Kuih Bunga Pudak adalah sejenis sajian asli tradisional popular di Kedah. Ia  merupakan antara hidangan sewaktu kenduri dan musim perayaan.   Namun kini, kuih ini agak sukar didapati malah tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk menyediakannya.  Jom cuba buat agar kuih tradisional ini tidak hilang ditelan zaman.

BAHAN KULIT:

IKLAN
  • 1 bungkus tepung pulut
  • 250ml air
  • 1 sudu teh garam halus

BAHAN INTI:

IKLAN
IKLAN
  • 1 biji kelapa parut | diambil bahagian putih sahaja
  • 225gm gula pasir
  • Sedikit esen ros
  • Sedikit garam
  • Pewarna hijau, kuning dan merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan inti, gaul rata, warnakan dengan pewarna pilihan dan goreng tanpa minyak hingga kering.
  2. Campurkan tepung pulut, air dan garam. Sebatikan dan biarkan seketika anggaran 1/2 jam.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana panas. Ambil satu sudu makan adunan tepung dan masukkan ke dalam penapis kopi. Ayak ke dalam kuali membentuk bulat.
  4. Masukkan inti ditengahnya dan lipat menjadi segi empat. Lakukan dengan berhati-hati kerana kuih ini sangat mudah hancur.
  5. Siap untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI