Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap...

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

Penggemar hidangan makanan laut pastinya mempunyai seribu satu alasan mengapa mereka menggemari udang, sotong, ketam dan sebagainya. Tidak dilupakan keenakan kekapis, tiram dan lala yang dimasak dengan cara tersendiri dan sering menjadi pilihan untuk hidangan istimewa mahupun menu seharian. Pendek kata bila ke pasar, jumpa aneka makanan laut segar memang tak sah kalau tak beli. Rasa manisnya dan kesedapannya memang tak boleh digambarkan. Merecik!

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga faham-faham sahajalah. Pastinya mahal. Berbeza jika anda masak sendiri di rumah. Kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya secara santai. Jom cuba! Anda pasti puas hati.  

 

1. KETAM BERCILI

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ kg ketam- saiz besar
  • 3 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
  3. Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  4. Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
  6. Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu.

 

2. SOTONG KICAP LADA HITAM

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam  kisar kasar
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
  5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
  6. Sedia dihidang.

 

3. KEPAH GALIC BUTTER

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kepah
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Sedikit garam, gula dan lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
  2. Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
  3. Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
  4. Angkat dan hidangkan.

 

PSST…RESIPI NI PUN ANDA KENA CUBA TAU: 

Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Bersalut Elok. Perghhhh…Memang Layan Habis!

 

4. LALA TIGA RASA

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg lala-bersih dan tos
  • 2 batang serai –kisar kasar
  • 3 tangkai cili merah-kisar kasar
  • 3 tangkai cili padi-kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih-kisar kasar
  • 1 biji bawang besar-kisar kasar
  • 3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
  • 1 biji tomato-cincang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
  3. Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
  5. Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.

 

5. UDANG LEMON HONEY BUTTER

IKLAN

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL- bersih dan tos
  • 3 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih-cincang
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 2.5cm halia-hiris halus
  • Sedikit parutan kulit lemon
  • 1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar oren sunquick
  • 1 sudu besar madu
  • ½ cawan susu segar
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
  2. Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
  3. Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
  4. Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
  5. Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
  7. Akhir sekali masukkan udang.
  8. Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

6. KEKAPIS GORENG CILI BENGGALA

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 15 ekor kekapis
  • 1 biji cili Benggala hijau|potong dadu
  • 4 ulas bawang putih|cincang
  • 3cm halia|mayang halus
  • 15ml sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan kekapis, cili Benggala dan sos tiram.
  3. Tambah sedikit air. Masak untuk beberapa minit.
  4. Tambah garam, lada sulah serta lada hitam secukup rasa sebelum dihidangkan.

Info Chef: Pastikan cengkerang kekapis dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya.

 

7. KEPAH MASAM MANIS

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kepah
  • 30gm cili kisar
  • 30gm sos tomato
  • 30gm sos plum
  • 30gm sos cili Thai
  • 4 ulas bawang putih|cincang halus
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga ia menjadi wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi selama beberapa minit. Masukkan sos cili Thai, sos tomato dan sos plum.
  3. Masukkan kepah dan tumis lagi beberapa minit hingga kepah masak.
  4. Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef: Kepah akan terbuka apabila sudah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna.

BACA JUGA:

NI dia Sotong Masak Lemak Serai Resipi Warisan Nenek

 

IKLAN

8. KERANG BERCILI PEDAS

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi kerang
  • 10 biji cili padi|dikisar
  • 5 biji cili hijau|dikisar
  • 6 biji bawang merah|dikisar
  • 4 ulas bawang putih|kisar
  • 5ml air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan belacan, air asam jawa dan isi kerang. Tumis sehingga bahan masak.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Info Chef: Sebaiknya rendam seketika isi kerang untuk memastikan ia bersih dan segar.

 

9. KETAM MASAK TELUR MASIN

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor ketam|dibersihkan
  • 50gm mentega
  • 6 ulas bawang putih|dicincang
  • 5 biji cili padi|dipotong kecil
  • 30gm cili kisar
  • 15ml susu cair
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji telur masin|diambil kuningnya dan hancurkan
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumur sedikit garam dan lada sulah di atas ketam. Panaskan minyak kemudian goreng ketam sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi. Masukkan cili kisar, cili padi dan daun kari.
  3. Masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan tadi kemudian masukkan susu cair dan tambahkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan ketam dan kaup-balikkan sebati sebelum dihidangkan.

Info Chef: Penggunaan mentega menambahkan lagi rasa lemak untuk hidangan ini.

 

10. LALA BULUH KAM HEONG

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm lala buluh
  • 1 biji bawang besar|dikisar
  • 3 ulas bawang putih|dikisar
  • 30gm udang kering|dikisar
  • 30gm serbuk kari
  • 15ml kicap pekat
  • 15ml sos tiram
  • 4 tangkai cili kering|dipotong kecil
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan daun kari dan cili kering.
  2. Masukkan pula rempah kari dan sedikit air, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan lala buluh, tambah sedikit air dan didihkan beberapa minit.
  3. Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef: Pastikan lala buluh dibersihkan di bawah air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang terlekat.

 

IKLAN

11. PEPAHAT TUMIS HALIA

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm pepahat
  • 5cm halia muda|mayang halus
  • 4 ulas bawang putih|dicincang
  • 5gm serbuk lada sulah
  • 5gm sos tiram
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan pepahat, sos tiram dan serbuk lada sulah.
  3. Jika perlu tambah sedikit air. Tumis beberapa minit hingga pepahat masak.
  4. Tambah garam secukup rasa.

Info Chef: Hidangan ini tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kesegaran pepahat.

ANDA MUNGKIN BERMINAT: 

13 Resipi Mudah Boleh Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

 

12. SAMBAL TUMIS KUPANG

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi kupang
  • 120gm cili kisar
  • 6 biji bawang merah|dikisar
  • 4 ulas bawang putih|dikisar
  • 1 labu bawang besar|dipotong bulat
  • 15ml air asam jawa
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga masak.
  2. Masukkan air asam jawa, isi kupang dan bawang besar.
  3. Tambah sedikit air dan didihkan sambal untuk beberapa minit.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.

 

13. UDANG GALAH BUTTERMILK

Koleksi Resipi Makanan Laut Yang Sesuai Untuk Buat Shellout. Jimat & Sedap Giler!

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang galah
  • 150gm mentega
  • 250ml susu cair
  • 6 ulas bawang putih|dicincang
  • 6 biji cili padi|dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 5ml bancuhan tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang kemudian lumurkan sedikit garam dan lada sulah.
  2. Salut udang bersama tepung jagung kemudian goreng sehingga ia menjadi garing. Ketepikan.
  3. Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan cili padi dan daun kari. Tuang susu cair. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan udang yang telah digorengkan tadi lalu dikaup-balikkan sebati.
  6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI