Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai sabun biasa pun tak nak tanggal. Anda boleh cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
- Sabun mandi ( buku)
- Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.
Kredit petua & foto: Dahriah Damsah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Siang Ikan Siakap, Cubalah Resipi Ikan Siakap Masak Asam Ni.
Ikan siakap tulangnya keras. Kalau nak sedap makan elok dibuang tulangnya dahulu. Tulang ikan siakap ni besar dan keras, kalau dah tak de tulangnya taklah kita bimbang anak-anak tercekik tulang.
Ni RASA kongsikan cara-cara membuang tulang ikan siakap dengan teknik yang betul. Perkongsian dari laman dapurkakyah. blogspot.com.
1. Menggunakan pisau yang tajam, rapatkan mata pisau di sebelah atas tulang utama ikan dan potong memanjang sepanjang atas tulang ikan tersebut(pastikan jangan sampai terbelah belakangnya)
2. Proses yang sama, lakukan cara yang sama untuk bahagian tulang di sebelah bawah pula(untuk memudahkan ubah kedudukan ikan tersebut..lihat kedudukan kepala ikan untuk gambar atas dan yang ini.
3. Menggunakan gunting khas(guna pisau pun boleh..) potong bahagian bawah tulang utama tersebut.
4. Lakukan cara yang sama untuk bahagian atas tulang tersebut
5.Tarik tulang tersebut..kalau susah untuk tanggal gunakan gunting untuk menanggalkan bahagian yang melekat tersebut.
6. Mudahkan dah pun boleh tertanggal kesemua tulang yang memanjang tersebut.
7.Menggunakan alat mencabut tulang guna playar(plier)…guna pisau pun boleh tapi berhati-hati jangan terkena jari.Selepas itu pastikan tulang-tulang dibuang kesemuanya.
8. Akhirnya menggunakan gunting atau pisau potong ekor, sirip dan apa-apa yang patut..
Dan bersihkan dengan melumur dengan asam jawa dan cuci dengan air bersih akhirnya…
Haa..ikan dah pun siang, ni min kongsikan resipi Ikan Siakap Masak Asam.. Elok juga untuk orang berdiet. Sempena hari kemerdekaan ini best jugak kalau mencuba hidangan Cina tau. Bolehlah cuba…
MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100 gm bawang putih
- 100 gm bawang besar
- 50 gm Serai
- 100 gm Lada Merah
- 150 gm Cili Boh
- 5 keping asam keping
- 50 gm Asam Jawa
- 50 gm Air Limau Nipis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
Bahan-bahan ikut citarasa ( dipotong kasar & digoreng sekejap saja):
- Kacang Panjang
- Kacang Bendi
- Tomato
- Bawang Besar
- Lada Merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning
2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa & garam secukup rasa
3. Campur sedikit air jika rasa agak kering.
4. Masukkan Ikan siakap yang di kukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.
Kredit : dapurkakyah.blogspot.com
Ini Caranya Buat Telur Dadar Nipis & Senang Gulung.
Anda ingin membuat telur dadar nipis dan cantik? Tak kisah untuk tujuan hiasan atau baluran atau sebagai bahan gulungan, ia tidak semudah yang dilihat. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah, tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang nipis dan tak koyak bila digulung, ini caranya:
Gunakan Kuali Tidak Melekat (Non Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non stick adalah pilihan terbaik, terutama anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22cm adalah lebih sesuai.
Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini, akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah, ia tidak terlalu sedikit. Dengan dua biji telur anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit .
Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Walaupun menggunakan kuali anti lekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali, Gunakan lebih kurang satu sudu the minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Ia membantu telur dadar lebih mudah diterbalikan, Jika terlebih minyak boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata, anda perlu gunakan api. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Sangat penting anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan untuk satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran. Agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
Goreng Sekejap
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elak dari terlalu telur dadar menjadi terlalu garing kerana warnanya akan berubah menjadi kuning keperangan. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan masukkan telur, apabila cairan telur sudah kering terbaikkan sebelah lagi, selepas 30 saat angkat segera telur.
Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga dijadikan lauk dimakan dengan pulut kuning, nasi goreng ata diratah begitu sahaja.
Senangkan? Anda boleh mencubanya di rumah selepas ini.
Ikut Cara Ni Kalau Tak Mau Ikan Keli Melekat Bau Hanyir!
Ada orang minat makan ikan keli ada orang yang bukan setakat makan nak tengok ikan keli pun geli. Kalau tak betul cara siang ikan keli memang akan meninggalkan bau yang kurang enak bila makan nanti.
Ikut tip yang Aris Farhan kongsikan ini supaya ikan keli korang goreng nanti tak bau hanyir lagi:
1. Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, kaedah terbaik mematikannya tanpa menyeksa ikan ini boleh tonton video di bawah:
2. Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau kalian nak masak sekali sesungut ini, itu hak kalian.
3. Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau kalian nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
4. Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
5. Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, engkau tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
6. Plup! Maka terkeluarlah objek darah beku hanyir tersebut. Ada dua ya, sebelah kiri dan kanan. Maka buanglah ia. Kalau kau nak bau dulu pun boleh.
7. Ha ini bendanya, selalu berwarna hitam pekat atau keemasan. Ikut jenis ikan tersebut. Bau memang hanyir.
8. Dah dapat sila buang jauh-jauh. Jangan engkau buat batu cincin pula ya.
9. Akhirnya, baru bersih lagi suci ikan kita. Sudah boleh masak berlada ke, bakar salai ke, atau goreng kunyit sahaja. Selamat mencuba!
https://www.facebook.com/sstv.my/videos/2104067166504760/
Sumber: Aris Farhan Yb