Kalau waktu zaman kanak-kanak dulu mesti korang biasa makan kepingan asam hawflakes ni. Satu memang tak cukup buat ketagih nak makan. Rasanya yang masam dan manis enak dijadikan bahan dalam kek asam manis.Sepotong kek ni pasti tak cukup, mesti nak menikmatinya lagi.
KEK ASAM MANIS
Bahan-bahan:
1 sudu besar ovellate -BELI ONLINE DI SINI
180g gula kastor
500g marjerin/mentega
10 biji telur
200g tepung gandum/tepung pau
100g Horlicks *diayak bersama tepung
170g kaya
5 sudu besar susu pekat -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Pewarna pilihan -BELI ONLINE DI SINI
Perisa pilihan
Haw flakes plums
ADUNAN HIJAU
perisa horlicks+pandan
ADUNAN KUNING
perisa asli horlicks+hawflakes plums
ADUNAN MERAH JAMBU
perisa horlicks+strawberi
CARA MEMASAK:
1)Pukul marjerin+gula+ovellete sampai kembang putih dan ringan.Perlahankan mixer,masukkan telur satu demi satu sampai habis sambil putar sehingga sebati.
2)Masukkan kaya,susu pekat dan esen vanilla.Dah nampak adunan licin,masukkan tepung+horlicks sedikit demi sedikit,putar pada kelajuan perlahan sahaja cukup untuk digaul sebati.
3)Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan(guna penimbang & calculator).*Jika tiada penimbang boleh gunakan senduk/cawan untuk dapatkan bahagian sama rata.
Kemudian setiap mangkuk adunan,bahagikan lagi kepada 3 bahagian.
4.Bakar pada 160°c (ikut kesesuaian suhu oven masing-masing)Kawal suhu oven mengikut keadaan kek,adakalanya perlu diturunkan suhu untuk mengelakkan hangus atau untuk pastikan adunan kek masak sekata.
Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
ANDA MAHU MENUKAR OVEN BARU, BOLEH BELI DI SINI.
Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Goreng Sotong Pedas Menyengit…Meleleh Air Liur Dibuatnya
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
- 1 biji lada merah
- 8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
- 3 biji bawang (sederhana)
- 2 biji bawang putih
- 1/2 inci belacan
- Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
- 1-2 ekor Sotong (dipotong)
- Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
- Kicap manis
- Kicap sotong
- 1 biji telur
- Garam & perasa
- Minyak
CARA MEMASAK:
- Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
- Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
- Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
- Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
- Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
- Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
- Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
- Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
- Boleh juga tambah udang atau bahan lain.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ryna Kharysta
Kuih Muih Olahan Pulut Tidak Jemu Makan
Selain nasi, pulut menjadi kegemaran ramai. Pulut juga sering diolah menjadi kuih muih untuk menu minum petang atau acara makan-makan.
Kalau ada yang nak membuat sendiri kuih muih dari olahan pulut, min kongsi resipinya.
PULUT INTI MANIS
BAHAN INTI
50gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300gm kepala parut
CARA MEMASAK
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
Masak hingga gula larut.
Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN PULUT
100gm beras pulut
100gm air
50gm santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak.
Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
Ambil sedikit pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
Sedia dimakan.
Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus untuk menjimatkan masa semasa memasak pulut
Resipi: Rozelinda Mustapha
TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN A
(BAHAGIAN BAWAH):
2 cawan beras pulut | dibersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
BAHAN BAHAGIAN B
(BAHAGIAN ATAS):
3 biji telur
500ml santan pekat
150gm gula merah
150gm gula pasir
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bahagian pulut; masak beras pulut bersama santan.
2. Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan permukaannya supaya padat. Ketepikan.
3. Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
4. Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong.
Pulut Lepa Berinti Sambal Ikan
BAHAN SAMBAL IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1/2 inci halia | dikisar halus
5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
4 sudu makan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
3.Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
4.Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Sejukkan.
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut | basuh dan rendam minimum 1 jam)
1/2 cawan santan pekat
4-5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
1.Kukus pulut selama 30 minit.
2.Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
3.Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
1.Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
2.Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
3.Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
4.Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
5.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Bengkang Jagung Lemak Manis, Hanya Guna Blender Sempurna Kejadian
Apam Pisang Santan , Resipi Tanpa Telur Memang Tak Muak Makan
Resipi Bahulu Viral 3 Bahan Bakar Guna Sandwich Maker. Sedap & Confirm Jadi
5 Resipi Bebas Santan & Minyak Yang Sedap & Lebih Sihat .
Anda ingin memulakan diet sihat dan masih tercari-cari menu yang mudah dan sedap? Atau baru baik demam tekak tak sedap, Jangan Risau ini RASA kongsikan lima resipi ringkas yang bebas santan dan minyak. Gerenti sedap dan sihat dan anda tidak akan menyesal mencubanya.
SUP BEBOLA IKAN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 3cm halia
- 2 sudu rempah sup
- 1 paket stok ayam
- 1 tangkai daun sup | racik
- 1 batang daun leek | potong kasar
- ½ biji lobak merah | potong kasar
- 5 biji tomato ceri
- 10 biji bebola ikan
- 10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- Lada sulah secukupnya
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Kemudian, panaskan satu sudu minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris bersama rempah sup.
- Kemudian, masukkan air sehingga mendidih dan masukkan lobak merah, stok ayam dan bebola ikan.
- Setelah bahan empuk, masukkan hirisan daun leek, daun sup dan tomato ceri, bersama telur puyuh beserta lada sulah dan garam secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
SUP TELUR BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 3 ulas bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 2.5cm halia | hiris
- 3 biji kentang | potong empat
- 1 batang lobak merah | potong
- 500gm suhun
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- Air secukupnya
- Sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan |racik
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Masak di atas api sederhana hingga kuah mendidih. Masukkan kentang, lobak merah serta stok ayam. Kacau sekata.
- Setelah kentang empuk, kecilkan api.
- Perlahan-lahan pecah telur ke dalam sup satu persatu.
- Biarkan dan jangan kacau supaya telur menjadi keras dan tidak pecah kuningnya.
- Kemudian masukkan suhun, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
- Sebelum dihidangkan, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 10 batang cili kering
- 2cm kunyit hidup | separuh racik
- 3 keping asam gelugur
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang bunga kantan| racik
- Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam| potong kecil
- 2 biji limau nipis | ambil air
- 10 batang pucuk daun kemangi | racik
- 2 ulas cili merah | racik
- 1 biji tomato | potong dadu
- 4 batang daun salam | hiris
- ½ sudu teh gula pasir
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukup rasa
- Daun pisang secukupnya | sapu minyak dan layurkan sedikit
- Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
- 4 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang cili merah
- 2cm kunyit
- 5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
- Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
- Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
- Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
- Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan merah | saiz sederhana
- 200ml air asam jawa
- 2cm kunyit
- 5 ulas cili merah
- 5 ulas cili padi
- 1 batang serai | dititik
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih.
- Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
- Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA DI RUMAH, SILA LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI DI BAWAH INI :
Resipi Singgang Ikan Tenggiri Terengganu Warisan Asli Ibunda.
https://www.rasa.my/buka-selera-dengan-singgang-thailand-ikan-sumbat-sambal-kelapa/