Siapa yang tak suka makan pemanis mulut kan? Dah banyak pilihan dessert yang boleh kita temui sekarang ni. Bukan terhad macam dulu, yang terkenal pun hanyalah kek coklat lembab atau puding roti. Bukan saja menguji tunas rasa kita, bahkan seleksi pemanis mulut yang ada sekarang betul-betul menarik perhatian kita dengan rupanya yang menggoda.

Berikut adalah enam jenis pemanis mulut pilihan RASA yang diambil dari laman web www.huffingtonpost.com, try lah tengok! Meleleh air liur dibuatnya. Yang mana satu anda teringin nak rasa?
 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1111/butterscotch%20peanut%20butter%20cake.jpeg

Butterscotch Peanut Butter Cake

Siapa yang boleh menolak kek mentega kacang ni yang disirami dengan sos butterscotch? Kemudian dihiasi pula dengan taburan marshmallow, memang nampak menyelerakan. Siapa nak satu slice?

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1111/strawberry,%20currant%20and%20mint%20tart%20with%20mascarpone.jpeg

Strawberry, Currant and Mint Tart with Mascarpone

Tak payah cerita banyak. Tengok rupanya saja dah boleh buat anda tergoda kan? Kulit tart yang rapuh dihiasi buah beri segar bersama daun pudina. Kemudian dilengkapi dengan sapuan krim maskarpon. Pergh mengancam!

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1111/chocomint%20ice%20cream.jpeg

Chocomint Ice Cream

 

Gabungan rasa coklat dengan pudina memang best! Tak boleh disangkal. Siapa yang tak minat dengan gabungan rasa ni, memang rugi. Bila menghadapi cuaca panas dan anda mencari kesegaran yang comfort, maka inilah pemanis mulut yang paling anda perlukan.

 

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/04112015/promo%20nona%201%20copy.jpg

 

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1111/s'mores%20cake%20in%20a%20jar.jpeg

S'mores Cake In A Jar

Oh, no! Macam mana nak resist dessert sedap macam ni? Asas kek ini boleh jadi biskut yang dihancurkan dengan tambahan kek coklat atau kopi di bahagian tengahnya. Kemudian, letakkan marshmallow di bahagian atas sebelum ia dibakar dalam ketuhar. Hasilnya? Terciptalah pemanis mulut yang menggoda ni.

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1111/brownie%20cookies%20with%20salted%20caramel%20creme%20filling.jpeg

Brownie Cookies with Salted Caramel Creme Filling

Brownie dijadikan biskut? Like seriously? Itulah kenyataannya. Potongan kecil brownie diapit bersama krim karamel masin. Rasanya berlemak dan 'tepat' kerana krim karamel dapat mengurangkan kemanisan brownie. Sesuai dibuat untuk minum petang dan dinikmati bersama segelas susu. Memang best sangat ni!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/ras/1111/snickers%20cake.jpeg

Snickers Cake

Lihat saja lapisan kek dengan coklat ni yang memang menggoda tunas rasa. Siapalah yang berani menolak kek sesedap ni? Taburan kacang (boleh jadi walnut ataupun badam) menambahkan lagi rasa lemak pada kek. Tambahan kacang itu juga memberi tekstur pada kek yang gila sedap ni. Memang kena try!

 

Sumber & foto: www.huffingtonpost.com