Kalau makan nasi kandar, seakan tidak lengkap makan nasi kandar tanpa kuah hitam. Kuah Hitam di restoran nasi kandar memang sedap. Boleh sahaja kita buat sendiri. Dapatlah makan berulang-ulang. Melalui perkongsian Kuali Kak Has, resipi kuah nasi hitam yang dikongsikan ini didapati melalui Facebook pemilik restoran nasi kandar. Bagi penggemar nasi kandar, jom kita cuba buat resipi Kuah Hitam Nasi Kandar.
RESIPI KUAH HITAM NASI KANDAR
BAHAN ASAS: Daging atau ayam
BAHAN-BAHAN:
7 batang serai – diketuk
2 tangkai daun kari
3 sudu teh jintan manis – kisar kering –BELI ONLINE
1 sudu teh jintan putih – kisar kering –BELI ONLINE
3 sudu makan serbuk cili – boleh diganti dengan cili kisar mengikut anggarannya –BELI ONLINE
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma-BELI ONLINE
20 biji buah kurma dibuang biji dan direbus dulu
3 labu bawang besar – dihiris
Kicap manis secukupnya
3 inci halia – dihiris dan kisar
Air asam jawa secukupnya-BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.
4. Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.
5. Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kalau kurang manis boleh ditambah sedikit gula. Kurang masin tambah sedikit garam.
6. Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk.
7. Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang terbaik!
Sumber kredit: Kuali Kak Has
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal Bilis Garing Ala Sambal Pekat, Sedap & Mudah Resipinya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=L0wJYRG9T6s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Hilangkan Bau Hanyir Daging Menggunakan Tepung Gandum!
Daging sering digunakan dalam pelbagai menu masakan antaranya ialah rendang, stew, daging bakar dan sebagainya. Namun, daging boleh menjadi kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk sekiranya tersalah cucian atau potongan. Sekaligus mempengaruhi rasa masakan. Jom kita lihat langkah-langkah mencuci daging untuk menghilangkan bau hamis daging.
Bahan-Bahan
- Tepung gandum
- Asam keping
Cara Penyediaan
Dah siap potong daging, letak tepung gandum. Biasanya kalau 2kg = 1 senduk tepung.
5 Sajian Dari 3 Benua , Luar Biasa Sedapnya, Boleh Jadi Menu Rumah Terbuka…
Bila sebut sajian Asia, korang pernah makan tak sajian Filipina ? Bagaimana pula resipi dari Jerman dan Russia. Kalau nak teroka sajian baru ni barisan chef yang diketuai oleh Faribusz dan rakan-rakan tenaga pengajar Sg. Academy ada resipinya. Eh boleh jadi sajian rumah terbuka tau
Bahan-bahannya agar banyak sedikit, tapi rasanya amat lazat sekali. Berbaloi dengan tenaga dan masa yang diluangkan. Banyak istilah baru dalam dunia kulinari antarabangsa ni. Cuba lah ya…
1.GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
- 240gm tepung gandum
- 1biji telur
- 5gm serbuk lada hitam
- 5gm serbuk cili
- 5gm garam
- 5gm mentega
Bahan ditumis :
- 200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
- 50gm daun parsli | dicincang halus
- 35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
- 30gm bawang holland | dicincang halus
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 15ml minyak zaitun
- 3gm serbuk cili
- 2gm daun rosemary |dicincang halus
- 2gm thyme | dicincang halus
- Garam secukup rasa
- 60ml susu segar
- Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzli (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Info Chef : Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
2. ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS
BAHAN-BAHAN :
- 150gm daging batang pinang
- 50gm cendawan tiram
- 50gm cendawan butang
- 50gm cendawan portabelo
- 50ml minyak zaitun
- 3 gm daun thyme | dicincang halus
- 6 keping ayam salami
- Garam secukup rasa
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
- 200gm tulang lembu
- 30gm puri tomato
- 30gm mentega
- 30gm tepung gandum
- 25gm lobak merah | dihiris
- 15gm saderi | dihiris
- 50gm bawang holland | dihiris
- 2gm daun rosemary | dicincang halus
- 5gm daun parsli | dicincang halus
- 2gm daun salam | dicincang halus
- 1 liter air
Bahan Puff pastry:
- 400gm tepung gandum
- 50gm mentega
- 220ml air sejuk
- 300gm pastri majerin
*atau puff pastry siap ada dijual pasar raya
CARA MEMASAK :
1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan
2. Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak.
3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi.
4. Kemudian dalam satu dulang letakkan tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu.
5. Tuang tomato puri di atas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit.
6.Dalam satu mangkuk campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh.Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’
6.Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih.
7.Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang.
8. Satukan bahan puff pasti pastri menjadi doh. Uli dan canaikan doh puff pasteri serta lipatkan menjadi segi empat.. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat (ulangi 10 kali).
9. Kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama.
10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis.
11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan roll menutupi daging tadi.
3. BEEF STROGANOFF
BAHAN-BAHAN :
- 200gm daging batang pinang | dihiris memanjang
- 5gm garam
- 3gm serbuk lada hitam
- 3gm mentega
- 5 gm tepung gandum
- 3gm bawang putih | dicincang halus
- 5gm bawang Holland | dihiris
- 50gm mustard
- 160gm yogurt
- 70ml cuka
- 50gm cendawan portabelo| dihiris
- 50gm cendawan butang | dihiris
- 3gm serbuk paprika
- 30gm lada benggala hijau | sebagai hiasan
Bahan nasi mentega:
- 3gm mentega
- 70gm beras
- 10 gm daun bawang | dihiris untuk hiasan nasi )
CARA MEMASAK :
1. Cincang halus bawang putih. Hiris bawang holland,cendawan butang dan cendawan portabelo.
2. Panaskan mentega dan tumis bawang putih,bawang Holland, cendawan butang dan cendawan portabelo.
3. Seterusnya masukkan mustard dan cuka ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis tadi.
3. Kemudian masukkan daging yang telah diperap dengan serbuk paprika dan sedikit garam selama (perap 20 minit) ke dalam bahan tumisan.
4. Reneh selama 3 hingga 4 minit. Masukkan tepung gandum (dicampurkan sedikit air) untuk memekatkan kuah.
6. Setelah mendidih masukkan yogurt dan gaul. Tutupkan api
7. Taburkan lada benggala hijau untuk hiasan.
8. Siap untuk dihidang.
Cara penyediaan nasi mentega:
1. Masak nasi
2. Selepas nasi masak semasa panas,gaulkan bersama mentega.
3. Kemudian taburkan sedikit daun bawang untuk hiasan atas nasi.
4. Sesuai dihidang bersama beef stroganoff
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan: Daging berjus penuh perisa cendawan, enak dimakan dengan nasi mentega
Info Chef : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
4. FILIPINO CHICKEN ADOBO
BAHAN-BAHAN :
- 10gm minyak jagung
- 400gm ayam | dipotong kecil
- 100gm bawang holand | dihiris halus
- 50gm bawang putih | dicincang halus
- 5 gm daun salam
- 10ml cuka
- 10ml kicap cair
- 5gm serbuk lada hitam
- 2gm serbuk cili
Bahan hiasan:
- 5 gm daun bawang | dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Campurkan cuka, kicap cair , bawang putih, lada hitam dan serbuk cili perap ayam di dalam peti sejuk selama 1 hingga 3 jam. Jangan buang lebihan air jus perapan ini.
2. Kemudian keluarkan ayam dari perapan tadi, masak kepingan ayam dengan minyak jagung sehingga perang keemasan depan dan belakang dalam 3 minit.
3. Selepas itu,ambil bahan jus perapan tadi dan masukkan daun bay ke dalam periuk ayam tadi.
4. Masak sehingga ayam empuk dan betul-betul lembut.
5. Biarkan mereneh sehingga kuah menjadi pekat
6. Siap untuk dihidang dan sesuai dimakan bersama nasi putih.
7. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan: Sajian Filipina
Keistimewaan: Sajian yang mudah dimasak dengan bahan yang ringkas
Info Chef : Ayam perlu diperap lama agar rasa kicap soya sebati dengannya. Sajian popular masyarakat Filipina, boleh juga dimasak menggunakan daging lain.
5. SPICY MISO SOBA
BAHAN-BAHAN :
- 30ml cuka
- 100gm pes soba
- 10gm minyak cili
- 5gm minyak bijan
- 5ml minyak zaitu
- 10ml madu
- 30gm cendawan
- 70gm isi ketam
- 70gm isi ayam
- 30gm bawang Holland | dihiris
- 20gm bawang putih | dicincang halus
- 20gm lobak merah | dihiris
- 30gm tauhu lembut
- 10gm rumpai laut
- 20gm kepah
- 150gm mi soba
- 125ml air
CARA MEMASAK :
Cara masak sup miso soba
1. Didihkan air dan kemudian masukkan pes soba .
2. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan iaitu cuka, minyak cili,minyak bijan,minyak zaitun, madu, cendawan,isi ketam,isi ayam,bawang Holland ,bawang putih ,lobak merah,tauhu lembut,rumpai laut dan kepah.
3. Apabila mendidih tutupkan api
4. Celur mi soba seperti mencelur pasta, letak sedikit garam dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sup di atasnya.
5. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Rebus dan didih
Jenis masakan: Sajian Jepun
Keistimewaan: Miso Soba yang diperbuat daripada kacang soya dan rendah kalorinya
Info Chef : Mi Soba adalah mi nipis dan menjadi pilihan utama sajian mi di Jepun selain mi tebal mi Udon.
6. USA SHRIMP GUMBO
BAHAN-BAHAN :
- 50gm bawang Holland | dihiris
- 30gm lada benggala merah
- 30gm cili hijau | dihiris halu
- 200gm udang harimau
- 100gm lala
- 150gm tomato
- 30gm sos tomato
- 2gm serbuk lada hitam
- 2gm paprika
- 30gm bawang putih | dicincang halus
- Garam secukup rasa
Bahan nasi : - 100gm beras
- 30gm bayam
Bahan hiasan:
- 20gm tomato ceri | dibelah dua
- 2 gm daun parsli | dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang holand,cili hijau,lada benggala dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit paprika
3. Selepas itu masukkan buah tomato dan tomato sos kacau sehingga sebati
4. Akhir sekali baru letak udang harimau dan lala.
5. Hiasakan dengan tomato cheri dan daun parsli
6. Hidangkan bersama nasi bayam
Cara penyediaan nasi bayam.
1. Masak nasi dan rebuskan bayam sebentar, atau celur sebentar dalam air panas..
2. Gaulkan nasi bersama bayam
3. Siap untuk dihidangkan dengan lauk udang tadi.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Reneh dan didih
Jenis masakan: Sajian USA
Keistimewaan: Sajian Ameri Syarikat ini ringkas dan mudah disediakan
Info Chef : Anda juga boleh menambahkan makanan laut yang lain seperti sotong, kepah. Makanan laut diletak akhir sekali dan usah masak lama untuk mengekalkan kemanisannya.
RESIPI : Nadzirah Abdul razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau
TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Daging Goreng Petai, Lauk Yang Boleh Tambah Selera Makan
Ramai peminat petai, kan? Walaupun dikatakan berbau namun petai memang boleh jadi antara penambah selera makan.
Selain dijadikan ulam, petai juga boleh dijadikan sebagai tambahan pada lauk yang dimasak. JIka sebelum ini petai selalu jadi tambahan dalam sambal tumis, kali ini boleh juga dimasukkan dalam hidangan daging goreng.
Apa kata korang cuba resipi daging goreng petai ni. Memang sangat sedap. Apatah lagi dimakan panas-panas dengan nasi putih panas. Tambahkan cili biar pedas-pedas sikit. Sedap weh.
DAGING GORENG PETAI
BAHAN-BAHAN
• Bawang putih (ditumbuk)
• Halia (ditumbuk)
• Daging (dihiris nipis)
• Kunyit
• Garam
• Minyak masak untuk menggoreng
• 1 biji bawang holand atau bawang besar (dihiris)
• Sos tiram
• Cili merah
• Gula dan garam secukup rasa
• Petai
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih dan halia. Jangan sampai lumat. Gaulkan bersama daging, kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut. Tambahkan air jika perlu. Jangan goreng garing pula. Bila daging dah empuk, boleh tutup api dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumis bawang holland sehingga layu. Masukkan daging, sos tiram dan tambah sedikit air. Biarkan semuanya sebati.
4. Kemudian masukkan cili merah, gula dan garam.
5. Akhir sekali masukkan petai. Goreng sehingga daging agak kering. Bila semuanya dah sebati boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba
Resipi oleh unknown dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan