Kuih Kesari merupakan antara kuih tradisional dan manisan yang popular dalam kalangan masyarakat India. Memang sedap! Patutlah Kuih Kesari ini menjadi kuih kegemaran suami dan anak-anak Lynn Mikael.

Untuk menambahkan lagi keenakan Kuih Kesari, Lynn Mikael telah menggunakan Keju Chesdale di dalam resipi ini. Ternyata hasilnya sangat menakjubkan. Gabungan rasa manis dan masin keju ini memang ‘ngam’. Sekali rasa, pasti nak lagi.

Kesari Cheese Olahan Lynn Mikael Menggunakan Keju Cheddar Chesdale Ni Memang Sedap. Cukup Segala Rasa!

Keju Chesdale diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari New Zealand di mana setiap kepingan mengandungi kalsium dan protein yang tinggi. Patutlah bertambah enak Kuih Kesari kita. Ini resipi perkongsian Lynn Mikael untuk anda semua. Selamat mencuba!

KUIH KESARI

Kesari Cheese Olahan Lynn Mikael Menggunakan Keju Cheddar Chesdale Ni Memang Sedap. Cukup Segala Rasa!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 sudu makan minyak sapi
  • 5 sudu makan kacang gajus
  • 250gm tepung suji
  • 750ml air
  • Sedikit garam
  • 250gm gula pasir
  • 5 sudu makan susu pekat manis
  • Sedikit pewarna oren/kuning
  • 5 biji buah pelaga
  • 9 keping Keju Cheddar Chesdale

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan kuali. Masukkan 1 sudu makan minyak sapi. Kemudian goreng kacang gajus hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 sudu makan lagi minyak sapi dan masukkan tepung suji. Pastikan masak guna api perlahan.
  3. Masak sekejap tepung tadi kemudian angkat dan ketepikan.
  4. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air dan garam. Tunggu sehingga air mendidih.
  5. Masukkan gula. Kacau sehingga gula larut.
  6. Masukkan susu pekat manis & sedikit pewarna oren.
  7. Kemudian masukkan buah pelaga yang sudah ditumbuk halus.
  8. Dengan api perlahan, masukkan tepung suji. Kacau selalu supaya tepung tidak berketul dan masak sehingga pekat.
  9. Kemudian masukkan kacang gajus dan tambah 1 sudu makan minyak sapi. Gaul rata.
  10. Adunan Kesari siap. Masukkan setengah adunan ke dalam loyang. Susunkan Keju Cheddar Chesdale pada bahagian atas adunan dan masukkan setengah lagi adunan ke dalam loyang.
  11. Kesari Cheese sedia untuk dihidangkan.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI