Teringin nak makan kek macam orang lama, guna marjerin. Bila makan tidak rasa muak. Itulah kelebihan kek orang lama. Boleh cuba resipi mudah buat kek ini.
Kek Marjerin
Bahan-bahan:
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan tepung gandum -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil baking powder -BELI ONLINE DI SINI
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
TONTON MINIT EKSPRESS: CARA BUAT CHEESY GARLIC BUN
Cara memasak:
1.Pukul gula dengan marjerin jadi putih dan sebati.
2.Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3.Pukul bagi rata.
4.Kemudian masukkan tepung,esen vanilla dan baking powder.
5.Pukul sampai sebati
6.Kemudian masukkan dalam loyang.
7.Bakar pada suhu 160° selama 35 minit(ikut oven masing-masing)
Kredit: juraida shukor
ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER, BOLEH KLIK DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Aneka Perisa Kesukaan Ramai
Anda peminat kek yang enak dan gebu? Bagi mendapatkan kek yang enak dan gebu ada teknik penyediaannya.Pastikan sukatannya tepat dan bahan-bahan yang digunakan bersesuaian. Hujung minggu ini bolehlah sediakan kek kegemaran anda untuk minum petang nanti bersama keluarga. RASA kongsikan resipi kek dijamin sedap rasanya.
MANGGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 2 ½ cawan tepung naik sendiri
- 1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
- 1/2 cawan gula perang
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
- 100gm krim keju
- 1/2 cawan gula ising
- Sedikit esen mangga
- Puri mangga secukupnya
- Mangga segar untuk hiasan
- Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
5. Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
6. Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
7. Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut mengikut kreativiti anda.
KEK KEJU JEPUN
BAHAN-BAHAN:
Bahagian A:
- 100gm susu segar
- 50gm mentega
- 250gm krim keju
Bahagian B:
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu besar jus lemon
- 20gm tepung jagung
- 60gm tepung kek
Bahagian C:
- 6 biji putih telur
- 140gm gula kastor
- 1 sudu kecil krim tartar
CARA MEMASAK :
- Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
- Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
- Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
- Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
- Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.
KEK PANDAN GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- 125gm mentega
- ½ sudu kecil garam
- 200gm gula kastor
- 2 biji telur
- 100gm santan
- 2 sudu besar jus pandan
- sedikit pewarna hijau
BAHAN-BAHAN UNTUK JUS PANDAN:
- 10 helai daun pandan
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM MENTEGA:
- 3 biji putih telur
- 100gm gula kastor
- ¼ sudu kecil garam
- 150gm mentega
- 50gm gula melaka
- Air secukupnya
- 2 helai daun pandan
BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL GULA MELAKA:
- 50gm gula melaka
- 1 sudu besar air
- 15gm mentega
- 30gm krim putar
- ¼ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dikisar bersama sedikit air dan tapiskan untuk mendapat jus pandan. Ketepikan.
- Timbang tepung dan tapis bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Panaskan ketuhar 180°C. Lenserkan loyang dan alaskan dengan baking paper.
- Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
- Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Adun sehingga sebati.
- Bakar selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas redai.
- Untuk membuat krim mentega: Gula melaka dicairkan dengan air dan pandan di atas api. Putih telur, gula kastor dan garam disatukan di dalam mangkuk keluli tahan panas dan masak menggunakan kaedah ‘double boil’ sehingga gula larut. Sejukkan pada suhu bilik. Pukul putih telur sehingga kental. Masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan air gula melaka dan pukul hingga sebati.
- Untuk membuat karamel gula melaka : Masak gula melaka dan air di atas api sehingga cair. Masukkan mentega. Tambahkan krim putar dan perasakan dengan garam. Tapis adunan dan sejukkan.
- Sapu dan hiaskan kek yang telah sejuk dengan krim mentega dan karamel gula melaka.
MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT
BAHAN-BAHAN:
- 115gm kacang walnut
- 195gm tepung serba guna
- 170gm gula halus
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh soda bikarbonat
- ¼ sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 2 telur (gred A) ] pukul sedikit
- 115gm mentega ] cairkan dan sejuk
- 3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
- Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
- Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
- Campurkan pisang lenyek.
- Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
- Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Himpunan Resipi Menarik Dessert Buat Peminat Coklat
Kebanyakan daripada kita pasti meminati makanan yang berasaskan coklat terutamanya kanak-kanak.
Tidak kisahlah sama ada kek, biskut ataupun puding, rahsia kelazatan yang ada coklat ini ialah keseimbangan manis dan pahit.
WOOPY PIE
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega bergaram
200gm gula perang
1 biji telur gred A
260gm tepung serbaguna
60gm serbuk coklat
1 1/4 sudu teh serbuk penaik
250gm yogurt asli
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan air suam
BAHAN INTI:
250gm krim keju
1 cawan krim putar
4 sudu makan gula kastor
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt.
2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam paiping bag. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150˚C.
4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chiller dengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar dan sebatikan.
5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.
*INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju.
ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN (PASTRI):
125gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu teh gula
100gm mentega
3 biji telur
BAHAN INTI:
2 cawan susu penuh krim
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/3 cawan tepung
1 sudu teh esen vanila
60gm mentega
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN GANACHE
2/3 cawan cip coklat
1/2 cawan krim putar
CARA-CARA:
1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.
2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
4. Bakar pada suhu 170˚C selama 20 minit.
5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.
NUTELLA CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
250gm mentega asli
70gm gula aising
1 sudu teh garam
BAHAN TOPPING:
226gm krim keju
226gm krim putar
2 sudu makan gula
170gm nutella
CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150˚C.
2. Untuk membuat topping pula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan.
3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.
*INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.
NUTELLA VOLCANO
BAHAN-BAHAN (CAKE CRUMB):
250gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
130gm gula perang
150gm oat
170gm mentega sejuk
BAHAN INTI:
160gm coklat gelap
80gm krim putar
40gm nutella
BAHAN LAPISAN ATAS:
150gm adunan cake crumb
50gm emping badam
CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan cake crumb dan mesrakan semuanya. Kemudian asingkan 150gm adunan tersebut dan ketepikan.
2. Adunan selebihnya dimasukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dan dialas dengan parchment paper. Ratakan.
3. Panaskan krim putar sehingga berwap. Tutup api dan masukkan coklat gelap.
4. Tuangkan coklat cair ke atas adunan cake crumb dalam loyang tadi. Kemudian ratakan nutella di atasnya.
5. Kemudian tuang dan kemaskan sapuan bahan lapisan atas di atas permukaan nutella tadi.
6. Bakar pada suhu 150˚C selama 30 minit.
*INFO CHEF: Selain menggunakan emping badam, anda boleh menggantikannya dengan pilihan kacang yang lain seperti gajus atau kacang hazel.
CONGO BARS
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
250gm gula perang
3 biji telur
310gm tepung gandum
2 1/2 sudu teh serbuk penaik
200gm cip coklat
CARA-CARA:
1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula perang. Pukul sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan dan aduk. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan cip coklat. Sebatikan.
3. Kemudian dibakar pada suhu 150˚C selama 40 minit.
*INFO CHEF: Jika mahu, boleh tambahkan 150gm serbuk coklat atau koko ke dalam adunan.
PUDING SUSU KOPI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1300ml susu cair
2 paket serbuk agar-agar kosong
10 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
1 paket coffeemix 3 in 1
3 sudu makan serbuk koko
CARA-CARA:
1. Campurkan susu cair, gula, agar-agar dan garam dalam periuk. Jangan buka api dulu. Gaul sebati baru hidupkan api. Masak hingga mendidih dan tutup api.
2. Sediakan acuan masukkan kira-kira 5 senduk adunan susu ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan agak keras.
3. Ambil 5 lagi senduk adunan susu dan tambahkan sepaket coffee mix 3 in 1 tadi. Gaul sebati dan curahkan adunan ke atas lapisan susu yang disejukkan tadi.
4. Adunan terakhir tambah serbuk koko dalam adunan susu. Dan curahkan di atas lapisan kopi tadi. Sejukkan semalaman.
Tips: Panaskan adunan setiap kali nak tambah perisa sebab adunan akan keras kalau tidak dipanaskan.
BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100g mentega
250g coklat dark compound | cairkan
2 sudu besar Nutella
*150gm tepung gandum
*1 sudu kecil baking powder
½ sudu besar tepung beras
(campur dan ayakkan bahan bertanda *)
2 biji telur
½ cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:
1. Panas dan cairkan coklat, nuttela dan mentega secara berasingan. Saya pakai pengukus je cairkan senang tak merecik air panas. Kalau double boil leceh.
2. Kemudian, campurkan kesemua di dalam satu bekas. Kacau-kacau.
3. Masukkan telur, gula perang dan esen vanilla. Kacau.
4. Masuk tepung kacau lagi. Tak kisah kacau laju, perlahan atau sedang-sedang, asal kacau.
5. Lapik baking paper dalam loyang. Kemudian, letak sesenduk amik spatula, ratakan nipis-nipis. Lagi nipis lagi bagus.
6. Tabur segala yang anda suka, sama ada kuaci, jenis kekacang seperti hazelnut, pecan, tabur je. Rata-ratakan.
7. Bakar suhu 160/170C api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
8. Tengok ye bergantung ketuhar masing-masing. Ketuhar saya kurang panas, jadi lama sikit masa membakar. Ada ketuhar cepat panas jadi 20 minit boleh periksa dah.
*Masa panas, brownies ni memang belum cruncy. Jadi potong laju-laju masa panas, brownies tak mudah pecah. Apabila dah sejuk, baru ambil pisau sisip bawah brownies tadi.
BISKUT ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250g mentega/marjerin
150g gula icing
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanila
450g tepung gandum*
2 sudu teh tsp emplex*
Ayak bahan bertanda *
150-180 badam saiz sederhana berkulit | disangai/bakar dalam ketuhar hingga kuning keemasan, sejukkan di atas rak dawai
BAHAN SALUT
600g coklat masakan
1 sudu besar lemak sayur/cocoa butter
Almond nibs secukupnya | disangai hingga kuning keemasan
Paper cup secukupnya
CARA-CARA:
1. Satukan mentega dan gula icing, pukul hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat di mangkuk pengadun. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 15-20 minit.
3. Keluarkan dari peti sejuk. Tutup doh dengan tuala lembap supaya doh tidak menjadi kering.
4. Ambil sedikit doh lebih kurang 3/4 sudu teh dan salutkan doh pada sebiji badam dan bentukkan seperti oval. Buat hingga habis.
5. Susun di dalam loyang dan bakar dalam pada suhu 160-170°c selama 20-25 minit ikut ketuhar memasing. (ketuhar saya 160c 20 minit api bawah sahaja). Sejukkan atas rak dawai.
6. Cairkan coklat bersama lemak sayur secara double boiler, kacau rata. Ambil sebiji biskut, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakan hingga menutupi biskut tersebut. Taburkan almond nibs dan sejukkan.
*saya buat separuh bancuhan dan kacau guna senduk kayu sahaja dapat 108 ketul. Omit emplex sama je rangupnya. Kali ni guna choc coins + cocoa butter dan panaskan dalam microwave 1 minit.
Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz
KEK COKLAT MOIST
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
(semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati. Tutup api, ketepikan)
4 biji telur gred A
*1 cawan tepung gandum
*1 sudu kecil soda bikarbonat
*1 sudu kecil baking powder
(ketiga bahan bertanda * diayak)
CARA-CARA:
1. Dah agak suam bahan yang dimasak tadi, masukkan ke dalam pengisar, masukkan 4 biji telur, kisar sekejap.
2. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, kisar sehingga semuanya sebati.
3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Loyang sapukan sedikit planta, kemudian masukkan adunan kek.
4. Bila air dah mendidih, letak loyang kek tadi. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana.
*saya gandakan bahan, sebab tu kek nampak besar.
UNTUK TOPPING:
Sedikit serbuk koko + sedikit susu pekat manis + sedikit Planta. Masak sehingga cair.. Sejukkan baru tuang atas kek.
Kredit resipi: Noriza Awang Hamat
PUDING ROTI COKLAT
BAHAN A
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
3/4 cawan gula
*Masak sampai larut/hancur agar-agar. Kemudian masuk gula
BAHAN B
5 keping roti gardenia | buang kulit tepi, potong kecil-kecil
1 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu besar marjerin | dicairkan dulu atas api perlahan
2 sudu besar susu pekat
1 penutup esen vanilla
Secubit garam
1 sudu besar serbuk koko**
1 sudu besar milo**
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam alat pengisar, kecuali bahan
bertanda** . Kisar halus.
2. Tuang dalam periuk agar-agar tadi. Masak sampai mendidih. Tutup api.
3. Adunan puding tadi, asingkan dalam 1/2 cawan. Selebihnya bahagi dua. Satu yang asal, satu lagi campur dengan serbuk koko dan milo. Kacau-kacau, sebatikan.
4. Tuang adunan puding yang coklat tu ke dalam loyang 8×8. Biarkan sederhana beku. Tuang adunan puding yang asal atas coklat tadi perlahan-lahan hingga habis. Biarkan sederhana beku.
5. Agar-agar yang 1/2 cawan tadi, panaskan semula dalam periuk. Campur 1 sudu kecil serbuk koko dan 1 sudu kecil milo. Kacau-kacau dan sebatikan..
6.Tuang dalam piping bag atau botol muncung kecil. Memang panas, pegang piping bag/botol tu berlapik dengan tuala/kain yang sesuai. Piping corak ikut suka atas permukaan atas puding. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam.
7. Keluarkan puding dari loyang. Boleh potong-potong dan sedia untuk dihidang.
Kredit resipi: Zura Zul
ROTI JALA COKLAT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
3 sudu besar serbuk koko/boleh ganti milo
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu gula castor/gula biasa pun boleh
2 sudu minyak masak
Secubit garam
2 1/2 cawan air (kalau rasa pekat, tambah lagi sedikit air)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan. Kacau bagi sebati. Nak senang masuk semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati, kemudian tapis.
2. Tuang adunan dalam botol lubang/muncung 3.
3. Panaskan non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kirai/jala adunan ke atas pan/kuali. Biarkan hingga masak. Kemudian angkat, lipat dan gulung.
SOS COKLAT MUDAH
2 sudu serbuk koko
250ml susu cair
100ml susu pekat
1 sudu besar mentega/marjerin
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu golden syrup (kalau tak ada, boleh ganti dengan coklat masakan. Saya guna jenama Meriah. Masak dalam 4 bar. Tak nak bubuh pun tak apa. Cukup dengan serbuk koko je)
1 sudu tepung jagung (untuk pekatkan sos coklat)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau guna whisk untuk rata dan sebatikan.
2. Masak atas api perlahan. Sentiasa kacau. Masak hingga sos nampak sedikit likat/pekat. Tutup api.
3. Sedia untuk dicicah bersama roti jala versi coklat.
Kredit resipi: Zura Zul
PUDING BISKUT JEJARI COKLAT
BAHAN-BAHAN:
Biskut jejari
20gm agar-agar bertali
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair (sukat 2 cawan, tak cukup tambah air. Boleh juga guna susu segar dalam kotak)
5 sudu besar tepung kastard (bancuh dulu dengan sedikit air)
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar milo
Secubit garam
Pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Masak air dengan agar-agar hingga larut agar-agar. Masukkan gula. Kacau-kacau hingga larut gula.
2. Pastikan guna api sederhana. Masukkan susu cair dan susu pekat. Kacau rata.
3. Kemudian tepung kastard. Kacau dengan cepat bagi rata. Kalau tidak tepung kastard akan berketul-ketul. Bubuh secubit garam. Kacau sekata. Perlahankan api.
4. Basahkan loyang 8×8. Susun biskut jejari dalam loyang tu hingga penuh bahagian bawah loyang.
5. Ambil 3 ½ cawan agar-agar dalam periuk tadi tuang dalam bekas lain. Campurkan serbuk koko dan milo. Kacau-kacau. Sebatikan.
6. Ambil dalam 1 cawan adunan agar-agar coklat tadi, tuang perlahan-lahan atas biskut jejari. Ratakan agar-agar coklat atas biskut jejari. Biarkan sederhana beku.
7. Susun lagi biskut jejari penuh loyang. Seperti biasa, tuang 1 cawan agar-agar coklat atas biskut jejari, ratakan. Biarkan sederhana beku.
8. Langkah ke-3 sama juga caranya. Susun dan tuang hingga habis adunan coklat. Biarkan sederhana beku.
9. Lebihan adunan agar-agar dalam periuk tadi, bubuh sedikit pewarna kuning atau ikut suka. Tuang perlahan-lahan atas puding biskut jejari tadi hingga habis. Biarkan beku/sejuk.
10. Simpan dalam peti sejuk 4-5 jam. Keluarkan. Guna pisau plastik. Cuba-cuba untuk keluarkan pudding. Telangkupkan atas alas yang rata. Sedia untuk dipotong.
Kredit resipi: Zura Zul
KEK COKLAT MOIST LAPIS CHEESE
BAHAN A:
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu teh vanila
(Masak atas api sebentar dan sejukkan)
BAHAN B:
3 biji telur
BAHAN C:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan serbuk koko
(Ayak semua dalam mangkuk lain)
BAHAN UNTUK LAPISAN CHEESE
250g cream cheese
½ cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 penutup esen vanila
*Semua bahan dikisar sampai halus dan dibahagi kepada 2 bekas.
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A yang telah sejuk. Pukul guna pemukul telur. Masukkan bahan C. Pukul lagi hingga bercampur dan tak berketul. Bahagi kepada 3 mangkuk.
2. Panaskan kukusan. Saya guna loyang 5x 5×3. Boleh guna loyang 9x9x3 supaya kek tak tinggi.
3. Sapu loyang dengan minyak baru lapik dengan kertas minyak. Boleh buat 5 lapis kalau suka (3 lapisan coklat, 2 lapisan cheese). Kukus ikut urutan iaitu coklat, cheese, coklat, cheese, coklat.
4. Kukus selama 20 minit. Tutup loyang guna aluminium foil supaya air tak menitik masuk. Dah masak baru, tuang bahan cheese krim, kukus selama 20 minit. Buat hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30 minit.
Kredit resipi: Dyzah Sulaiman
PUTERI AYU CHEESE COKLAT
BAHAN A: (AYAK)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B:
(masak dalam periuk, guna api kecil, kacau betul-betul sebati)
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula pasir
BAHAN C:
3 biji telur (kisar sampai berbuih)
ADUNAN CHEESE:
(satukan semua bahan dan kacau sebati)
250gm cream cheese
½ cawan gula kastor
½ cawan susu cair
¾ cawan tepung gandum
1 biji telur
CARA-CARA:
1. Masukkan bahan A dan C ke dalam bahan B berselang-seli sehingga adunan betul-betul sebati.
2. Masukkan dalam pengisar untuk dapat adunan yang halus.
3. Panas pengukus, balut penutup dengan tuala bagi mengelakkan air jatuh atas adunan.
4. Oles minyak pada acuan kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang ¼ acuan. Kukus 3 minit.
5. Tuang adunan coklat dan sambung kukus 8-10 minit.
Kredit resipi: Mimi Rizmie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Biskut Bijirin Yummilicious Memang Sungguh Yummy. Jom Ngunyah di Aidiladha Ni.
Sempena kehadiran Hari Raya Aidiladha ni di samping nak fikir lauk daging korban, kena juga cari idea nak
buat biskut apa. Sebagai kudapan ahli keluarga bila berkumpul nanti.
Biskut dari bijirin atau ‘cereal’ memang tak pernah mengecewakan. Kini dan selamanya terjamin lazat. Jom
cuba buat 4 resepi biskut bijirin yang sungguh ‘yummy’ ni dari Nor Shahidah Mohd Mahayadin dari
Yummilicous Cakes n Cookies.
1. Cereal & sunflower seed cookies
BAHAN-BAHAN :
- 85 gm mentega
- 85 gm gula kastor
- ½ biji telur
- ½ sudu teh esen vanilla
- 142 gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 30 gm biji bunga matahari
- 30 gm campuran ceri hijau dan merah
Bahan hiasan :
- Serbuk nestum secukupnya
- Biji bunga matahari panggang secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla, telur, pukul rata
3. Masukkan tepung gandum,dan baking powder.
4. Masukkan biji bunga mata dan ceri.
5. Gaul rata hingga terbentuk doh.
6. Jemput sedikit dan salut dengan serbuk nestum, dan hiaskan kuaci di atasnya.
7. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 30- 40 keping
Waktu memasak: 15-17 minit
Keistimewaan: Rangup dan enak dengan kuaci bunga matahari
Anggaran kos: RM17
INFO : Anda boleh juga menggunakan kuaci atau biji labu
2. MELTING MOMENTS COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 85 gm mentega
- 85 gm gula kastor
- 1/2 biji telur
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 142 gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 30 gm corn flakes | dihancur
Bahan hiasan:
- Cornflakes hancur secukupnya untuk hiasan.
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan telur, pukul rata.
3. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, gaulkan.
4. Masukkan cornflakes hancur, gaul rata hingga jadi doh
5. Jemput sedikit doh dan golekkan ke dalam cornflakes hancur.
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar hingga perang keemasan.
Saiz hidangan: 30- 40 keping
Waktu memasak: 15- 17 minit
Keistimewaan: Rasa corn flakes yang sungguh sedap
Anggaran kos: RM15
INFO : Anda boleh juga memasukkan bahan campuran lain seperti biskut Marie hancur. Adunan ini sangat
lembut.
3.BISKUT OATMEAL WITH CHOC & PISTACHIO
BAHAN-BAHAN :
- 120 gm mentega
- 50 gm gula kastor
- 80 gm cip coklat
- 80 gm oat segera
- 150 gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh baking soda @ soda bikarbonat | diayak
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan :
- Coklat dan kacang pistachio (hancur) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung gandum dan baking soda.
3. Masukkan oat dan cip coklat.
4. Bentukkan dan susun dalam dulang pembakar yang telah digriskan mentega.
5. Panaskan oven , bakar dalam suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan.
6 .Bila dah sejuk hiaskan dengan coklat dan kacang pistachio
Saiz hidangan : 25 – 30 keping
Waktu memasak: 15 -17 minit
Keistimewaan: Coklat dan oat gandingan biskut yang sedap
Anggaran kos: RM16
INFO : Hiaskan dengan kacang pistachio yang sudah dipanggang. Kacang juga boleh dimasukkan dalam
ramuan jika suka, dalam anggaran 30 gm.
4.COFFEE AND CEREAL COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 50 gm mentega
- 1 biji telur | kuning sahaja
- 20 gm gula aising
- 80 gm tepung naik sendiri | diayak
- 30 gm instant coffee | diayak
- ½ sudu teh esen vanilla
Bahan hiasan :
- Corn flakes hancur dan cip coklat putih, secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Masukkan vanilla dan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan tepung naik sendiri serta pes serbuk kopi segera.
4. Adun menjadi doh hingga boleh diterap dengan acuan biskut @ cookie cutter
5. Hiaskan dengan corn flakes hancur dan cip coklat putih.
6. Panaskan oven, bakar pada suhu 170 darjah celcius, bakar sehingga perang keemasan.
Saiz hidangan : 30 keping
Waktu memasak: 15- 20 minit
Keistimewaan: Berperasa dan beraroma kopi yang harum dengan kerangupan corn flakes
Anggaran kos: RM 14
INFO : Anda boleh memasukkan sedikit corn flakes untuk rasa yang lebih rangup.