Mengikut pakar pemakanan beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih.  Bagi pesakit diabetes kurangkan pengambilan nasi putih adalah solusi terbaik. Beras perang juga adalah pilihan yang lebih baik buat pesakit diabetes. Namun seperti juga beras putih, kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran dan kawal diet. Tetapi apa yang bagus sangat beras perang ni? Jom semak info.

 

1. TINGGI KANDUNGAN SELENIUM

Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.
foto: www. eating well.com

Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.

 

2. KAYA DENGAN MANGAN

Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita. Ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.

 

3. MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.
foto: www.hawaiipacifichealth.org

Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.

 

4. ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG & KOLESTEROL

IKLAN
Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.
foto: www.hungrymate.com.au

Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.

 

5. KAYA ANTI-OKSIDAN

Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.

Inilah satu lagi rahsia khasiat beras perang. Selama ini kita cuma kaitkan anti oksidan ini dengan buah-buah beri atau sayur-sayuran. Memang hebat kapasiti anti oksidannya sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

6. TINGGI KANDUNGAN FIBER

IKLAN
Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.
foto: www.pritikin.com

Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.

 

 7. MEMPERLAHANKAN PERLEPASAN GULA

Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.

 

8. SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI

Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.
foto: ganga-sreekanth.blogspot.my

Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi.

IKLAN

 

9. ELAK JANGKITAN ‘CANDIDA YEAST’

Khasiat & Kelebihan Makan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan.
foto: wikipedia.org

Apa itu candida yeast? Ia adalah fungus atau sejenis kulat yang hidup di dalam mulut dan sistem usus anda. Kandungan beras perang dikatakan dapat memulihkan sistem penghadaman atau usus yang sensitif daripada ‘pertumbuhan berlebihan’ organisma candida ini. – FARIDAH TALIB

 

sumber rujukan : www.vegkitchen.com

 

BACA JUGA:

Banyak Rupanya Khasiat & Manfaat Barli Ni. Bukan Penyejuk Badan Semata-Mata.

Bacaan Tekanan Darah Anda Tinggi? Cuba Jus Ubi Bit Merah Ni. Baik Juga Untuk Jantung.

Pisang Buah Tempatan Biasa Tapi Tinggi Khasiat & Berupaya Cegah Penyakit Berbahaya.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI