Untitled design - 2021-07-08T070136.678

Dah lama tak merasa lauk kenduri. Bila dapat makan lauk kenduri yang cukup rasa, memang puas hati. Memang ada lauk kenduri yang boleh dibeli tapi rasanya belum tentu menepati cita rasa. Jadi jomlah kita masak Nasi Minyak Simple digandingkan dengan Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja, Acar Timun Karot.Masak sendiri lauk kenduri ni boleh berulang kali makan.

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Udang Masak Diraja Tidak Jemu Makan
NASI MINYAK
Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga
  • 2 sudu besar mentega/ minyak masak
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna kuning jika suka
  • Hiasan – bawang Goreng dan kismis

Cara memasak:
1.Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
2.Panaskan mentega tumis bawang dan halia yang telah dikisar.
3.Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
4.Bila dah garing masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam
5.Tuangkan dalam periuk nasi.
6.Biarkan nasi masak seperti biasa.
7.Bila dah kering celupkan pewarna kuning guna lidi ke nasi.
8.Biarkan nasi masak, kacau guna garfu.
9.Taburkan bawang goreng dan kismis.

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Udang Masak Diraja Tidak Jemu Makan
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • Cili kering kisar secukupnya
  • 1-2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis,pelaga, bunga lawang)
  • 1 helai daun pandan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukupnya

Cara memasak:
1.Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak.
2.Guna minyak goreng ayam tadi goreng bawang merah yang ada dihiris tadi dan angkat, ketepikan.
3.Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan.
4.Bila dah naik bau, masukkan cili kisar dan daun pandan.
5.Tumis hingga cili garing.
6.Masukkan sos cili dan sos tiram.
7.Masukkan air.
8.Perasakan dengan garam dan gula.
9.Bila dah mendidih masukkan ayam dan biarkan seketika.
10.Taburkan bawang merah goreng tadi dan tutup api.

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Udang Masak Diraja Tidak Jemu Makan

IKLAN

UDANG MASAK DIRAJA
Bahan-bahan:

  • 20-25 ekor udang
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • Sedikit halia *
  • Sedikit kunyit hidup *
  • 5 biji cili api *
  • 2 batang serai
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • Gula
  • Garam

Cara memasak:
1.Panaskan minyak tumis bahan kisar *
2.Masukkan serai.
3.Dah garing masukkan cili, tumis hingga naik minyak.
4.Masukkan santan dan asam keping.
5.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit
6.Bila dah menggelegak masukkan udang.
7.Udang masuk akhir sebab tak nak bagi udang terlebih masak dan liat.
8.Masukkn garam dan gula secukup rasa.
9.Agak-agak udang dah masak, boleh tutup api

Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Udang Masak Diraja Tidak Jemu Makan
ACAR TIMUN KAROT
Bahan-bahan:

  • 1 biji timun
  • 1 biji karot
  • 1 -2 biji cili merah
  • 2 biji bawang merah
  • sedikit cuka makan
  • Garam dan gula

Cara membuat:
1.Potong dan hiris ikut cita rasa.
2.Gaulkan semua bahan.
3.Masukkan cuka, garam dan sedikit gula.
Kredit:Hidayati Hana

IKLAN

Manis & Lemak Masin Santan. Begini Cara Buat Pulut Kuning Kelantan Yang Sedap

Lagi Jimat Buat Sendiri, Resipi Ayam Tandoori Sama Seperti Di Kedai Mamak

Ayam Masak Kurma Resipi Abah. Letak Bahan Rahsia, Patutlah Sedap, Pekat 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI