Kadangkala bahan yang ringkas, jika kena dengan cara masaknya, tetap sedap untuk dijadikan lauk utama. Sebagai contoh, masakan menggunakan telur rebus ni. Bukan setakat goreng atau rebus dan makan dengan cicah kicap je tau. Macam-macam boleh buat. Memang mudah dan membuka selera. Sesuai sangat anda masak sebagai menu makan tengahari. Selamat mencuba!   

 

1. RENDANG TELUR CILI KERING 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur |rebus
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia  | kisar
  • 1 inci kunyit hidup  |kisar
  • 2 batang serai | hiris
  • 1 helai daun kunyit | hiris
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit minyak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

2. SAMBAL TELUR BERSERAI 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan goreng
  • 8 biji cili merah | dikisar
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih |dikisar
  • 1 batang serai | titik
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
  2. Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

3. TELUR MASAK KICAP 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur | rebus dan digoreng
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • Sedikit kicap manis + kicap masin
  • 2 helai dau bay
  • Sedikit cuka
  • Sedikit hirisan cili benggala hijau
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga terbit bau. Masukkan daun bay dan masak sehingga bahan garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air, cuka, dan kicap manis serta kicap masin. Biarkan mendidih. Bila kuah agak pekat, masukkan telur dan hirisan cili benggala. Kacau sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.

 

4. MASAK KURMAK TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU 

IKLAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit – boleh juga guna telur itik
  • 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
  • 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong  empat
  • 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
  • 300ml air
  •  8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
  •  2 biji bawang besar | dihiris halus
  • 2 labu bawang putih | dihiris
  • 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
  • Rempah 3 beradik secukupnya
  •  Minyak untuk menumis
  •  3 helai daun pandan | disimpul
  •  4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau . Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik .
  2. Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan air diikuti santan.  Kacau rata.  Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam  dengan secukupnya.
  5. Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

 

5. KARI TELUR KENTANG

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur |rebus dan buang kulit
  • 700ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang | belah empat
  • 2 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan  serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS HALUS:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama  serbuk cili dan kunyit.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
  4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
  5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan lauk telur ini sedia dihidangkan.

 

6. KURMA PEKAT TELUR REBUS

IKLAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur ayam | rebus dan kupas kulitnya
  • 200ml santan kotak
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 biji ubi kentang | buang kulit dan belah empat
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • 2 biji cili merah | belah dua
  • 1 biji bawang holand | belah empat
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIRISAN:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang  kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Cucuk telur rebus dengan garpu, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma yang dicampur dengan serbuk ketumbar dan dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan kentang dan lobak merah, asam gelugor serta air Setelah mendidih, masukkan santan dan telur.
  5. Kecilkan api, dan perasakan dengan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
  6. Setelah kuah pekat. Masaukkan hirisan bawang besar, tomato serta cili hijau dan merah. Kacau seketika dan masukkan daun ketumbar.
  7. Tutup api dan kurma telur sedia dihidangkan.

 

7. SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
  • 1 keping tauhu | potong dadu
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 4-5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukup untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2 hiris halia

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, goreng telur puyuh hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis bahan kisar, hingga wangi.
  5. Masukkan pes cili bersama air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan sos cili secukupnya.
  8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

8. TELUR PUYUH KRIM MENTEGA

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh| rebus dan goreng
  • 5 biji cili padi| dihiris
  • 5 biji bawang merah| dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tin susu cair
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
  3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

9. PETAI TUMIS BERSAMA SOTONG KERING 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Boleh Masak Guna Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm petai – dikupas kulit
  • 12 biji telur puyuh rebus
  • 3 sudu makan sotong kecil kering – dibasuh sedikit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 ruas lengkuas – ditumbuk
  • Minyak  masak secukupnya

BAHAN TUMBUK HALUS:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta lengkuas hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sotong kering kecil dan juga petai. Gaul rata.
  3. Seterusnya masukkan telur puyuh. Jika sambal terlalu kering, masukkan sedikit air.
  4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
  5. Bila sambal tumis sudah masak dan sekata, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi: lusiaa_VV

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI