Macam mana  hebat pun kuih moden, pasti kuih tradisi juga jadi kesukaan seperti bahulu, lompat tikam dan sago gula Melaka. Keenakan rasa kuih tradisi memang tiada tandingan. Kuih cara juga antara kesukaan ramai sama ada kuih cara manis mahupun berlauk.

KUIH CARA

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepong gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan  air pandan (10 helai blend)
1 biji telur
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam/pewarna hijau

IKLAN

Cara memasak:

1.Kisar semua bahan sampai sebati
2.Panaskan acuan
3.Sapu minyak atas acuan
4.Tuang adunan tunggu sekejap baru letak sedikit gula dihabagian tengah adunan tadi.
5.Cungkil adunan guna lidi nampak kekuningan, adunan menjadi pejal bole angkat.

IKLAN

Siap untuk dihidang.

Kredit: Vee Muhamad

IKLAN

Cara Buat Kuih Vadai Sedap, Lembut & Tak Serap Minyak

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI