Karipap pun sedap dibuat hidangan waktu berbuka puasa, kan? Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
KARIPAP CHEESE
.
BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)
IKLAN
BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
IKLAN
.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
IKLAN
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
DURIAN atau nama saintifiknya ‘Durio’, buah tropika berasal dari Asia Tenggara ini terkenal dengan jolokan ‘Raja Buah’. Ia mempunyai isi yang lembut, rasa manis dan sangat sedap. Raja buah ini juga berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur. Durian antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Kepada pencinta durian berikut dua menu olahan dari durian yang sedap boleh korang semua cuba.
.
KUIH CARA DURIAN BAHAN-BAHAN:
260gm tepung gandum
240gm gula
500 ml santan kotak
250 ml air
6 biji telur saiz A
300gm puri durian
2 sudu besar minyak
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Sebatikan isi durian bersama gula di dalam mangkuk besar.
Masukkan minya, gaul rata.
Seterusnya tambah santan dan tepung secara berselang seli. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan telur, vanila dan garam kacau rata lagi.
Panaskan acuan kuih cara atas dapur. Setelah panas sapukan minyak.
Tuangkan aduan 3/4 acuan dan tutup acuan dengan tudung periuk.
Bakar lebih kurang 12-15 minit.
Setelah masak angkat dan ulang bakar hingga habis adunan.
Sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
.
BUBUR CANDIL DURIAN BAHAN-BAHAN: BAHAN ISI:
4 cawan tepung pulut
Air secukupnya
Perwarna merah, kuning dan hijau
BAHAN UNTUK KUAH:
150 puri durian
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
1 helai daun pandan
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung pulut dalam mangkuk, tambahkan air ke dalamnya sambil uli hingga menjadi doh lembut dan boleh dibentuk.
Bahagikan kepada tiga Bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kuning, merah dan hijau.
Ambil secubit adunan dan bentukkan bulat-bulat kecil. Lakukan cara yang sama untuk semua warna hingga siap.
Panaskan air dalam periuk, kemudian masukkan satu satu persatu warna adunan pulut tadi.
Apabila timbul, angkat menggunakan penapis dan masukkan dalam air sejuk.
Seterusnya sediakan kuah. Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan gula dan secubit garam.
Renehkan atas api sederhana, sentiasa kacau hingga santan mereneh.
Setelah mereneh masukkan puri durian, kacau seketika dan tutup api.
Campurkan biji-biji pulut tadi dan sedia dihidangkan.
Kuih Cara Berlauk Anti Gagal. Kuih ini antara kegemaran ramai yang boleh dijadikan hidangan ketika sarapan atau juga minum petang. Guna sahaja acuan yang ada di rumah dan letak inti banyak-banyak baru puas makan sendiri.
Menu macam ni nak masak dan bagi jiran atau saudara pun memang sesuai. Norzurah Samudinberkongsi resipi kuih cara berlauk anti gagal yang mudah anda nak buat. Selamat mencuba.
Kuih Kerbau Guling, mendengar namanya sudah cukup untuk membuatkan kita berasa pelik. Namun ia tidaklah seburuk yang disangka. Disebut sebagai kuih ‘Kuba Guling’ dalam dialek Kelantan, ia merupakan hidangan yang berasal dari Thailand. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan disalut dengan kelapa mudah parut. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
KUIH KERBAU GULING
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2 sudu makan kapur
3 sudu makan tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Tempurung kelapa yang dibakar haruslah ditumbuk dan dicampur dengan air. Kemudian tapis menggunakan kain bagi mendapatkan airnya,
Sebagai ganti, boleh juga menggunakan serbuk arang yang boleh dibeli di kedai bakeri.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...