Mungkin ada yang teringin nak merasai kelupis. Beras pulut yang sudah dicuci , dimasak bersama santan. Kemudian ia dikukus. Kelupis boleh bertahan lama sekiranya dimasak dengan betul dan disimpan di dalam peti sejuk.
KELUPIS BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut
500ml santan
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Daun irik @ ngirik
CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.
2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat. Ingat, guna api perlahan.
4. Angkat dan letak dalam bekas lain.
5. Bungkuskan pulut dalam daun irik @ ngirik.
6. Kukus kelupis selama 1 jam.
7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air. Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama.
8. Sedia dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging.
Kredit Anne Nurhani
Ini Cara Masak 4 Nasi Tumis Paling Disukai Ramai Setiap Kali Raya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ringkas, Sedap & Berkhasiat. Resipi Ayam Kukus Halia Menu Ideal Untuk Keluarga.
Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak. Ada lauk ni, tak perlu dah lauk pauk utama yang lain. Cukup sekadar jamu selera dengan nasi putih sahaja. Kalau nak rasa pedas, boleh makan bersama cili potong atau sos thai. Bagi melengkapkan hidangan, anda juga boleh nikmatinya bersama sayur Bak Choy Sos Tiram dan Taugeh Celur. Sedap!
AYAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – dipotong kecil
BAHAN-BAHAN PERAP:
- 3cm halia – hiris kecil
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 1/2 sudu makan kicap cair
- Sedikit garam
- Serbuk lada putih – jika suka
- 1/2 sudu makan minyak bijan
- Daun bawang – dihiris
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan toskan airnya. Kemudian lumur ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus selama 10-15 minit.
- Waktu kukusan juga berbeza bergantung kepada berapa banyak ayam yang digunakan. Jika banyak anda masak, lebihkan masanya supaya semua ayam masak sekata.
- Setelah ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resepi & foto: Jo Isabelle Joannes
Kreatif! Comel Je Kuih Cara Manis Dengan Corak Tembikai
Ada kuih cara yang berintikan daging. Ada juga kuih cara manis. Tapi pernah tengok tak kuih cara dengan corak tembikai?
Menerusi perkongsian resipi oleh Nor Al Fatihah ni, memang comel je kuih cara tapi dengan rupa buah tembikai. Sangat kreatif!
KUIH CARA MANIS TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 cawan santan sederhana pekat – beli online di sini
1 ½ cawan air daun pandan
(kisar 4 helai daun pandan saiz besar + 1 ½ cawan air & tapis)
1 biji telur A @ B
1 sudu teh garam halus – beli online di sini
Pewarna merah, putih & hijau
Gula secukupnya untuk inti – beli online di sini
1-2 helai daun pandan | disiat & diikat hujungnya
Bijan hitam – beli online di sini
Sedikit minyak (untuk oles pada acuan)
TONTON Dapur Rasa Live: Kue Teow Goreng
TONTON Danish Cinnamon Cheese
CARA-CARA:
1. Satukan tepung, garam, telur, santan dan air daun pandan. Kacau sebati dan tapiskan.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih dan hijau sama banyak. Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu cermai saja. Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang diikat hujungnya. Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai.
4. Tuang adunan merah hingga setengah acuan. Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya dan tuang gula di tengah-tengah sebagai inti. Saya letak ½ sudu kfc saja.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Biar beberapa saat. Tuang adunan hijau. Tutup dengan penutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Cungkil dengan belakang sudu dan angkat.
6. Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan. Sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sedap & Masak Pun Mudah
Sedapnya Kuey Teow Sup Chinese Style ni. Nak masak pun sangat mudah. Dalam masa 30 minit dah boleh siap masak. Tak ada kuey teow dekat rumah? Jangan susah hati. Boleh sahaja gantikan dengan bihun, suhun, mi kuning atau mi kering. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Nurul Afidah Catalyst ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
CARA MASAK KUEY TEOW SUP CHINESE STYLE YANG SEDAP
BAHAN SUP:
Ayam bahagian dada
1 inci halia – potong nipis
Bebola ikan secukupnya
1/2 kiub pati ayam – beli online disini
1/2 kiub pati bilis – beli online disini
2 sudu makan minyak zaitun – boleh abaikan jika tiada
Garam & air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN:
Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
Sayur Pak Choy – belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
Daun sup & daun bawang secukupnya – potong kecil
2-3 keping kek ikan (fish cake) – goreng & potong nipis
Isi ayam yang dicarik
Minyak bawang putih (tumbuk halus bawang putih & goreng api perlahan) – resipi MINYAK BAWANG PUTIH
Cili potong + kicap (nak lagi sedap cili tu potong dan goreng sekejap baru masukkan kicap masin & manis)
CARA MEMASAK:
1.Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak.
2.Masukkan kiub pati ayam, kiub pati bilis, minyak zaitun dan bebola ikan.
3. Tambah air dengan secukupnya dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
4. Teruskan masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak.
5. Semasa kuah sup mendidih, celup sayur Pak Choy dan celur sekejap. Angkat dan toskan.
6. Bila sudah siap mencelur sayur, keluarkan isi ayam dan toskan. Kemudian carik hingga halus.
7. Isi kuetiau di dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan lain dan tuang kuah sup. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sos Perapan BBQ Untuk Buat Kambing Perap Yang Sangat Sedap
Buat Sendiri Pani Puri Sedap & Paling ‘Simple’ Guna Resipi Mudah Ni
Goreng Dulu Baru Tumbuk – Rahsia Inti Tauhu Bergedil Jadi Lebih Sedap
Tambah Tepung Jagung. Ini Rahsia Buat Dadih Sedap Tanpa Guna Serbuk Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official