Kek buah ni memang ada macam-macam versi. Ada yang dibakar dan ada pula resipi versi dikukus. Bagi Sue M. Arukin ,penulis masakan, kek buah kukus adalah antara kek old school atau kek legend yang agak rumit pembuatannya.

Kek Buah Kukus ‘legend’ Lembab, Ikut Cara Sue M. Arukin
.

Sue mula belajar buat kek buah kukus ini kira-kira 24 tahun dulu. Banyak resipi dan versi kek buah yang Sue belajar, namun inilah resipi yang paling kena dengan seleranya. Lembab dan lembut secukupnya.

Kek Buah Kukus ‘legend’ Lembab, Ikut Cara Sue M. Arukin
.

Kalau nakkan resipi kek buah kukus yang lembut, lembab dan sedap, bolehlah cuba resipi ini ya. Min pasti ia menepati selera anda pula.

KEK BUAH KUKUSKek Buah Kukus ‘legend’ Lembab, Ikut Cara Sue M. Arukin
.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm tepung gandum
  • 300gm buah kering campur (gunakan buah-buahan campur yang berkualiti )
  • 250gm mentega asli (kalau guna marjerin rasanya akan lain)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/4 sudu teh cream of tartar
  • Secubit serbuk kulit kayu manis (optional)

BAHAN B (untuk gula hangus):

  • 280gm gula (kalau suka lebih manis gunalah 300grams)
  • 1/4 cawan air

CARA MEMASAK :
1. Buat gula hangus terlebih dulu. Masukkan gula dalam kuali lalu kacau hingga perang. Tuang air dan kacau sebati. Masukkan mentega lalu masak hingga cair. Masukkan campuran buah kering lalu kacau rata. Sejukkan sebentar.
2. Tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar dan serbuk kulit kayu manis diayak sebati dan masukkan ke dalam kuali berisi campuran buah, mentega & gula hangus yang dah sedikit sejuk. Gaul rata guna spatula kayu saja (jangan kacau berlebihan, nanti buah mendap).
3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen vanilla (guna whisk) hingga agak kembang (tak perlu terlalu kembang). Kemudian tuang ke dalam kuali adunan tadi. Kaup balik kan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang acuan yang telah dialas dengan parchment paper. Tutup loyang dengan aluminum foil (supaya wap air tak kena permukaan kek).
5. Kukus kek selama 4 jam. 3 jam pertama kukus guna api sederhana, 1 jam terakhir guna api sederhana kecil. Selepas 4jam dikukus, keluarkan kek dari periuk pengukus dan sejukkan betul-betul baru dipotong.

Kek Buah Kukus ‘legend’ Lembab, Ikut Cara Sue M. Arukin
.

IKLAN

Tip penting dari Sue:
*Didihkan air terlebih dahulu dalam periuk pengukus sebelum mula mengukus kek.
*Sentiasa sediakan air mendidih secukupnya untuk ‘top-up’ air dalam periuk pengukus (jangan leka, nanti air kukusan kering kek akan hangus).
*Untuk resipi ini saya guna acuan 7×7 empat segi (loyang aluminum). Saya tak galakkan kek dikukus dalam bekas plastik pakai buang atas faktor kesihatan (sila refer kepada pakar atau boleh google kenapa tak di galakkan menggunakan bekas plastik pada suhu tinggi).
*Dont substitutes ingredients. Gunalah bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Nanti kalau ada plan nak jual atau buat berniaga, barulah boleh cakap Premium Fruits Cake (Sebab guna bahan-bahan premium, jangan sesuka hati claim premium tapi guna bahan-bahan berkualiti rendah, tak baik tau!)

Padanler kek kukus buah Sue terbaik dan sedap.

Kredit Foto & Resipi : Sue.M. Arukin

INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR YANG BERKUALITI, JOM LAYARI DI SINI. BELI ONLINE KAN LEBIH MUDAH.

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

 

DAN JUGA RESIPI INI :

Nak Kek Kukus Lembut & Lembab, Ikut 5 Resipi Norbaini Rahwi Ni

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI