Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.

 

RESIPI MI KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 450gm tepung gandum
  • 1 biji telur saiz ā€˜Cā€™
  • Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
  • Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
  2. Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
  3. Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
  4. Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
  5. Didihkan air dan masak mi cara 'al dente'.

 

*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.