Rojak untuk cicah buah dan sayur-sayuran ni lain sikit ramuannya. Ramuan kicap, gula Melaka, cili kisar menghasilkan rasa manis dan pedas.

Kalau ada sengkuang mau berderap derup menikmatinya. Kalau min suka makan dengan jambu air atau mangga muda. Bagi Farisha Sofea pula sengkuang menjadi pilihannya.

Kuah Rojak Homemade, Sedap Cicah Dengan Sengkuang & Buah-buahan
.

ara buatnya mudah sangat, walau pun ada dijual dalam botol, tapi tak sesedap buat homemade yang pastinya segar dan lazat. Jom semak resipi perkongsian daripada Farisha Sofea

KUAH ROJAK HOMEMADE


Kuah Rojak Homemade, Sedap Cicah Dengan Sengkuang & Buah-buahan
BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 1 cawan air
  • 1 ketul gula melaka – beli online DI SINI
  • 2 cawan gula ( boleh kurangkan ) – beli online DI SINI 
  • 1/2 cawan kicap manis – beli online DI SINI
  • 1 – 2 sudu besar cili kisar -beli online DI SINI
  • 1 – 2 sudu besar sos cili – beli online DI SINI 
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil belacan ( dibakar )
  • 2 sudu besar tepung ubi ( dibancuh dengan sedikit air ) – beli online DI SINI
  • 1 cawan kacang tanah ( dah disangai & dikisar kasar )
  • 2 sudu besar bijan

CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan gula melaka ke dalam periuk .
2. Masak menggunakan api sederhana sehingga gula larut sepenuhnya .
3. Masukkan gula , kicap manis,cili kisar,sos cili,garam dan juga belacan .
4. Masak sehingga mendidih .
5. Kemudian masukkan air bancuhan tepung ubi dan masak sehingga pekat .
6. Sentiasa kacau agar kuah tidak hangus .
7. Setelah kuah menjadi pekat , masukkan kacang tanah dan juga bijan .
8. Kacau sebati dan biarkan kuah masak seketika .
9. Tutupkan api dan sejukkan seketika

Kuah Rojak Homemade, Sedap Cicah Dengan Sengkuang & Buah-buahan
.

* Simpan kuah rojak dalam bekas bertutup dalam peti sejuk.

IKLAN

FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

INGIN MEMBELI MESIN PENGISAR DAN GRINDER, JOM BELI DI SINI 

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

IKLAN

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Cara Masak Kuah Rojak Sotong Kangkung Yang Paling Sedap.

Resipi Rojak/Passembur Mamak Yang Meletup! Mesti Puas Hati!

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI