Laksa Johor merupakan  makanan tradisi yang berasaskan bahan seperti spaghetti, ikan parang bakar, hirisan timun, bawang besar, hirisan daun kesum, daun selasih, perahan limau kasturi, taugeh, kacang panjang, lobak masin dan sambal belacan. Manakala kuah laksa pula menggunakan bahan seperti ikan parang bakar, santan pekat, bawang dan rempah-ratus.  Keunikan dan perbezaan Laksa Johor dengan laksa negeri lain terletak pada penggunaan spaghetti dan kepekatan kuahnya. Suatu ketika dahulu, orang Johor menggunakan tangan untuk memakan Laksa Johor kerana dikatakan lebih enak dan dihidangkan semasa musim perayaan dan majlis-majlis tertentu.

Perbezaan laksa Johor dengan laksa daripada negeri lain adalah hanya laksa Johor yang dimakan bersama spaghetti berbanding mee laksa seperti versi laksa negeri lain. Beliau turut mempercayai asal usul laksa Johor muncul selepas Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan memperkenalkannya kepada kerabat kesultanan Johor. Rasa keaslian laksa Johor yang unik itu akan berlainan sekiranya diganti dengan mee kuning atau jenis mee yang lain.

Kisah di Sebalik Laksa Johor. Orang Tua Dulu Ambil Masa 2 Hari Nak Siapkan Kuah. Ini Sebabnya…

BAHAN UNTUK KUAH :

  • 1 1/2 kg ikan kembong etc
  • 15 ulas bawang merah
  • 12 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 1/2 genggam udang kering
  • 13 batang serai. (3 ketuk, 10 kisar)
  • 3 keping asam keping
  • 2 ibu jari lengkuas(1/2 kisar, 1/2 ketuk)
  • 2 ibu jari halia
  • 1 peket besar kerisek
  • 1200ml santan
  • 125gram rempah kari Ikan
  • Minyak masak utk tumis
  • Garam dan Gula secukup rasa

*Semua bahan dikisar halus (kecuali ikan)
Rebus ikan, dipilih isinya, tulang ikan dikisar kasar untuk ambil air tulang.

Kisah di Sebalik Laksa Johor. Orang Tua Dulu Ambil Masa 2 Hari Nak Siapkan Kuah. Ini Sebabnya…

IKLAN

SPAGETI – DIREBUS

ULAM

IKLAN
  • Timun Taugeh
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Daun selasih
  • Bunga kantan
  • Limau kasturi

SAMBAL BELACAN

  • Cili kecil
  • Cili besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Garam
    (Ditumbuk halus)
  1. CARA MEMASAK :
    1. Kisar bawang, halia, lengkuas & udang kering.
    2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
    3. Masuk serai yang sudah dikisar.
    4. Masukkan sedikit air, kacau.
    5. Masukkan kerisek
    6. Masukkan serbuk rempah kari ikan Adabi
    7. Masukkan asam keping
    8. Masukkan air sedikit lagi
    9. Masukkan isi ikan & air tulang ikan
    10. Kacau
    11. Masukkan santan & air. (air jangan banyak sampai cair kuah)
    12. Dah mendidih masukkan garam & gula.
    13. Kacau jangan bagi pecah santan.
    14. SIAP!

Kisah di Sebalik Laksa Johor. Orang Tua Dulu Ambil Masa 2 Hari Nak Siapkan Kuah. Ini Sebabnya…

IKLAN

Hidangkan laksa dengan ulaman & sambal belacan.
Resepi asal dari FB Nieza HM
Kredit Resepi : Muhammad Nurul Imran Ismail

Klik Link ini jika anda suka laksa Thai: http://www.rasa.my/resipi-laksa-thai-asli-yang-mudah-ringkas/

” Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber ‘mi’ kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah difusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi IKAN PARANG. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa# copy paste

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI