Bosan dengan menu yang sama untuk sarapan, cuba gabungkan pilihan resipi timur dan barat ini. Yang penting cara memasaknya mudah dan cepat. Jika mahu cepat lagi siapkan bahan-bahannya di sebelah malam. Sajian sarapan paling penting untuk memulakan hari anda dan anak-anak. Dengan menu ringkas ini, pasti anda ada masa untuk memasaknya.

 

POPIA LADA HITAM

 Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm sengkuang } disagat halus memanjang
  • 150 gm lobak merah }disagat halus memanjang
  • 5 gm bawang putih
  • 25 gm udang kering } disangai dan ditumbuk
  • 15 gm serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit tepung gandum dan air  } satukan untuk dijadikan ‘gam’
  • Kulit popia secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
  2. Masukkan udang kering, garam, gula, serbuk lada hitam dan teruskan menggoreng hingga sebati.
  3. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul sebati dan tutup api.
  4. Toskan supaya tiada air lebihan di dalam inti tersebut.
  5. Ambil sekeping kulit popia,letakkan sedikit inti di tengah-tengah kulit popia, tutup penjuru kiri dan kanan.
  6. Kemudian gulung dari hujung atas ke bawah. Gunakan campuran air dan tepung sebagai gam untuk mengemaskan lipatan gulungan. Ulangi langkah hingga selesai.
  7. Setelah itu, panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah menggoreng popia. Angkat setelah cukup masak dan kulitnya bertukar kekuningan.
  8. Toskan dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jangan masak inti terlalu lama setelah memasukkan sengkuang dan lobak merah ke dalam kuali kerana ianya akan melayukan sengkuang dan lobak merah serta tidak rangup.

 

NASI GORENG TOM YAM

Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN :

  •  2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 1/4 bawang besar
  • 75 g isi ayam
  • 5 ekor udang
  • 3 sudu besar sayur campuran
  • 1/2 sudu besar pes tom yam
  • 250 g nasi sejuk
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Sedikit perahan jus limau

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ½ sudu minyak dalam kuali dan goreng telur yang dipukul cara dadar.
  2. Potong telur dadar dalam kepingan kecil. Ketepikan.
  3. Panaskan baki 1 ½ sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan ayam, udang dan kacau sehingga ia separuh masak, diikuti dengan sayur campuran.
  5. Masukkan pes tom yam dan kacau sebati sebelum masukkan nasi sejuk.
  6. Tambah sos ikan dan telur ke dalam kuali. Kacau secara berterusan untuk rasa yang sebati dengan semua bahan-bahan.
  7. Sendukkan nasi goreng yang telah siap dan masukkan perahan jus limau.
  8. Siap untuk dihidangkan.

 

IKLAN

SPAGHETI KEJU

Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN :

  • 340g spagheti
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 200ml krim berat
  • 200ml sup ayam
  • 300g keju Itali dicincang
  • Secubit Garam
  • lada hitam secukup rasa
  • 2 sudu besar parsley segar dicincang

 CARA MEMASAK :

  1. Didihkan air dalam periuk besar  dengan sedikit garam untuk merebus spagheti.
  2. Buang sebahagian air yang direbus, tinggalkan sedikit  dalam anggaran satu cawan air, di dalam  periuk.
  3. Sementara itu, dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana, panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, kemudian tambah krim berat, sup ayam, dan 1/2 cawan air.
  4. Tambah spagheti dan gaul sebati. Biarkan seketika.
  5. Padam api dan tambah keju. Kacau atau kiraikan, tambah lebih banyak spagheti sehingga sos mencapai rasa yang diinginkan.
  6. Perasakan dengan garam dan lada hitam, hiaskan dengan pasli, dan siap untuk dihidangkan.

 

FRITTATA BERKEJU

 Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah! 

BAHAN-BAHAN :

  • 5 biji telur
  • 30 gram susu segar
  • 25 gram cendawan butang (dihiris)
  • 25 gram bawang merah (dipotong dadu)
  • 25 gram lada benggala merah (dipotong dadu)
  • 25 gram lada benggala kuning (dipotong dadu)
  • 10 gram daun bawang
  • 25 gram keju Cheddar (diparut)
  • 25 gram keju Mozzarella (diparut)
  • 10 gram mentega
  • Garam
  • Lada putih

 

IKLAN

CARA MEMASAK :

  1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada putih hingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan, lada benggala merah dan kuning sehingga naik bau.
  3. Seterusnya, masukkan adunan telur tadi dan kacau bersama bahan tumisan berserta sayuran tadi.
  4. Apabila sekata, masak campuran telur berisi sayur dan taburkan dengan hirisan daun bawang hingga separa masak.
  5. Akhir sekali, taburkan parutan keju Cheddar dan Mozzarella di atas permukaan telur dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
  6. Sedia untuk dihidang.

 

VOLCANO BEEF CHEEZY ONION

 Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram keju Mozzarella (dipotong dadu kecil)
  • 400 gram daging cencang
  • 3 biji bawang Holland (dibelah dua)
  • 5 helai daun oregano (dicencang halus)
  • ½ kg serbuk roti
  • 2 biji telur
  • 300 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh paprika
  • Serbuk perasa
  • Keju krim (untuk sos)
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

 

CARA MEMASAK :

  1. Gaul daging cencang bersama daun oregano, paprika dan serbuk perasa.
  2. Belah bawang Holland kepada dua bahagian dan leraikan.
  3. Kemudian, masukkan daging yang telah siap digaul tadi ke dalam bawang dan sumbatkan bersama keju Mozzarella.
  4. Bulat-bulatkan dan gaul di dalam tepung gandum.
  5. Sesudah itu, celupkan ke dalam telur dan serbuk roti.
  6. Akhir sekali, goreng hingga berwarna keemasan.
  7. Boleh dihidangkan bersama keju krim.

 

IKLAN

KACANG POOL

 Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!

BAHAN-BAHAN :

  • 1 tin kacang parang
  • 300 gram daging cencang
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 5 biji bawang merah – kisar
  • Satu biji telur – digoreng
  • 3 sudu minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Hiasan:

  • 1 biji limau kasturi – potong dua
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • 1 biji bawang merah – potong kecil

 

Cara Membuat:   

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan daging cencang, masak hingga kekuningan
  3. Kemudian, masukkan tomato puri. Kacau seketika.
  4. Selepas itu, masukkan kacang parang, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kacau dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
  7. Di atas pinggan, letakkan telur mata, kemudian hiaskan dengan hirisan limau kasturi, cili hijau dan bawang merah.
  8. Boleh dinikmati bersama roti putih.

 

Resepi: Mingguan Wanita

Foto: Kumpulan Media Karangkraf

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI