kek siap

Sapa yang tidak gemar dengan kek gebu seperti kek span vanila ni. Kalau ikut cara yang betul memang menjadi kek yang korang buat. Ini perkongsian daripada Siti Hadirah. Kalau ikut caranya hanya ikut guna cawan minum air teh atau kopi untuk sukatan. Tapi menurutnya ketiadaan cawan tersebut, dia hanya menggunakan cawan minum susu anak. Asal menjadi, boleh saja gunakan.

Kek Span Vanila

Bahan-bahan:

2 biji telur gred B
½ cawan gula(saya kurangkan lagi)
½ sudu besar ovalett-BELI ONLINE DI SINI
½ sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
½ cawan minyak jagung/biasa-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
¼ cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI

Cara membuat:
1.Kisar telur, gula, ovalett dan esen vanila hingga kembang dan putih.
2.Masukkan minyak jagung ke dalam adunan telur.
3.Ayak sekali tepung gandum dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi dan adun sehingga sebati.
4.Akhir sekali masukkan susu dan kaup balik menggunakan spatula sehingga sebati semua adunan.
5.Lapik loyang dengan baking paper.
6.Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 selama 30-35 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)

IKLAN

Kredit : Siti Hadirah

LIHAT MIXER DENGAN HARGA MAMPU MILIK DI SINI

 JOM KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.

IKLAN

https://www.rasa.my/kek-batik-indulgence-lembut-dan-bila-potong-tak-melekat/

https://www.rasa.my/kek-karot-simple-tapi-sedap/

IKLAN

Tom & Jerry Cheese Cake. Kek Comel Buat Pengemar Keju.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI