Keenakan manisan sememangnya tidak dapat dinafikan apatah lagi jika dinikmati di waktu-waktu petang begini. Manisan seperti aneka bubur sentiasa mendapat tempat di kalangan peminatnya. Kombinasi rasa lemak serta manis yang seimbang menjadikan hidangan ini tidak puas dinikmati. Khas buat anda, RASA kongsikan aneka resipi bubur manis yang mudah yang boleh dicuba.
1. BUBUR BARLI DAN PISANG
BAHAN-BAHAN:
6 biji pisang nangka
100gm barli|rebus sehingga empuk
600ml santan
150gm gula
100gm gula merah
2 helai daun pandan|disiat&simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.
2. BUBUR BUTIR NANGKA
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung pulut
2800gm gula
800ml santan pekat
2 helai daun pandan|disimpul
Secubit garam
4 pewarna makanan pilihan
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
IKLAN
Didihkan air yang banyak di dalam periuk yang besar.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk berserta secubit garam. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga menjadi doh yang lembut.
Bahagikan doh kepada tiga bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna makanan pilihan.
Bentukkan doh menjadi butir-butir kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila butir-butir tepung naik ke permukaan, angkat dan toskan.
Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam. Biarkan mendidih dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Masukkan butir-butir nangka dan didihkan untuk beberapa minit hingga semua bahan sebati.
Info Chef: Pastikan doh diuli sebati bagi mendapatkan tekstur bubur yang cantik.
3. BUBUR CANDIL PANDAN
BAHAN-BAHAN:
600ml santan pekat
200gm tepung gandum
250gm gula
250ml air perahan daun pandan
2 helai daun pandan|disiat & simpul
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam. Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.
Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung
Sekali pandang, rupanya seperti roti jala tapi bukan roti jala. Rasanya seperti kuih sepit roll.Snek sarang labah-labah ini rupa dan cara buatnya sama seperti roti jala.
Roti jala teksturnya lembut tapi snek sarang labah-labah ini rangup. Jom kita cuba resipi sarang labah-labah oleh Jamilah Nordin ini yang berperisa milo. Kalau nak letak pewarna lain pun boleh.
1. Gaul sebati semua bahan. Kemudian tapiskan. Adunan jangan terlalu cair atau jangan terlalu pekat. Sedang-sedang saja. 2. Masukkan adunan ke dalam bekas menjala atau piping bag.
Biskut Kacang Peas memang sangat sedap dan merupakan salah satu biskut raya yang jadi kegemaran ramai. Sangat ringkas sahaja resipi biskut ni. Rasanya yang lemak, rangup dan tidak terlalu manis, membuatkan rasa tak jemu menikmatinya. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah. Saudari Afieza Ariffin ada kongsikan resipinya. Sangat berbaloi untuk dicuba sempena Aidilfitri tahun ni. Pasti lebih meriah raya anda. Buat sendiri ni lebih jimat. Sekali buat dapat berbalang-balang. Jom cuba!
Kepelbagaian bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek. Tak payah tunggu raya pun boleh aje buat kek ni. Kalau terlebih boleh aje simpan dalam peti sejuk. Jadi kalau ada tetamu tetiba datang ke rumah , bolehlah jamu kek sedap gebu ni.
Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House sudi berkongsi resipi kepada ‘followers’ RASA.
1. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
10 gm whipping cream *Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK : Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai. Krim keju : 1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang. 3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg) Waktu memasak: 40 – 50 minit Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO :Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
2. KEK JAGUNG LAPIS
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
5 biji telur gred A
160 gm gula
125 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 gm minyak jagung
15 gm ovalet
2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
225 gm gula castor
10 gm serbuk agar agar
Sedikit pewarna kuning
100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
75 ml air
Secubit garam
400 gm ( 1tin jagung krim)
CARA MEMASAK : Kek : 1. Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata. 2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
3. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
5. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping. Kastad: 1. Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas. 2. Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan whisk. 3. Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis . Cara buat lapisan kek jagung 1. Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm ) 2. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit. 3. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek. 4. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek. 5. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard. 6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.
*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg) Waktu memasak: 45 – 50 minit Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat
INFO: Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.
3. KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
4 biji telur gred A
180 gm gula kastor
170 gm tepung kek | diayak
2 sudu makan serbuk kacang pecan
1 sudu teh serbuk penaik | diayak
1 sudu makan ovalet
50 ml minyak jagung
1 sudu teh perisa badam
Bahan krim:
200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)
Bahan Choc Ganache :
100 gm coklat masakan
100 gm non dairy whipping cream
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK : Kek : 1. Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik. 2. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung 3. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu. 4. Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati. 5. Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega. 6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda. 7. Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar. 8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan. Coklat Ganache : 1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih 2. Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan. 3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan. Menghias kek: 1. Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek. 2. Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan. 3. Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras. 4. Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan. 5. Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg) Waktu memasak: 40 – 45 minit Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat
INFO :Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.
4. KEK TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek span perasa kopi :
150gm tepung superfine | diayak
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu teh serbuk penaik
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh perasa kopi
Bahan sirap kopi:
1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)
¼ cawan air panas * Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopi
Bahan krim keju:
250 gm krim keju
120 gm gula aising
200 gm whipping cream
150gm yogurt perasa asli
20 gm gelatin
80ml air panas
Cara membuat: Kek : 1. Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit. 2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu. 3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik. 4. Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati. 5. Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan. 6. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit. 7. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek. Krim keju : 1. Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati. 2. Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati. 3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati. Menghias kek: 1. Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab. 2. Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan. 3. Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek. 4. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg) Waktu memasak: 30 minit Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi yang harum
INFO :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.
5.KEK KEJU OREO
Bahan-bahan :
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
250 gm krim keju @ cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm yogurt biasa
50gm gula kastor
15 gm gelatin
60 ml air panas
50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK : Dasar kerak: 1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan. 2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam. Kek krim keju : 3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. 4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. 5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. 6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati. 7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya. 6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...