Bagi penggemar kerabu, sajian kerabu perut pastinya menjadi pilihan dan kegemaran pada setiap masa. Rasanya yang kenyal, masam, pedas dan berperisa memang menaikkan selera. Kalau badan dan tekak rasa tidak sihat, suapan kerabu ini mampu memberikan rasa yang berbeza. Jom cuba!

KERABU PERUT SIAM

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 kg perut lembu telah direbus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1/2 batang bunga kantan | mayang halus
  • 1 biji buah tomato | potong kecil
  • 10 biji cili padi | mayang halus
  • 1 biji limau nipis | perah jusnya
  • Cuka secukup rasa
  • Sos ikan/sotong secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
  2. Campur perut yang telah dihiris bersama  hirisan bawang, serai, bunga kantan. Cili padi dan tomato.
  3. Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
  4. Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
  5. Sekali lagi gaul rata.
  6. Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.

 

Info chef: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI