Kek Batik adalah antara manisan yang paling mudah nak dihasilkan. Menggunakan bahan-bahan yang ringkas malah ia juga tidak memerlukan ketuhar. Cukup sekadar ada kuali dan loyang. Nak cuba buat Kek Batik yang sedap untuk keluarga? Aneka resipi dibawah ini boleh anda cuba. Pasti puas hati. 

 

1. KEK BATIK BISKUT MARIE

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm serbuk milo
  • 250gm mentega
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • Sepeket besar biskut Marie | patahkan empat

CARA MEMASAK:

  1. Lapik loyang dengan patchment paper supaya mudah untuk keluarkan kek setelah masak.
  2. Cairkan mentega dalam periuk dengan api sederhana, masukkan susu dan serbuk milo.
  3. Setelah sebati masukkan pula serbuk koko dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali masukkan biskut marie dan gaulkan.
  5. Tuangkan semuanya ke dalam loyang dan tekan supaya mampat.
  6. Simpan dalam peti sejuk selama 4/5 jam sebelum dihidangkan.

 

2. KEK BATIK MARIE TOPPING CHOC GANACHE

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN A:

  • 2 bungkus biskut Marie (300g)
  • 250gm buttercup
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 cawan air masak
  • 6 sudu makan serbuk koko
  • 14 sudu makan milo
  • 2 biji telur

BAHAN  TOPPING:

  • 1 cawan Whipping cream Anchor UHT
  • 100gm Choc compound
  • 100gm dark chocolate
  • 1 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan buttercup hingga separa cair. Tutup api.
  2. Masukkan milo, serbuk koko dan telur. Kemudian kacau sampai sebati.
  3. Buka kembali api dan masukkan susu pekat dna air secara berselang seli. Maska hingga dunan likat. Padamkan api.
  4. Masukkan biskut marie dan kaup balikkan hingga rata.
  5. Tuang biskut marie dalam loyang saiz 10 inci. Pastikan loyang dilapik dengan plastik dan lebihkan kiri dan kanan supaya senang ditarik keluar.
  6. Tekan adunan biskut marie hingga rata. Sejukkan,
  7. Untuk membuat topping, panaskan whipping cream menggunakan kaedah double-boiler. Kacau hingga suam.
  8. Kemudian masukkan coklat. Kacau hingga sekata dan coklat cair.
  9. Seterusnya masukkan mentega dan kacau lagi. Padam api dan angkat. Sejukkan selama 30 minit.
  10. Tuang adunan coklat ke atas kek batik tadi. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

Kredit resipi & foto: Suliza Sadzali

 

3. KEK BATIK TANPA TELUR

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm buttercup
  • 2 paket biskut marie
  • 3 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan kuali,dengan api sederhana. Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat.
2. Seterusnya masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau sebati.
3. Masukkan biskut marie dan kacau sebati anggaran dalam 5-7minit.
4. Lapik plastik dalam loyang untuk memudahkan kek batik dikeluarkan nanti.
5. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang dan padatkan.
6. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong.

IKLAN

Kredit resipi & foto: Natrah Syafiqah

 

4. KEK BATIK BADAM

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket biskut Marie – patahkan 2@4
  • 2 cawan milo *
  • 2 sudu makan serbuk koko *
  • 1 cawan mentega atau marjerin*
  • 3/4 cawan susu pekat manis *
  • 1/ 2 cawan air panas*
  • 2 biji telur
  • Badam keping – disangai

CARA MEMASAK:

  1. Sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan plastik. .Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan yang bertanda (*). Masukkan dalam kuali dan masak guna api sederhana perlahan. Kacau sentiasa hingga sebati dan mendidih.
  3. Masukkan telur. Kacau lagi hingga sebati. Bila dah mendidih, masukkan biskut marie dan kacau dalam 2- 3 minit supaya sebati.
  4. Padamkan api dan masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan dengan senduk supaya padat dan rata.
  5. Tabur badam dan biarkan sedikit suam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

5. KEK BATIK 3 BAHAN

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket biskut marie
  • 1/2 buku buttercup
  • 3/4 tin susu pekat manis coklat

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Cairkan buttercup dan masukkan susu pekat coklat. Kacau sebati.
  2. Masukkan biskut. Kacau dengan cepat sehingga sebati. Padamkan api.
  3. Masukkan biskut ke dalam bekas dan tekan hingga padat. Kemudian simpan dalam peti sejuk supaya mengeras. Jika suka kek abtik lembut, tak perlu simpan dalam peti sejuk.
  4. Sedia untuk dinikmati.
    Kredit resipi & foto: Tuan Adrianna Arissa

 

6. KEK BATIK BISKUT JEJARI

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN: 

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo 
  • 250gm mentega
  • 2 bungkus biskut jejari 
  • Almond nib secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat manis.
  2. Seterusnya masukkan milo. Kacau sebati hingga semua bahan cair dan pekat.
  3. Lapik plastik pada loyang dan susu biskut jejari didasarnya.
  4. Tuang 1 senduk coklat. Ratakan dan susu kembali biskut jejari diikuti lapisan coklat. Ulang hingga habis.
  5. Akhir sekali, tabur almond nib jika suka.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum dipotong.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria

 

7. KEK BATIK CHEESE

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 1/2 cawan milo
  • 3 sudu makan serbuk koko 
  • 1 paket biskut meri 

BAHAN KRIM KEJU:

  • 500gm cream cheese ( krim keju)
  • 1 cawan gula aising
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung gandum

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat. Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk koko dan milo. Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan biskut yang telah dipatahkan. Gaul hingga bersalut sempurna.
  4. Tuang biskut ke dalam loyang bersaiz 10×10 yang telah dialas dengan plastik. Ketepikan.
  5. Untuk membuat krim keju, satukan kri keju, gula aising, telur dan tepung gandum. Adun hingga sebati dan tak berketul.
  6. Tuang adunan keju ke atas kek batik. Ratakan.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
  8. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Noorfazidatulhani Binti A Ghani

 

8. KEK BATIK CREAM CRACKER

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 1 ½ cawan milo
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 sudu makan serbuk white coffee/coffee mate atau indo coffee
  • Biskut cream creaker ( nbiskut lemak) secukupnya – 4 segi

CARA MEMASAK:

  1. Alas loyang dengan plastik. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api kecil. Dah cair secukupnya, padamkan api.
  3. Masukkan susu pekat manis. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan milo dan serbuk white coffee. Kacau sebati hingga tidak berketul.
  5. Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan hingga menutup permukaan.
  6. Kemudian susun biskut dalam loyang. Tekan-tekan sedikit supaya rata.
  7. Tuang lagi adunan coklat dan ratakan. Ulang langkah hingga adunan habis.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Farhana Yusoff

 

9. KEK BATIK HIJAU

Koleksi Resipi Aneka Kek Batik Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 125gm mentega tanpa garam
  • 3/4 cawan susu pekat manis – lebihkan jika suka manis
  • 2 cawan Horlick
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie

CARA MEMASAK:

  1. Adun telur, susu pekat manis dan mentega hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan susu pekat manis, Horlick dan tepung gandum. Adun lagi hingga adunan tidak berketul.
  3. Tambahkan esen vanilla dan pewarna hijau dengan secukupnya.
  4. Masak adunan dalam kuali hingga hampir pekat dan masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan. Gaul rata.
  5. Tuang adunan biskut ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik. Tekan-tekan supaya mampat.
  6. Sejukkan kek dan bolehlah dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mimie Suhaimi Hussain

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI