Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu  kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.

Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan. Jom semak resipi kuih bakar tradisional.

Rugi kalau tak cuba…

1.KUIH CARA

Kuih Muih Orang ‘Lama’. Dulu Bakar Dengan Sabut, Sekarang Masuk Oven Aje

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa/sederhana pekat (dari 1/3 biji kelapa)
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya /sebagai inti
  • Garam secukup rasa/ untuk rasa lemak masin
  • Sedikit minyak masak /untuk griskan acuan cara

CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.

Saiz hidangan : 30 ketul kuih
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut

INFO CHEF : Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.

2. KUIH BAKAR

Kuih Muih Orang ‘Lama’. Dulu Bakar Dengan Sabut, Sekarang Masuk Oven Aje

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 2 cawan santan /santan kotak yang pekat
  • 1 cawan air /kisar bersama 5 helai daun pandan dan tapi
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau jika suka
  • 1 sudu teh esen vanila jika suka
  • Bijan secukupnya/ disangai sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.

IKLAN

Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci)
Masa memasak : 45 minit hingga sejam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan

INFO CHEF : Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.

3. BINGKA UBI @ BENGKANG UBI KAYU

Kuih Muih Orang ‘Lama’. Dulu Bakar Dengan Sabut, Sekarang Masuk Oven Aje

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan ubi kayu /sukatan selepas diparut
  • 2 cawan santan pekat /daripada 1 biji kelapa
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Sedikit sagu daripada ubi kayu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7.  Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.

Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in)
Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis

IKLAN

INFO CHEF : Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.

4. KEK PISANG

Kuih Muih Orang ‘Lama’. Dulu Bakar Dengan Sabut, Sekarang Masuk Oven Aje

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji pisang emas /dilecek
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan minyak jagung
  • 4 biji telur gred B

Bahan diayak :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan lain

  • 1 sudu kecil esen vanila atau ekstrak vanilla @ esen pisang

CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.

IKLAN

Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.

INFO CHEF : Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI NI :

5 Kuih Tradisional Paling ‘Legend’, Perlu Diwarisi Anak Muda

DAN JUGA RESIPI INI :

Koleksi Resipi Kuih Tradisional Paling Popular & Sedap!

JOM SEMAK VIDEO NI :

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI