"Saya suka makan sotong goreng tepung. Tapi setiap kali buat, minyak akan 'meletup''. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Apa rahsianya supaya sotong goreng tepung elok kejadiannya."

 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
  • 2 sudu besar cuka epal

*Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada 'meletup' sewaktu digoreng.

 

BAHAN TEPUNG SADUR:

  • 10 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

*Gaul sebati semua bahan di atas.

*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.

 

CARA MEMBUAT:

  1. Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
  2. Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
  3. Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
  4. Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.

 

SOS PENCICAH:

  • 3 sudu besar sos Thai
  • 1 sudu besar mayones

*Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika mahu.

 

sumber resipi: FB SUZANA OTHMAN