Lauk paling mudah dan cepat. Jika dah bosan memikirkan menu untuk dimasak hari ini, boleh cuba menu olahan dari telur masin ni pula. Kerabu Telur Masin ni ‘simple’ je tapi rasa dia memang luar biasa. Nikmati dengan nasi panas, fuhhh…terangkat! Makan dengan bubur pun sedap. Jom cuba.

 

RESIPI KERABU TELUR MASIN

Kerabu Telur Masin. Menu Mudah 10 Minit Dah Siap.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur masin – rebus
  • 1 biji bawang besar – belah dua & hiris nipis
  • 8 biji cili padi – hiris 
  • 5 sudu makan cuka
  • 2 sudu makan gula

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Belah telur masin dan korek isinya menggunakan sudu. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Potong telur masin menggunakan sudu. Jangan terlalu kecil bagi elak ia hancur masa digaul.
  3. Seterusnya masukkan hirisan bawang, cili, gula dan cuka. Gaul hingga semua bahan sekata dan sebati.
  4. Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI