Sedapnya kalau dapat makan aneka lauk pauk kampung. Tak jemu, tak muak dan sangat membuka selera. Di musim PKP ni, susah nak balik ke kampung halaman untuk menghadiri majlis kenduri kendara. Jadi bagi anda yang teringin sangat nak makan, bolehlah cuba masak sendiri di rumah guna resipi perkongsian Puan Norasida Yasin ni. Sesekali makan lauk kenduri simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!

 

ANEKA RESIPI LAUK KENDURI SELERA KAMPUNG MUDAH & ENAK

 

1. GULAI DAGING KERISIK

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
300ml santan
Air secukupnya
3 sudu makan kerisik
3 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
3cm halia
3 cm lengkuas
4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Daging dibersihkan dan tos.
  2. Panaskan minyak, tumiskan serai titik hingga wangi.
  3. Tambah ke dalamnya bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  4. Masukkan dagiang, kacau hingga layu. Tambahkan air dan biarkan mereneh hingga empuk.
  5. Setelah daging empuk dan air kering, masukkan asam gelugor serta santan.
  6. Biarkan mereneh dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Akhir sekali masukkan kerisik, dan kecilkan api.
  8. Selepas mereneh lebih kurang lima minit, tutup api.
  9. Gulai daging merisik sedia dihidangkan.

 

2. DAGING KISMIS

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci bersih dan tos
3 sudu makan kerisik
5 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan kicap pekat
1/2 cawan kicap manis
1/4 cawan kicap masin
4 sudu makan puri tomato
1 keping gula melaka
200 ml santan
Garam dan gula secukupnya
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3cm halia
5 batang serai
1 cawan kismis

BAHAN PENUMIS:
5 ulas bawang merah| hiris
4 kuntum bunga lawing
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan daging yang telah dihiris dan dibersihkan bersama bahan kisar, puri tomato, semua jenis kicap, kerisik, pes cili, gula melaka dan santan.
  2. Gaul rata hingga sebati, masukkan dalam bekas bertutup dan perapnya semalaman di dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang hingga wangi kemudian masukkan rempah penumis.
  4. Setelah harum, masukkan daging yang telah diperap tadi, kacau rata.
  5. Jika daging agak liat tambah sedikit air dan biarkan mereneh hingga empuk.
  6. Setelah daging empuk, keringkan kuah dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila cukup rasa dan timbul minyak, bolehlah tutup api.
  8. Daging Kismis boleh dihidangkan.

INFO CHEF: Selain kismis, anda boleh tukar dengan buah prune. Atau campurkan kedua-dua bahan ini dalam masakan.

 

3. DAGING SOS TIRAM & CENDAWAN SHITAKE

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam halus
6-8 biji cendawan shitake | hiris
1 biji lada banggala merah | hiris
1 biji lada banggala hijau | hiris
2 biji bawang besar | hiris bulat
5 ulas bawang putih |titik
4cm halia muda | hiris batang mancis
3 sudu makan sos tiram
Garam dan sedikit gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan hirisan daging bersama lada sulah dan garam, gaul rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging hingga bertukar warna.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan minyak yang sama tumis, hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Seterusnya, campurkan hirisan cendawan dan cili benggala merah dan hijau ke dalamnya.
  6. Kacau rata, masukkan pula daging yang telah digoreng sekejap tadi bersama sos tiram.
  7. Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan panas-panas.

 

IKLAN

4. DAGING TUMIS KARI

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris, cuci dan tos
1 biji bawang besar | hiris
2 batang serai | titik
3 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan yogurt
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit hidup

REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kumtum bunga cengkih
5 ulas buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama serai titik, bawang besar.
  2. Setelah wangi masukkan daun kari, kacau seketika masukkan bahan kisar serta pes cili.
  3. Kacau rata, setelah pecah minyak masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Apabila tumisan timbul minyak, masukkan yogurt dan daging, kacau rata.
  5. Jika daging agak liat tambahkan air, biarkan hingga masak.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, terus kacau hingga daging garing dan timbul minyak.
  8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan.

 

5. DAGING GULAI LEMAK BERSAMA CENDAWAN HITAM

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris nipis, cuci dan tos
1 litter santan
4 batang serai |titik
2 keping asam gelugor
3 hirisan lengkuas | titik
1 mangkuk cendawan hitam | rendam dan hiris
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:
4cm kunyit hidup
25-30 cili padi
5 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ke dalam periuk hirisan daging bersama bahan kisar.
  2. Gaul rata dan letakkan atas api dapur, kacau hingga air daging kering.
  3. Masukkan pula santan dan serai, biarkan gulai mereneh atas api sederhana.
  4. Setelah daging empuk masukkan asam gelugor, cendawan.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah masak, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.

 

6.AYAM MASAK TOMATO

IKLAN

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (bebih kurang1.5 kg) potong kecil
3 biji tomato| buang biji dan potong dadu
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 tin puri tomato
1 tin susu cair
4 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji cili merah
4 biji buah keras

CARA MEMASAK:
1. Ayam yang dipotong kecil tadi dicuci bersih dan toskannya.
2. Gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam halus.
3. Panaskan minyak , goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
6. Kemudian masukkan pula bahan kisar dan pes cili kering.
7. Tumis hingga pecah minyak, baru masukkan puri tomato.
8. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Kacau rata dan masukkan santan dan tomato yang dipotong dadu, biarkan mereneh.
10. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
11. Setelah cukup rasa, tutup api dan Ayam Tomato sedia dihidangkan.

 

7. AYAM KICAP SERAI CILI PADI

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (lebih kurang 1.5kg) | potong kecil dan bersihkan.
1 biji bawang besar | hiris bulat
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili hijau | hiris memanjang
6 batang serai |titik kasar
25-30 biji cili padi |titik
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula jika perliu
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR KASAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit.
  4. Tumiskan serai dengan hirisan bawang besar hingga wangi.
  5. Kemudian baru masukkan bahan kisar dan cili padi yang dititik.
  6. Kacau hingga pecah minyak baru masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan manis.
  7. Gaul rata dan masukkan ayam.
  8. Kecilkan api, dan terus gaul sebati. Tambah garam dan gula secukupnya jika perlu.
  9. Setelah sekata, masukkan hirisan cili merah dan cili hijau.
  10. Tutup api, dan sedia dihidangkan.

 

8.KARI AYAM DENGAN NANGKA MUDA ALA UTARA

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil
500gm nangka | potong dadu saiz sederhana dan rebus
3 sudu makan rempah kari
2 sudu makan pes cili kering
250gm santan kotak
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia

IKLAN

BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
5 ulas buah pelaga
3 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau rata .
  3. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Setelah tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam kecut.
  6. Masukkan nangka dan sedikit air rebusan nangka serta air asam jawa.
  7. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga ayam empuk.
  8. Masukkan santan, kemudian perasakan dengan garam dan gulu secukupnya.
  9. Setelah masak, kecilkan api.
  10. Masa yang sama, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan rempah penumis serta daun kari hingga wangi.
  11. Tutup api dan tuangkan rempah penumis ini ke dalam periuk kari ayam dengan nangka tadi.
  12. Kacau rata, tutup api kari dan, ia sedia dihidangkan.

 

9. UDANG MASAK MERAH

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1 kg udang | saiz L atau XL
5 sudu makan pes cili kering
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1/2 cawan yogurt
1 biji bawang besar | hiris bulat
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng

BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
5 biji cili merah
1 biji tomato
1 pokok daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Udang dibersihkan, kemudian gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng udang hingga bertukar warna kemerahan.
  3. Angkat dan ke tepikannya.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis hirisan bawang besar bersama serai hingga wangi.
  6. Masukkan bahan kisar serta pes cili kering.
  7. Tumis hingga pekat dan pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan tomato.
  8. Masukkan pula udang yang telah digoreng tadi dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
  9. Setelah cukup rasas, tutup api.
  10. Udang Masak Merah sedia dihidangkan.

10. SAMBAL TEMPOYAK PUCUK KAYU

Koleksi Resipi Lauk Kenduri Selera Kampung Boleh Masak Dalam Jumlah Sedikit

BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun pucuk ubi | hiris halus
4 helai daun kunyit | hiris halus
20 helai daun kaduk | hiris halus
5 papan petai | ambil isi dan hiris
8 batang serai | hiris halus
300 ml santan pekat
1 cawan tempoyak
1 cawan ikan bilis | kopek dan cuci bersih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
1/2 cawan cili padi | buang tangkai
4 cm kunyit hidup
Segenggan ikan bilis

CARA MEMASAK:

  1. Cuci besih bahan hirisan di bawah air mengalir, kemudian tos.
  2. Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama tempoyak serta santan pekat.
  3. Seterusnya masukkan ke dalamnya semua bahan hirisan serta ikan bilis tadi.
  4. Masak atas api sederhana hingga dedaun dan petai lembut
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masak hingga kuah pekat.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Idea 14 Resipi Rendang Boleh Ambil Tempahan & Buat Niaga Di Musim PKP

Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD

Guna 3 Bahan Je. Ini Resipi Roti Bakar Ala Kopitiam Super Lazat & Mudah

Cara Masak Kuah Bakso Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan

Resipi Kuih Asam Gumpal. Menu Minum Petang Mudah Buat Masa PKP

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI