Lopez, Talam Suji, Talam Pandan,Talam Ubi Kayu,Talam Berlauk Ayam,Talam Cendol, Talam Keladi,Tauhu Sumbat,Tauhu Bergedil dan banyak lagi.
Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

IKLAN

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP

Kuih Popia Dan Aneka Tepung Talam Che Abang Jadi Tarikan VIP
Anda yang mengidam kuih muih melayu dan popia, memang wajib datang ke sini. Kuih muih di sini dijamin sedap belaka.

POPIA KUIH CHE ABANG
Lot 20 Bazaar Bulatan Uniten
Jln Uniten, 43009 Kajang, Selangor
Facebook: https://www.facebook.com/ProdukCheAbang/
#popiakuihcheabang
Waktu perniagaan : 11.30 pagi – 6.30 petang (TUTUP SETIAP AHAD)

Kuih Bongkok Sedap Makan Untuk Berbuka Nanti

Resipi Dangai Kukus Memang Buat Ketagih Nak Makan

Resipi Dodol Kukus Paling Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI