Kalau sebut sahaja kek batik mesti kita teringat dengan coklat atau milo. Kali ini berikan kelainan dengan rasa horlicks yang berkrim.

Ramuan horlicks menyebabkan kek batik ni lagi padu dan ada kelainan rasa yang sungguh sedap. Cubalah senang aje buatnya.

Kek Batik Hijaulah Pulak, Enak Rasa Berkrim Horlicks

KEK BATIK HIJAU

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 4 biji telor
  • 125g unsalted butter
  • 3/4 cawan susu pekat (kalau suka manis letak lebih)
  • 2 cawan horlick
  • 1/2 cawan tepong gandum
  • Esen vanila
  • Pewarna hijau
  • 1 paket biskut marie

Kek Batik Hijaulah Pulak, Enak Rasa Berkrim HorlicksKek Batik Hijaulah Pulak, Enak Rasa Berkrim Horlicks

CARA MEMASAK:

  1. Cair kan butter dalam periuk. Bila sudah cair masukkan susu pekat dan gaul sebati. Gunakan api sederhana.
  2. Masukkan tepung dan serbuk horlicks ke dalam periuk. Gaul sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
  3. Sambil kacau masukkan telur satu persatu. Pastikan sentiasa kacau takut telur masak.
  4. Masukkan esen vanila dan sedikut pewarna hijau. Gaul dan tutupkan api.
  5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patah. Kacau sebati dan alihkan kedalam loyang buang sudah di alas dengan kertas minyak atau plastik.

Kredit resepi:Mimie Suhaimi Hussain

IKLAN

Anda pasti sukakan resipi ini:

Resipi Kek Lumut Kukus Sedap, Gebu & Super Lembut

IKLAN

DAN JUGA RESIPI INI :

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI