Sebut saja kerabu, ada bermacam jenis.  Ada yang rasa masam dan pedas, ada juga yang lemak pedas tak kurang juga yang disediakan segar. Apapun cara hidangan kerabu tetap menambat selera. Kalau anda pencinta kerabu, ini ada dua jenis kerabu yang berbeza tetapi rasa tidak menghampakan. Anda semua wajub cuba.

Kecur Air Liur Tengok Kerabu,  Wah Sedapnya!

KERABU JANTUNG PISANG KERISIK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1-2 biji jantung pisang  | rebus empuk dan hiris
  • 2 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 sudu makan kerisik
  • ½ sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.

Kecur Air Liur Tengok Kerabu,  Wah Sedapnya!

KERABU CAMPURAN KEKACANG

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang kacang botol | hiris halus
  • 5 batang kacang buncis  | hiris halus
  • 5 batang kacang panjang | hiris halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
  • ½ biji limau nipis | perah airnya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
  2. Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
  3. Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
  4. Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI