Anda yang ingin membuat kek, tapi tidak ada oven, apa kata anda gunakan sahaja pengukus untuk melaksanakan impian buat kek. Berikut dikongsikan resipi Kek Coklat versi kukus yang sangat sedap, lembut gebu dan gerenti jadi kalau anda mencubanya. Pasti anak-anak sukakannya.

Kek Coklat Kukus Paling Ringkas, Hasil Sedap, Lembut & Moist.

KEK COKLAT KUKUS
BAHAN-BAHAN:
DIBLENDER SEKALI:
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
8 biji telur | diblander asing dan ketepikan.
DIAYAK BERSAMA:
2 cawan tepung gandum
2sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecik baking powder
BAHAN TOPPING:
Coklat masak secukupnya
Sedikit mentega atau marjerin
Badam cincang secukupnya | sangai dahulu

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
  1. Dalam mangkuk, masukkan bahan yang diblender berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama.
  2. Atau jika ingin lebih senang campurkan semua sekali bahan dalam blender dan blend sebati.
  3. Sapukan loyang dengan marjerin atau mentega terlebih dahulu, kemudian tuangkan adunan ke dalamnya.
  4. Panaskan air dalam pengukus, setelah mendidih, masukkan loyang adunan kek ke dalamnya, kukus selama 1 jam atau hingga masak menggunakan api sederhana.
  5. Untuk topping, masak coklata bersama sedikit mentega atau marjerin secara double boil hingga coklat cair sepenuhnya dan sentiasa kacau.
  6. Tuangkan atas kek, kemudian taburkan badan cincang di atasnya.
  7. Setelah sejuk, kek sedia dipotong dan dihidangkan.

Kredit : Noriza Awang Hamat

IKLAN

Lagi menu berkaitan:
https://www.rasa.my/kek-lapis-marrie-masam-manis-sukat-guna-cawan-gerenti-jadi/
https://www.rasa.my/buat-walnut-carrot-cake-setanding-beli-di-bakeri-sedap-moist/
https://www.rasa.my/cara-buat-kek-pisang-dua-benua-sedap-tanpa-guna-banyak-bahan/
https://www.rasa.my/resipi-kek-sunquick-oren-5-bahan-guna-marjerin-je-tapi-sangat-gebu/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI