Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sebagai gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Esok dah mula cuti sekolah mesti ada banyak kenduri kendara atau majlis perkahwinan yang berlangsung, ya tak.

Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.
Che Nuri Azmi, pemilik Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya

Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dengan batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dari Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dalam resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara .

1.KARI IKAN UTARA

Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 kilo ikan Senangin
  • 3 liter santan
  • 18 sudu makan rempah kari ikan
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 3 sudu makan halba campur
  • 5 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 15 batang kacang bendi
  • 4 biji tomato | belah empat
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air jika perlu
  • 1 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 20 ulas bawang merah | hiris halus
  • 2 biji bawang putih | hiris halus
  • 10 cm halia mudah | hiris halus memanjang

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dengan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan hingga kuah mereneh.
4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato.
6. Tutup api, kari sedia dihidankan.

INFO CHEF: Selain kacang bendi boleh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau.
Saiz hidangan: 45 orang.
Masa memasak:45minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Kari yang enak dan tidak begitu pedas.

2. KARI AYAM

Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg ayam | potong sederhana
  • 10 biji kentang | kupas dan belah empat
  • 2 liter santan
  • 15 sudu makan rempah kari daging
  • 4 sudu makan serbuk cili
  • 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis

REMPAH PENUMIS:

  • 3 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 20 ulas bawang putih
  • 8cm halia

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut.
4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang.
5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika kuah kari agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dengan garam dan gula.
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:45 minit .
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.

3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT

IKLAN

Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg tulang ikan masin | potong sederhana
  • 4 batang lobak merah | potong serong
  • 5 biji terung bulat | belah enam
  • 1 biji nanas | buang kulit dan potong sederhana
  • 10 batang kacang panjang | potong 3-4cm panjang
  • 5 biji kentang | belah empat
  • 3 liter santan
  • 1.5 liter air
  • 15 sudu makan rempah kari ikan

BAHAN TUMIS DARAT:

  • 5 sudu makan halba campr
  • 5 biji bawang besar | hiris halus
  • 20 ulas bawang putih | hiris halus
  • 9cm halia muda | hiris halus
  • 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Bancuh rempah kari dengan air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan.
2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan hingga kentang empuk.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan.
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin).
5. Setelah cukup rasa. Tutup api.
6. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan halba campur dengan api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api.
8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dalam periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bagi mengekalkan keharuman bahan tumisan,

INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yang sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan boleh juga guna ikan duri. Terserah pada cita rasa.

IKLAN

Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:40 minit .
Cara memasak : Reneh dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.

4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG

Kari & Gulai… Lauk Kenduri Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg daging | hiris nipis dan lebar
  • 5 batang umbut kelapa Potong memanjang
  • 1 paket rempah kari daging saiz sederhana
  • 5 sudu makan serbuk cili
  • 1 cawan kerisik
  • 10 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2.5 liter santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 1/2 cawan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 4 batang kulit kayu manis
  • 8 kuntum bunga lawang
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 biji bunga cengkih

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 20 ulas bawang merah
  • 20 ulas bawang putih
  • 8cm halia muda

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis bersama dengan bahan kisar serta daun kari.
2. Kacau rata hingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit sehingga menjadi pes.
3. Terus kacau hingga rempah masak dan timbul minyak.
4. Masukkan daging yang telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut.
5. Masukkan air dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa.
7. Biarkan mereneh hingga umbut pisang empuk.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain umbut pisang boleh juga guna umbut kelapa. Daging juga boleh tukar dengan ayam. Terpulang pada cita rasa.
………….
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.

Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI