Ni dia resipi kek buah berselerak yang sedap lembab. Makin lama disimpan bila keluar dari peti sejuk, bila digigit ya ampun sedap kemain lagi.
Ni resipi kek buah versi bakar oleh Mariana Zainal yang sudi berkongsi resipi mengikut olahannya sendiri, Katanya, “InsyaAllah sedap tak manis tahap potong kaki. Mudah sebab tak payah kukus, bakar aje dalam oven.”
Pesan Mariana lagi. “Study dulu resipi baru buat.” Baginya nak sedap lagi gunalah mentega premium walau lebih mahal tetapi berbaloi-baloi lebih lazat lagi
1. Pukul mentga dan gula perang, selama 10 minit guna mixer. 2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, setiap biji pukul 1 minit (kelajuan tinggi) 3. Masukkan esen vanila, oren sunquick dan parutan lemon. Pukul dalam 1-2 saat dan matikan mixer. 4. Kemudian masukkan tepung dan susu cair berselang seli ke dalam adunan. Kaup balik sehingga sebati dan kemudian masukkan buah-buahan kering yang sudah dislaut tepung, kacau jangan lama. 5. Panaskan oven, griskan mentega dalam loyang saiz 8 inci dan lapikkan baking paper. 6. Masukkan adunan, ratakan dan hentakkan loyang . 7. Taburkan buah-buahan kering dan coklat callebaut. 8. Bakar selama sejam dalam suhu 170- 180 darjah Celcius, guna api atas dan bawah 9. Sebelum angkat cucuk dahulu guna lidi, kalau tak melekit tanda kek dah cukup masak.
Resipi pisang muda masak lemak cili Api tempoyak ini memang sedapnya lain macam sungguh. Kalau dimasak untuk hidangan berbuka, mesti bertambah nasi.
Ini memang menu orang dulu-dulu. Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak. Nostalgia sangat. Ikut saja perkongsian resipi daripada puan Suisan Alieza ini. Memang menjadi sungguh.
Potong pisang seperti dalam gambar dan rendam dengan air garam dan asam keping 9saya guna pisang emas). Pisang tu ikut banyak mana yang nak. Kalau lebih daripada sesisir, jangan lupa lebihkan kelapa. Biar betul-betul pekat kuahnya nanti.
Sediakan kuali, masukkan santan, asam keping, cili api, ikan bilis dan pisang. Masak dan kacau sehingga mendidih. Bila pisang hampir lembut masukkan tempoyak.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Gaul sebati.
Siap! Gandingkan pula dengan ikan goreng. Memang mantap. Selamat mencuba.
Terfikir nak buat bubur jagung tapi macam tak jalan jer. Anak-anak tak berapa suka. Mereka lebih suka kudapan yang simple. Jadi sis rajinkan diri buatkan mereka muffin jagung yang gerenti anak-anak suka.
Muffin Jagung
BAHAN A
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder ( Semua bahan di atas diayak bersama)
BAHAN B
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1 cawan jagung berkrim
3/4 cawan gula
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh perisa jagung
Sikit garam & pewarna kuning ( Semua bahan ini digaul bersama)
CARA MEMASAK : 1.Gaul bahan A dengan bahan B 2.Setelah rata masukkan ke dalam paper cup . 3.Bakar 20 – 25 minit,kepanasan 180 ( ikut kepanasan oven masing-masing). 4.Sejukkan muffin baru dihidangkan.
Menu antarabangsa yang Min kongsikan kali ni, memang unik. Sajian inspirasi dari 6 negara dari enam negara iaitu Pakistan, Timur Tengah, Jepun, Mediterranean, Indonesia dan USA. Resipi nombor 6 ,Burger Udang Mediterranean memang luar biasa. Tapi diubahsuai sesuai selera Malaysia.
Resipi ni semua diolah semula oleh Ketua Chef Ahmad Nizam Saidin, Chef Ku Iskandar Hafizuddin, Chef Mohd Suhaize Hasim, Chef Azrin Nuruddin, Chef Muhammad Azrin Mustafar dan Chef Rafi’ah Ghazali. Min dah rasa semua sajian ni memang ‘terangkat’ lah. Kreatif betul team Chef di sini.
Korang kena cuba ni…
1. SPICY CHICKEN INFUSED WITH HONEY
.
BAHAN-BAHAN :
60gm peha ayam
60gm brokoli
60gm kubis bunga (cauliflower)
40gm lobak merah
60gm asparagus
4 ulas bawang putih
80gm kentang goreng (french fries)
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu besar minyak masak
3 biji tomato cheri
2 sudu teh madu
Serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan peha ayam. Perap peha ayam dengan gula, garam dan serbuk perasa.
2. Panggang peha ayam yang siap diperap.
3. Sapukan dengan madu yang telah diperasakan dengan cili api, bawang merah dan bawah putih di atas peha ayam.
4. Letakkan peha ayam di bawah ketuhar pembakar salamander (ketuhar pemanggang) sehingga warna menjadi keperangan.
5. Kemudian gorengkan french fries dalam minyak penuh, gunakan deep fryers. Angkat dan ketepikan.
6. Kemudian rebus pula brokoli, kubis bunga, lobak merah dan asparagus di dalam air panas.
7. Tumiskan bahan-bahan yang telah direbus tadi bersama bawang putih.
8. Hidangkan ayam panggang bersama kentang goreng dan sayuran rebusan tadi.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Inspirasi sajian Amerika Syarikat
Keistimewaan : Rasa ayam berjus dengan khasiat madu
Info Chef : Terdapat dua jenis ketuhar salamander , satu berupa ‘hand held’ dan yang kedua berbentuk ketuhar. Ia menjanjikan pemanggangan yang menyeluruh dan rata.
2. BEST FRANCE OF LAMB @ LAMB NOISETTE
.
BAHAN-BAHAN :
180gm kambing potong
70gm kentang
60gm brokoli
40gm kubis bunga (cauliflower)
40gm lobak merah
70gm kailan
60gm mentega
40gm bawang putih
100gm rempah cajun
100gm serbuk paprika
100gm daun rosemary
100gm lada hitam
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
CARA MEMASAK :
1. Perap rusuk kambing dengan bahan perasa cajun, paprika, daun rosemary, garam dan lada hitam. Kemudian panggang hingga masak.
2. Lenyekkan kentang bersama susu dan mentega sehingga kentang lembut.
3 .Rebus sayur – sayuran yang telah dipotong dan campur bersama sedikit garam dan bawang putih.
4. Hidangan sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Inspirasi sajian Perancis
Keistimewaan : Daging kambing yang kaya rasa herba berperisa
Info Chef: Gunakan daging bahagian tulang rusuk untuk rasa empuk berjus
3.BAKED CHICKEN BRIYANI PAKISTAN
.
BAHAN-BAHAN :
2 ketul ayam dipotong empat
1 peket kecil rempah briyani
1 sudu teh garam
Bahan untuk dikisar:
4 biji bawang besar merah
10sm halia
6 ulas bawang putih
4 biji cili hijau
*Simpan sedikit bahan yang dikisar untuk memasak nasi beriani.
5 sudu makan minyak masak
10gm kayu manis
10gm kuntum bunga lawang
10gm buah pelaga
10gm bunga cengkih
1 cawan susu cair
1/2 cawan air (jika perlu)
1/2 sudu besar pes tomato
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan nasi beriani :
300gm beras basmathi – *dicuci, rendam selama sekurang-kurangnya 30 minit dan kemudian toskan.
Bahan tumis nasi:
3 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan bahan kisar *yang disimpan sewaktu masak ayam tadi
8 sudu makan kuah ayam briyani panggang
100ml susu cair
1 sudu kecil serbuk perasa (kiub ayam)
750ml air
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah empat sekawan.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pes tomato dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan ayam yang digaul dengan rempah tadi. Masak sehingga rempah pecah minyak.
5. Apabila rempah mula pecah minyak masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
6. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. Perasakan secukupnya.
7. Angkat ayam sahaja dan susun dalam bekas/tray yang dilapik dengan foil (jika ada) dan bakar dalam oven dengan kepanasan 180 darjah celcius selama 25minit.
Cara masak nasi beriani:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan kuah ayam briyani dan masak seketika.
4. Masukkan susu cair dan kiub ayam sehingga mendidih seketika. Tutup api.
5. Masukkan beras, air dan bahan tumis ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa. Apabila api telah naik, buka dan titiskan pewarna kuning 3-4 kali ke dalam nasi. Kacau sedikit. Jangan terlalu
lama.
6. Tutup dan biarkan api dalam keadaan “warm” dalam 15-20 minit atau sehingga nasi betul-betul masak.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Panggang dan tumis
Jenis masakan : Inspirasi sajian Pakistan
Keistimewaan : Nasi beriani ayam panggang beraroma wangi dan kaya rempah ratus
Info Chef : Beras basmathi perlu direndam sekurang-kurangnya 30 minit supaya ia masak lembut dan gebu. Pastikan cawan yang diguna untuk menyukat beras sama dengan menyukat air.
4. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI
.
BAHAN-BAHAN :
150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis
2 sudu makan kicap soya
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh garam
1 sudu makan mentega
2 sudu makan sos teppanyaki
1 sudu teh sos ikan
1 sudu makan serbuk bawang putih
Cara Membuatnya:
1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter.
2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau
rata.
3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit.
4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris.
5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu
mentega dan bawang putih goreng.
6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan.
7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun
Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
5. INDONESIAN LAMB FRIED RICE
.
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kambing, dihiris tipis atau dipotong dadu kecil
450gm nasi sejuk
Minyak masak secukupnya
100ml air rebusan daging kambing
2sm kayu manis
1 helai daun bay
Bahan Kisar:
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
¼ sudu teh serbuk kunyit
¼ sudu teh jintan
2 biji buah pelaga, haluskan
2 kuntum bunga cengkih
Kicap manis secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Masukkan kayu manis, daun bay dan bahan-bahan kisar, tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging kambing ke dalamnya, kacau rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula air rebusan kambing, biarkan mendidih sampai daging kambing empuk dan kuah pekat.
5. Masukkan nasi dan kicap serta garam ke dalamnya, kacau sehingga rata sehingga nasi mula kelihatan mengering.
6. Angkat dan sedia untuk disajikan.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Indonesia
Keistimewaan : Sesuai untuk sarapan, tengahari petang, mahu pun malam
Info Chef : Nasi goreng berempah yang lazat dengan ramuan daging kambing berempah.
6. HOME MADE PRAWN @ CRUSTACEAN MEDITERRANEAN BURGER
.
Bahan-Bahan:
870gm isi udang segar
200gm bawang merah dicincang
50gm daun ketumbar segar
50gm tomato | dihiris|
50gm salad
50gm jeruk lemon
6 biji telur
20gm serbuk perasa
10gm garam
200gm kentang putar
40gm daun bawang
10gm serbuk cili
Roti bun
Sos thousand island secukupnya
Kepingan keju cheddar secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Cincang isi udang, daun ketumbar, bawang merah, jeruk lemon dan daun bawang.
2. Gaulkan bahan tersebut bersama serbuk perasa, serbuk cili, garam dan kentang putar sehingga rata.
3. Bentukkan menjadi patty @kepingan bulatan burger
4. Panggang kepingan burger di atas kuali rata @pemanggang bersama roti.
5. Cairkan keju di atas kepingan burger
6. Lapiskan dengan burger bersama salad, tomato dan sos thousand island.
7. Hidangkan burger bersama salad sayur-sayuran.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Inspirasi sajian Mediterranean
Keistimewaan : Burger udang memenuhi citarasa penggemar makanan laut
Info Chef : Burger udang beri variasi kepada pilihan kepingan burger. Usah dipanggang lama untuk mengelakkan dari menjadi kering dan hilang jus..
TERIMA KASIH : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ,10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.pnbperdanaonthepark.com
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...