Buah-buahan beri memang enak jadi ramuan kek. Tapi buah-buahan tempatan seperti mangga, nangka dan pisang pun super sedap dibuat kek.  RASA menampilkan resipi dari Fadzil Md Salleh , Dill Cakes.

5 resipi original kek yang berasaskan nangka, pisang, mangga dan buah-buahan beri dan citrus ini pastinya menceriakan ahli keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang. Jom ‘baking…

DILL MANGO CHEESE CAKE

Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .

BAHAN-BAHAN :

  • 350gm krim keju
  • 1/3 tin susu pekat
  • ½ cawan krim putar
  • Sedikit esen vanilla

Bahan lapisan bawah @ crust:

  • 150gm biskut Marie
  • 75gm mentega | dicairkan

Bahan puri mangga :

  • 1 biji mangga | sederhana besar
  • 1 sudu teh gula

*Dikisar bersama

  • Buah mangga potong kiub kecil

CARA MEMASAK :
Cara masak crust :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan, masukkan adunan di dalam loyang 15sm ( 6 inci).
3. Tekan adunan supaya padat dan masukkan sebentar dalam peti sejuk agar lebih padat.
dengan butter yang telah dicairkan. Letakkan adunan dalam loyang 6 inc. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya padat.

Cara masak kek keju mangga:

  1. Putar krim keju dan susu serta krim putar hingga sebati dan masukkan esen vanilla.m hingga sebati, masukkan esen vanila.
  2. Masukkan 1/3 puri manga dan potongan kiub kecil manga, gaulkan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
  4. Bakar dalam oven (suhu rendah, slow temperature ), 70 darjah Celsius selama 2 setengah jam.
  5. Keluarkan dan masukkan di dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang.
  6. Sapu lebihan puri manga di atas kek, hias atas kek dengan mangga yang telah dipotong kiub mengikut kreativiti sendiri.

Saiz hidangan : Satu Loyang bulat (15sm @ 6 inci)
Waktu memasak : 2 ½ jam
Cara masak : Bakar dengan suhu rendah
Jenis masakan : Kek keju berasaskan mangga
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Biarkan keju selama 30 min pada suhu bilik sebelum diputar

FRUITY VANILLA CAKE

Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .
.

BAHAN-BAHAN :

  • 100gm mentega tanpa garam
  • 160gm gula castor
  • 50gm krim masak atau boleh guna yogurt
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji orange | ambil parutan kulitnya
  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 600gm buah-buah citrus | pic, anggur, strawberi, raspberi dan blueberi, basuh dan potong

CARA MEMASAK :

  1. Satukan tepung dengan serbuk penaik dan ayak.
  2. Pukul mentega, krim masak dengan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu sehingga kembang.
  4. Masukkan esen vanilla dan parutan kulit oren dan terus putar.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga rata.
  6. Masukkan sedikit buah-buah yang telah dipotong. Masukkan adunan dalam loyang bulat 17.7 sm (7 inci) yang dilapik kertas dan dioles mentega.
  7. Susun lebihan buah di atas kek mengikut kreativiti masing-masing. Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 45 min – 1 jam atau sehingga keperangan.

Saiz hidangan : Satu loyang bulat (17.7sm @ 7 inci)
Waktu memasak : 45 minit hingga 1 jam
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek daripada campuran buah-buahan
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dengan buah-buahan yang lazat
Anggaran kos : RM 45

INFO CHEF : Bagi mengelakkan buah-buahan daripada terlalu garing di atasnya, 15 minit sebelum kek masak balut kek dengan aluminium foil.

IKLAN

CHOC BANANA MOIST

Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .
.

BAHAN-BAHAN :

  • 170gm tepung gandum | diayak
  • 1 cawan serbuk koko | diayak
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh krim tartar
  • 1 cawan air
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 ½ cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • 1 ½ biji pisang | dilenyekkan

Bahan filling @ inti :

  • 500ml krim putar
  • 3 sudu makan pisang yang telah dilenyekkan

*Pukul krim putar hingga kental dan masukkan pisang yang dilenyek. Kacau rata.

Bahan ganache coklat :

  • 150gm krim putar (dairy)
  • 15gm sirap glukos
  • 250 gm coklat
  • 10gm mentega

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam bekas, gaul rata dan masukkan telur, minyak, air dan susu cair. Kacau rata.
  2. Masukkan pisang yang telah dilenyekkan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 23sm @ 9 inci dan bakar pada suhu 170 C – 180C selama 60 minit sehingga masak.

Cara membuat ganache coklat :

  1. Didihkan krim putar dan sirap glukos, tuangkan ke dalam bekas berisi coklat
  2. Kacau rata hingga coklat larut, tambahkan mentega dan kacau hingga adunan licin dan berkilat.

Cara melapis kek :

  1. Selepas kek sejuk potong kek pada tiga bahagian. Pada setiap lapisan sapukan inti yang telah diputar bersama hirisan nipis pisang.
  2. Ulang untuk lapisan kedua dan ketiga. Sapu dan salutkan kek dengan coklat ganache dan hiaskan dengan hirisan buah pisang .

Saiz hidangan : Satu loyang bulat (23sm @ 9 inci)
Waktu memasak : 60 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasaskan pisang
Keistimewaan :Kek dengan rasa pisang segar dan enak berkrim dan bercoklat
Anggaran kos : RM 30

INFO CHEF : Rendam pisang dalam air lemon selama 15 minit untuk mengelakkan pisang daripada menjadi lebam. Usah putar whipping cream terlalu lama atau laju kerana ia menjadikan krim terlalu pekat dan payah disapu.

4. DILL RASBERRY CHEESE CAKE

IKLAN

Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .
.

BAHAN-BAHAN :

  • 350gm krim keju
  • 1/3 tin susu pekat
  • ½ cawan krim putar
  • Sedikit esen vanilla

Bahan kerak @ crust :

  • 150gm biskut Marie
  • 75gm mentega | dicairkan

Bahan puri raspberi :

  • 250gm buah raspberi | *Boleh juga guna yang siap dalam botol
  • 1 sudu teh gula

* Kisar hingga hancur

CARA MEMASAK :
Cara membuat crust :

  1. Hancurkan biskut Marie dan kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
  2. Letakkan adunan dalam loyang berukuran 6 inci @ 15sm. Tekan adunan sehingga padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya lebih mampat dan kukuh.

Cara memasak kek keju raspberi :

  1. Putar krim keju dan susu serta krim putar sehingga sebati. Masukkan juga esen vanila.
  2. Masukkan 1/3 puri raspberi dan potong kiub kecil buah raspberi, gaulkan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.
  4. Bakar dalam suhu 70 darjah Celcius selama dua setengah jam
  5. Keluarkan dan masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 minir supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang.
  6. Sapu lebihan puri raspberi di atas kek
  7. Hiaskan kek dengan buah raspberi mengikut kreativiti anda.

Saiz hidangan : Satu loyang bulat (15sm @ 6 inci)
Waktu memasak : 2.5 jam
Cara masak : Bakar dengan suhu rendah
Jenis masakan : Kek berasaskan raspberi, dengan ketulan raspberi segar
Keistimewaan : Gandingan keju dan raspberi menghasilkan keenakan keju tanpa muak
Anggaran kos : RM 45

INFO CHEF : Buah raspberi cepat rosak, jadi seeloknya waktu hendak dihidang baru diletakkan buah raspberi di atas kek.

5. JACKFRUIT VANILLA CAKE

Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 375gm mentega
  • 340gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 340gm tepung naik sendiri
  • 340gm isi Nangka | dikisar jadikan puri
  • 250gm isi Nangka | diracik kasar
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula serta esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu, putar hingga halus
  3. Kemudian masukkan tepung dan puri nangka. Masukkan nangka yang telah diracik kasar dalam adunan.
  4. Bahagikan kepada dua adunan. Masukkan dalam loyang 8 inci @ 20sm yang telah diletak kertas kek dan dioles dengan mentega.
  5. Bakar dalam suhu 160-170 darjah Celscius selama 45 minit

Saiz hidangan : Dua loyang bulat (20sm @ 8 inci)
Waktu memasak : 45 minit
Cara masak : Bakar
Jenis masakan : Kek berasas buah nangka
Keistimewaan :Kek berperasa nangka yang enak dengan rasa nangka sebenar
Anggaran kos : RM 25

INFO CHEF : Resipi yang sama boleh digunakan untuk buah-buahn ganti yang lain seperti cempedak, oren dan epal.

JURU FOTO ; NURUL AKMA AZIMI

RESIPI : FADZIL MD SALLEH, DILL CAKES
TERIMA KASIH: Dill Cakes, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya, Shah Alam
http://dill-cakes .blogspot.com , fb/insta:fadzilmdsalleh, page: dill cakes

ANDA SEDANG MENCARI KETUHAR ELEKTRIK ATAU OVEN YANG TERKINI, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

Resipi Kek Coklat Moist Versi Bakar Guna Sukatan Cawan

 

JOM CUBA RESIPI INI :

Resipi Buat Kek Coklat Velvet Horlick Moist Yang Sedap Kemain

DAN TENGOK JUGA VIDEO MENARIK NI :

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI