Adakah anda gemar menggunakan minyak bijan dalam masakan? Kebanyakan orang menggunakan bahan ini kerana ia akan menjadikan bau masakan lebih harum dan menyelerakan. Masih ada yang bertanya tentang fungsi sebenar minyak bijan dalam masakan. Artikel ringkas ini merungkai persoalan anda.

Untuk pengetahuan anda, minyak bijan banyak digunakan di dalam resipi Tionghua, Korea dan Jepun. Baunya harum dan agak kuat. Pendek kata, kita dengan mudah akan mengecam jika sesuatu resipi ada minyak bijan di dalamnya.

Bagi anda yang kurang gemar dengan bau minyak bijan, ia boleh digantikan dengan minyak masak biasa. Selalunya minyak bijan dan biji bijan juga digunakan untuk membuat dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.

Berikut adalah kebaikan minyak bijan (untuk kesihatan) yang mungkin boleh menggalakkan anda untuk lebih banyak menggunakan minyak bijan selepas ini:

 

KEBAIKAN MINYAK BIJAN

Kebaikan Minyak Bijan & Khasiat Yang Dapat Bila Letak Dalam Masakan

  1. Pencegahan Diabetes
    Menurut kajian, minyak bijan dikatakan dapat mengurangkan kedua-dua tekanan darah dan glukosa pada penghidap diabetes. Sebuah penyelidikan dari American Journal of Clinical Nutrition juga menunjukkan keberkesanan minyak bijan membantu perawatan kencing manis.
  2. Mengurangkan Tekanan Darah
    Kandungan magnesium dalam minyak bijan menunjukkan ia membantu menurunkan hipertensi atau tekanan darah.
  3. Kesihatan Jantung
    Biji bijan mengandungi nutrien semula jadi di dalamnya yang membantu mencegah serangan jantung.
  4. Anti Kanser
    Selain itu, pengambilan biji bijan dapat mengurangkan risiko kanser. Lebih baik lagi, biji bijan kaya dengan serat yang dapat membantu proses penghadaman dan mengelakkan serangan kanser usus.

 

IKLAN

RESIPI MENGGUNAKAN MINYAK BIJAN

 

1. ISI AYAM MASAK BIJAN

Kebaikan Minyak Bijan & Khasiat Yang Dapat Bila Letak Dalam Masakan

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ayam | dihiris
  • 4cm halia tua | dihiris
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 50gm brokoli | dicelur
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1  sudu teh makan bijan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bijan.
  2. Tumiskan halia sehingga berbau harum.
  3. Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
  4. Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa.  Kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan.

 

IKLAN

2. KOREAN BEEF BULGOGI

Kebaikan Minyak Bijan & Khasiat Yang Dapat Bila Letak Dalam Masakan

BAHAN-BAHAN

  • 500gm daging
  • 5 ulas  bawang putih | dicincang
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan cuka epal

BAHAN HIASAN

  • Daun Bawang

CARA MEMASAK:

  1. Hiris daging nipis-nipis dan cuci bersih.
  2. Gaulkan semua bahan,perapan dengan daging dan perap selama satu jam.
  3. Panggang  daging di atas api atau di dalam kuali sehingga masak.
  4. Hidang bersama taburan bijan dan dan daun bawang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI