Resipi Kek Planta antara kek orang lama yang memang popular suatu masa dahulu, tetapi kek ini tak pernah ketinggalan zaman malah makin lama ianya makin diminati. Resipi yang dikongsikan ini hanya dibakar menggunakan dapur gas sahaja, tetapi elok sangat rupanya tetap gebu. Selamat mencuba.
Resepi Kek Planta
Bahan-Bahan:
- 1cwn planta@majerin(cap apa pon boleh aje)
- 2cwn tepung gandum(cap apapon boleh)
- 1cwn gula pasir
- 1/2cwn susu sejat@cair
- 4biji telur(gred b )
- 1sk soda bikarbonat
- 1sk baking powder
- 1sb esen vanila
Cara-Cara:
- Pukul@mixer telur n gula smpai kembang(putih)-xdigalakkan pakai blande…sbb majerin susah nak kembang kalau kisar
- Masukkan majerin@planta…mix lagi smpai kembang…masukkan susu sejat…mix lagi…
- Masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder n esen vanila…mix sekali arung biar sebati…
- Dah siap mixer semuanya…
bahagi adunan kepada 2bahagian.
– adunan 1…cikpooja campo ngan serbuk koko 2sb…kacau sebati
– adunan 2…plain je(warna putih) - Sapu loyang ngan majerin…masukkan adunan selang seli ikut kreativiti masing2…
Pas tu cikpooja bakar dalam 35-40mnit guna dapo gas Guna api slow…
*Nota: Bila bakar…memang dalam periuk tu takde letak air…kalau letak air itu namanya kukus
Kongsi resipi: cik pooja
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peminat Pasta Boleh Cuba 3 Resipi ini. Gerenti Sedap
Peminat pasta boleh cuba 3 resipi ini. Gerenti sedap dan mudah pulak tu.
Sesekali layan masakan ala barat pun best. Bosan juga asyik makan nasi kan Lagi pula, bila masak pasta tak perlu lauk sampingan lain. Semua dah masuk dalam situ. Mudah.
Boleh cuba tiga jenis pasta yang simple tapi sedap ini untuk hidangan keluarga.
SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNISE
Bahan-Bahan:
1 paket spageti boleh beli online di sini
Sedikit isi ayam cincang
1 helai daun Bay – boleh beli online di sini
Lada putih – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Minyak zaitun – boleh beli online di sini
Air
Bahan B:
1-2 biji tomato – boleh beli online di sini
1 labu bawang Holand (hiris) – boleh beli online di sini
Sedikit saderi (hiris)
5-7 ulas bawang putih (racik) – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
- Rebus pasta 5 hingga 7 minit. Angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis semua bahan B sehingga separuh masak.
- Angkat dan kisar bahan-bahan yang ditumis tadi.
- Kemudian tuang kembali ke dalam kuali dan masak sekali lagi kesemua bahan kisar bersama isi ayam dan tambah air secukupnya.
- Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa. Gaul seketika. Tutup api.
- Bubuh spageti di dalam pinggan dan tuangkan sos/kuah yang sudah siap.
SPAGETI AGLIO OLIO
Bahan-Bahan:
1 paket pasta spageti boleh beli online di sini
Udang (bersihkan)
Minyak zaitun – boleh beli online di sini
1 labu bawang Holand (hiris halus) – boleh beli online di sini
5-7 ulas bawang putih (|hiris halus) – boleh beli online di sini
Sedikit Capsicum hijau (hiris memanjang)
Capsicum merah (hiris memanjang)
1tin Cendawan butang (hiris) – boleh beli online di sini
Daun Parsli (cincang)
Keju Parmesan (parut) – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
- Rebus pasta selama 5 hingga 7 minit. Angkat, tos dan ketepikan.
- Tumis bawang putih, bawang Holand dan udang hingga terbit bau.
- Masukkan kesemua capsicum dan cendawan, tumis bersama.
- Masukkan pasta yang telah direbus tadi. Gaul sebati.
- Masukkan daun parsli dan parutan keju parmesan. Gaul rata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
PASTA BROKOLI
Bahan-Bahan:
350gm pasta spageti – boleh beli online di sini
2 sudu makan minyak zaitun (untuk spageti) – boleh beli online di sini
30gm minyak (untuk menumis)
10 ulas bawang putih (dicincang halus) – boleh beli online di sini
50gm brokoli (dicincang halus) – boleh beli online di sini
50gm brokoli (potong kasar) – boleh beli online di sini
1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini
30gm keju parmesan – boleh beli online di sini
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam – boleh beli online di sini
Serbuk lada hitam secukupnya – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
- Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya.
- Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan.
- Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati.
- Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi.
- Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh masukkan sedikit potongan cili api jika mahukan rasa pedas.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
5 Aneka Hidangan Dari Labu Terlajak Sedap Dan Menyihatkan.
Labu oh labu. Macam-macam hidangan yang boleh dibuat darinya. Tapi yang paling best sudahlah sedap ada manfaat kesihatannya.
Labu kuning (pumpkin) memang mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandung zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Makan buah labu secara teratur akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning juga dipercayai dapat melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas. Jadi apa tunggu lagi jom masak 5 aneka sajian kreatif daripada labu nih.
1. PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm puri labu
- 300gm tepung gandum
- 250gm gula perang
- ½ sudu teh esen vanila
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 150gm marjerin
- 3 biji telur
- 150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
- 250gm krim putar
- 120gm gula perang
- 50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
- Kepingan badam secukupnya
- Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata.
4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati.
5. Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10.
6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan.
7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit.
8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat sos butterscotch:
1. Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil.
2. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat.
3. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chef Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa manis butterscotch
Jenis Penyediaan: Kek
Cara Memasak: Bakar dan reneh
Anggaran harga: RM20
2. PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
- 12gm tepung gandum
- 55gm mentega
- 40ml air
- Secubit garam
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm.
4. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit.
5. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
- 65gm gula
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu teh garam
- 100gm puri labu
- 100gm susu segar
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
Saiz Hidangan: 6-7 orang
Waktu Memasak: 1 jam 30 minit
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
3. BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
- 250gm tepung roti/tepung high protein
- 5gm yis
- 10gm gula kastor
- 13gm marjerin
- ½ sudu teh garam
- 150gm air
UNTUK HIASAN:
- Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
- ½ kg labu | dibuang kulit dan biji, dipotong.
- Sedikit garam
- Serbuk lada putih
- Daun bawang potong halus
- Bawang merah cincang halus
- 2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut.
2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur.
3. Perasakan dengan garam dan lada putih.
4. Masukkan daun bawang dan bawang cincang.
5. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung.
6. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
7. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam.
8. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh.
9. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30 gram dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan.
10. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit.
11. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
12. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
Saiz Hidangan: 15 biji mini burger
Waktu Memasak: 2 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Rasa lemak labu
Jenis Penyediaan: Pastri
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
4. MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
- ½ biji labu | potong
- 6 tangkai kacang panjang | potong
- 1 batang serai
- 400ml santan cair
- 400ml santan pekat
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- ½ sudu teh serbuk kunyit
- 5-10 tangkai cili padi
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata.
3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih.
4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati.
5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh.
6. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
Info chef: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 30 minit
Jenis Hidangan: Melayu
Keistimewaan: Rasa lemak labu dan santan serasi
Jenis Penyediaan: Lauk pauk
Cara Memasak: Reneh
Anggaran harga: RM10-RM15
5. ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
- 5 potong labu
- 1 labu bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan jus lemon
- 3-4 sudu besar minyak zaitun
- Sedikit serbuk Thyme
- Sedikit serbuk Oregano
- Sedikit Daun bay kering
- Lada hitam secukupnya
- Garam secukupnya
Langkah penyediaan:
1 .Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu.
2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay.
3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk.
5. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Saiz Hidangan: 3-4 orang
Waktu Memasak: 1 jam
Jenis Hidangan: Barat
Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan
Jenis Penyediaan: Pencuci mulut
Cara Memasak: Bakar
Anggaran harga: RM15-RM20
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Resipi Apam Nasi Pandan Terlajak Gebu, Sesuai Untuk Minum Petang
Resipi Apam Nasi Pandan yang sangat mudah, sedap dan lembut. Sekali cuba pasti menjadi. Nasi yang tidak habis janganlah dibuang. Elakkan pembaziran. Inilah menu yang paling sesuai kita buat bila ada nasi lebih. Bahan-bahan yang diperlukan tidaklah banyak untuk membuat Apam Nasi Pandan ini. Jom kita cuba resipi buat Apam Nasi Pandan seperti yang dikongsikan oleh Fazilah Md Yussop
CARA MEMBUAT APAM NASI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
2 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan gula – beli online disini
2 cawan pati daun pandan
BAHAN B:
1 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 cawan tepung beras – beli online disini
1 peket mauripan – beli online disini
Pewarna hijau (jika suka)
BAHAN C:
1/2 biji kelapa (bahagian putih)
Garam secukup rasa – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan. Kacau hingga sebati. Satukan agar sebati dan halus.
2. Satukan tepung gandum dan mauripan. Nasi yang dikisar tadi masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau sebati. Kacau sebati.
3. Masukkan pewarna hijau sedikit (jika suka) supaya lebih cantik. Perap selama satu jam setengah.
4. Panaskan periuk kukus kemudian Kukus selama 20 hingga 15 minit. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan.
5. Kukus selama 20 hingga 15 minit adunan tadi. Sementara tunggu masak, gaulkan kelapa putih dengan garam.
6. Selepas kuih apam masak, bolehlah gaulkan atau letak kelapa di bahagian atas apam. Siap untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Fazilah Md Yussop
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar teknik buat biskut yang enak? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Biskut Kudap-Kudap
Tarikh: 13 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
APA YANG AKAN ANDA DAPAT?
* Ketahui teknik hasilkan biskut yang enak
* Berpeluang mulakan bisnes biskut sendiri
* Demo step by step oleh pakar
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI