Biasanya cakoi ni tak dibuat sendiri. Kita lebih gemar beli di gerai tepi jalan. Kalau tak kuah kastard, cakoi dimakan dengan kuah gulai. Masyarakat cina pula lebih gemar menikmati cakoi atau youtiao bersama bubur nasi. Ada yang kata resipinya lebih kurang seperti membuat donat.

Kali ini, RASA berkongsi resipi cakoi yang lembut dan enak. Bolehlah anda mencubanya sendiri di rumah. Kemudian bolehlah dimakan dengan apa saja cara yang anda suka.

 

CAKOI

BAHAN BAHAN:

(15-20 ketul)

  • 400g tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Minyak untuk menggoreng

 

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
  2. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli tepung anda sehingga menjadi doh.
  3. Uli sehingga doh tidak melekat pada mangkuk dan rehatkan selama 30 minit sehingga ia ‘naik’ sedikit.
  4. Selepas doh ‘naik’, canai memanjang berbentuk segi empat dan potong dua.
  5. Cantumkan kedua-dua doh yang dipotong tadi dan tekan bahagian tengah dengan lidi.
  6. Panaskan minyak untuk goreng cakoi sehingga kuning keemasan.

 

*Basahkan lidi sebelum tekan pada bahagian tengah cakoi.

*Sebelum masukkan cakoi dalam kuali, tarik doh sehingga memanjang.

*Gunakan api sederhana agar tepung masak sepenuhnya.