Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Makan Kerabu Daging Salai Bersama Betik & Mangga Muda

Kerabu Daging Salai Bersama Betik & Mangga Muda

Beri kelainan dengan pembuka selera kerabu daging yang membangkitkan lagi rasa ingin makan lagi.
Kerabu Daging Salai Bersama Betik & Mangga Muda

KERABU DAGING SALAI BERSAMA BETIK DAN MANGGA MUDA

IKLAN
IKLAN
IKLAN
BAHAN-BAHAN:
  • 500 gm daging batang pinang | dibersihkan, disalai di atas api dan dihiris halus
  • 50 gm bawang merah | dihiris
  • 20 gm cili padi | dihiris
  • 1 kuntum bunga kantan | dihiris
  • 15 gm daun pudina | dihiris
  • 5 gm daun limau purut | dihiris
  • 2 biji cili merah  | dihiris
  • 20 gm taugeh
  • 30 gm sambal belacan
  • 80 gm betik muda | disagat
  • 80 gm mangga muda | disagat
  • 70 gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bawang merah, cili padi, daun limau purut, bunga kantan, daun pudina dan cili merah yang dihiris tadi ke dalam sebuah bekas.
2. Masukkan daging salai, betik dan mangga muda dan gaul bersama bahan-bahan tadi.
3. Masukkan kacang tanah dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI