Kek Milo Moist ni memang mudah aje langkah memasaknya. Musim PKPB tengah ni kalau teringin nak makan kek, boleh buat sendiri aje. Kalau nakkan kek koko dan kopi kaya dengan rasa coklat yang hebat dan lembab, jom ikut resipi Kek Milo Moist dari Iedaa Jahaya ini.
Buat keknya dahulu, bila dah sejuk baru tuangkan toppingnya. Memang patut pun kaya bercoklat sebab ada ramuan koko, milo dan topping dengan ramuan coklatberyl’s dan krim putar yang lazat. Keknya juga ada memasukkan serbuk kopi, memang ala mocha lah rasanya tapi dengan lebih rasa coklat.
KEK MILO MOIST
.
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan Milo * – beli online DI SINI
- 2 sudu besar serbuk koko* -beli online DI SINI
- 1/2 cawan minyak jagung* – beli online DI SINI
- 1/2 cawan gula kastor* – beli online DI SINI
- 1/2 cawan air panas*
- 2 sudu kecil serbuk kopi*
1 biji telur
Bahan diayak bersama :
- 1 cawan tepung gandum | diayak – beli online DI SINI
- 1 sudu kecil baking soda | diayak – beli online DI SINI
- 1/2 sudu kecil baking powder | diayak – beli online DI SINI
Bahan topping (masak dengan kaedah double boiler) :
- Krim putar
- Coklat beryl’s
CARA MEMASAK :
1. Campur semua bahan-bahan bertanda *, dan kacau hingga gula larut, tapis dan ketepikan.
2. Ambil satu biji telur dan kacau hingga kembang.
3. Kemudian masukkan telur ke dalam adunan Milo tadi dan kacau.
4. Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. Dan masukkan ke dalam adunan Milo. Kacau rata
5. Panaskan pengukus, kukus selama 15 minit
6. Keluarkan dan biarkan kek sejuk.Tunggu sejuk baru letak topping coklat
.
7. Satukan krim putar dan coklat beryl’s (guna kaedah double boiler). Kacau hingga coklat cair.
8. Curahkan di atas kek.
.
Kredit: ieda Iedaa Jahaya
FB :Rasa Share Resipi
INGIN MENCARI PENGUKUS TERBAIK, JOM BELI DI SINI
ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO INI, TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO LAGI DI YOU TUBE @MajalahRasaOfficial
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
5 Idea Hebat Kek Tanpa Oven, Lembut & Lembab Dari Norbaini Rahwi
Roti Kopi Harum Semerbak & Taburan Cip Coklat Persis Seperti Di Kedai Bakery!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Yogurt Strawberry Cheese Yang Cantik, Sedap & Membuka Selera. Makan Sejuk-Sejuk Lagi ‘Terangkat’!
Sekali pandang, memang cantik kek warna merah jambu ini. Memang menarik perhatian ramai sungguh kek yogurt strawberry cheese ini. Sedap & manis. Kalau nak cuba buat di rumah, ini resipi kek yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya. Memang wajib dicuba!
KEK YOGURT STRAWBERRY CHEESE
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kuning telur
- 4 biji putih telur
- 180g cream cheese
- 2 bekas yogurt perisa strawberi
- Gula kastor – beli online DISINI
- 120g tepung gandum – beli online DISINI
- 200ml whipping cream
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul cream cheese dan 60g gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan kuning telur. Mix lagi dan bila telur sudah kembang, boleh berhenti mengacau.
- Masukkan yogurt dan mix sebentar.
- Kemudian, ayak tepung dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Masukkan terus whipping cream dan kaup balik sahaja. Kemudian, ketepikan.
- Mix putih telur sehingga berbuih sedikit dan masukkan 80g gula kastor. Kacau sehingga kental dan bertanduk. Cara lain untuk memastikan adunan ini sempurna adalah cuba terbalikkan mangkuk telur dan putih telur tak akan jatuh.
- Selepas itu, ambil adunan dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Masuk sedikit demi sedikit dan kaup semula.
- Pada bahagian atas, titiskan Hershey’s Strawberry. Lorekkan pada bahagian atas kek sebelum dimasukkan ke dalam oven. Gariskan dengan lidi.
- Untuk membakar, isi air panas ke dalam loyang. Masuk loyang yang berisi adunan ke dalam loyang yang berisi air tadi. Teknik ini dipanggil water bath,
- Biarkan 1/2 loyang tenggelam ke dalam dan boleh mula membakar. Sebelum bakar, panaskan ketuhar sebentar. Kemudian, bakar kek pada suhu 170 selama satu jam 10 minit, api atas bawah.
- Bila dah masak, tunggu sebentar dan masuk ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
Kredit resipi & foto: Iedaa Jahaya
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya
Fettucine Carbonara Mushroom Ringkas, Sosej dan Udang Digril Dulu. Mantaplah Rasanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Daging Rebus Air Asam. Hidangan Pemecah Selera
Penat dengan hidangan berempah dan pedas, sesekali kita cuba masak daging rebus air asam. Wah pastinya dapat memecahkan selera. Hidangan ringkas ini pasti akan membuatkan anda makan bertambah-tambah. Jika mahukan rasa lebih masam, boleh juga menambahkan jus limau nipis.
BAHAN DAGING REBUS:
- 500g daging (hiris nipis)
- 3 batang serai (titik)
- 5 biji bawang putih (tumbuk kasar/hiris)
- 2 liter air
- Garam
BAHAN AIR ASAM:
- 1 biji bawang merah besar |dihiris nipis
- 2 biji tomato |dipotong dadu kecil
- 1 cawan air asam jawa
- 1 inci belacan | dihancurkan
- 1 biji cili merah | dihiris halus
- 2 biji cili padi | dihiris halus
- ½ biji lada benggala | dipotong memanjang
- Garam
- Gula
- Sedikit kerisik
CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak daging rebus, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk besar dan rebus hingga daging menjadi lembut dan empuk.
2. Toskan daging dan ketepikan seketika. Simpan air rebusan daging tadi.
3. Untuk membuat air asam, satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 cawan air rebusan daging tadi.
4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
5. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan gaul hingga rata. Sedia untuk dihidangkan .
7 Kuih Tradisional Dalam Daun Pisang, Paling Sedap Mewangi & ‘Legend’.
Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.
Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.
Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni.
1. PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut /diambil putih sahaja
Bahan pulut :
- 100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
- Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
- Masak hingga gula larut.
- Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
- Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
- Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
- Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap
- Angkat dan ketepikan.
- Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
- Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
- Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2. KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN :
Bahan lapisan hijau /bawah:
- 1/2 cawan tepung beras
- Secubit kapur makan
- 2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
- 1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 1/2 cawan santan
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
- Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
- Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
- Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
- Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
- Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan
Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
3. KUIH ABUK -ABUK SAGU
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan biji sagu
- 2 cawan kepala parut putih
- 3 sudu makan gula merah
- 3 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
- Basuh sagu dan toskan 5 minit.
- Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
- Campurkan gula merah dengan gula pasir.
- Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
- Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
- Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
- Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa.
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
4. KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
- 2 biji kelapa
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
- 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
- 500gm tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
5. KUIH NAGASARI
BAHAN-BAHANNYA:
- 1 cawan tepung beras
- 5 cawan santan
- 2 camca besar penuh tepung jagung
- 2 camca besar rata gula
- 1/2 camca teh garam
- Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2)
- Daun pisang secukupnya
- Pisang nangka (atau apa shj yg sedap)
CARA MEMASAKYA 🙂
1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata.
2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental.
3. Kemudian matikan api. Biar suam.
Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai.
4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja.
5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap
6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….
Kredit :FB : Buku Resipi Online
6. PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras pulut (rendam semalaman)
- 1 liter santan cair
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata.
2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- Minyak masak untuk menumis
- 2 biji bawang merah (kisar)
- 2 ulas bawang putih (kisar)
- 50 gram udang kering (rendam dan kisar)
- 2 sudu makan cili boh
- ½ biji kelapa parut
- 1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
- 1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
- 1 batang serai (kisar)
- 1 cm lengkuas (kisar)
- 1 cm kunyit (kisar)
- 1 cm halia (kisar)
- Garam secukup rasa
- Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi.
3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering.
4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak.
2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas.
3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan.
INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
7. LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an
BAHAN-BAHAN :
- 1 Kg tepung pulut
- 3 cawan Gula merah
- 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
- 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan
- Sedikit garam
- Daun pandan
CARA MEMASAK :
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.