Buat penggemar coklat buat kek ini gerenti tak mengecewakan. Rasanya sedap tak manis sangat sesuai dengan tekak. Rasa sekali pasti ketagih nak lagi.

KEK COKLAT OREO
Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh soda bikarbonat-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar serbuk penaik
1/2 cawan minyak
Sedikit garam
1 cawan oreo yang sudah dihancurkan
1 cawan air nescafe (bancuh air panas dengan 1 sudu besar nescafe )
1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu segar + 2 sudu besar air lemon)
* kalau tak ada buttermilk boleh juga gantikan dengan 1 cawan yogurt asli

Topping:
1 cawan whipping cream
1/2 cawan coklat masakan
1 sudu besar butter/minyak

Cara memasak:
1.Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Dah siap ketepikan
2.Dalam mangkuk yang lain pukul telur, gula, esen vanila guna whisk.
3.Masukkan minyak, buttermilk, air nescafe dan garam.
4.Kacau sebati.
5.Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau lagi.
6.Masukkan oreo dan kacau sebati.
7.Masukkan dalam bekas /loyang yang telah dialas dengan baking paper
8.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 45 minit

9.Untuk topping pula, campurkan semua bahan dalam mangkuk dan cairkan guna kaedah double boiler.
10.Bila dah cair tuangkan atas kek dan boleh la hias dengan parutan coklat dan oreo.

Kek Coklat Oreo Mewah Dengan Rasa Coklat

IKLAN

Selamat mencuba.

Kredit:Hidayati Hana

IKLAN

INGIN MEMBELI OVEN BARU , BOLEH LIHAT DI SINI

Ini Dia 3 Jenis Kek Orang Lama Yang Tetap Digemari

IKLAN

Banana Cookies Jadi Kudapan Enak Yang Rangup

Cara Mudah Buat Kek Coklat Kukus Yang Lembut & Sedap

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI