Di musim cuti perayaan ni, pasti kaum ibu tercari-cari menu yang menjadi kegemaran anak-anak. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Kepak Ayam Bakar Madu ni.  Ia hanya menggunakan 5 bahan malah masak pun guna kuali je! Sangat mudah dan pasti menjadi rebutan anak-anak. Pasti anda suka dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Selamat mencuba!

KEPAK AYAM MADU

3 biji bawang putih

1 sudu makan madu

2 sudu makan kicap manis pedas

1 sudu makan sos tiram

3 sudu makan minyak.

 

CARA MEMASAK:

IKLAN

 1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.

 2. Masukkan ayam dan masak sehingga bertukar warna jadi keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna kuali non stick.

Kepak Ayam Bakar Madu. Resipi Bajet, Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je.

3. Masukkan kicap, sos tiram dan madu. Gaul rata dan masak sehingga kering dan likat. Guna api sederhana panas sahaja.

Kepak Ayam Bakar Madu. Resipi Bajet, Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je.

 4. Setelah ayam kelihatan bersalut sempurna dan sedikit garing, angkat. Siap untuk dihidangkan.

IKLAN

Kepak Ayam Bakar Madu. Resipi Bajet, Mudah & Sedap! Masak Guna Kuali Je.

 

 

INFO CHEF:

  1. Kalau tidak ada kicap pedas, boleh gunakan kicap manis. Kemudian tambah cili padi hiris, letak ikut citarasa anda.
  2. Guna kicap manis biasa sahaja jika anak-anak tidak makan pedas .

 

KREDIT RESIPI & FOTO:Nana Sabrina Sarsan

IKLAN

 

ANDA MUNKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang

Ayam Goreng Kunyit Pedas Terangkat

Ayam Kukus Masak Taucu Pedas Masakan Tradisi Orang Teochew

Ayam Panggang Asam Boi KTFM Berdesup Laju Habis Licin

Harumnya Ayam ‘Kung Pao’ Kimball Masakan Ala Cina Enak & Mudah

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI