Masih lagi dalam keadaan berduka dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya akibat jangkitan Covid-19. Kehilangannya cukup memberi kesan buat keluarga malahan buat semua yang mengenali arwah.Arwah dirasakan begitu dekat di hati semua orang. Namun Allah lebih menyayanginya. Semoga arwah Siti Sarah damai di sana bersama-sama rahmat Allah.

Arwah Siti Sarah bukan hanya disayangi kerana peribadinya malah sering juga berkongsi resipi-resipi masakannya buat peminatnya di laman Instagram. Perkongsian masakannya pasti akan dirindui nanti.

Terakhir resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ yang sempat dikongsikan oleh arwah. Ternyata celoteh dan perkongsian masakannya pasti akan dirindui nanti.

Resipi arwah turut dicuba dan dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Ameera Sedap sungguh resipi Arwah Siti Sarah ini. Ini adalah masakan terakhir Arwah. AlFatihah.

Bahan-bahan:

  • 10 ekor ketam
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • Halia besar ibu jari (cincang)
  • 2 sudu makan cili kisar kering (atau cili boh)-BELI ONLINE DI SINI
  • 2 sudu makan sos cili-BELI ONLINE DI SINI
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 1 mangkuk air
  • 1 sudu makan black vinegar
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

Cara memasak:

1.Panaskan minyak. Bawang putih , halia ditumis sehingga naik bau.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

2.Masukkan cili kisar kering sebanyak 2 sudu .Sukatan ini anak- anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak. Arwah masak pakai cili boh. Ikut la masing- masing.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

3.Masukkan sos cili .

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

IKLAN

4.Masukkan gula .

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

5.Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

6.Kicap cair anggaran 3 sudu kecil.

7.Untuk berkuah, masukkan air.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

8.Masukkan black vinegar.

IKLAN

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

9.Masukkan sos tomato

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

  1. Letakkan garam secukup rasa.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

11.Kemudian masukkan ketam. Gaul sama rata.

 

12.Kemudian dah masak ketam tu masukkan tepung jagung. Masukkan dan gaul.

IKLAN

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

13.Kemudian masukkan putih telur. Telur kuning tak pakai.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

14.Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu. Dah masak tutup api. Siap dan sedia untuk dihidang.

Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Air Tangan Terakhir Siti Sarah Buat Peminat

https://www.instagram.com/tv/CSI4yGrhfSY/?utm_medium=copy_link

Kredit: fb Ameera

Kerang Air Lemon. Menu Sedap Buat Penggemar Mukbang Ala Thailand

Tak Tahu Nak Masak Apa? Boleh Ikut Resipi Lelaki Ini, Memang Terangkat!

Resipi Kerang Goreng Kunyit Berkentang Sedap. Begini Cara Masaknya

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI