Ibu-ibu yang suka buat roti, jom cuba buat sosej sendiri. Boleh buat roti sosej yang sedap. Isi ayam terutama bahagian dada selalunya kurang dapat sambutan kalau dimasak. Bahagian kepak, paha selalu lebih dulu dipilih untuk dimakan. Jadi, kalau ada bahagian dada ayam, lebih baik diasingkan dan dibuat sesuatu jenis makanan yang lain. Misalnya sosej ayam. Jom buat sosej ayam sendiri.
SOSEJ AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
• 200 gram isi ayam
• 1 biji telur ayam
• Lobak merah
• Daun sup
• Bawang holland sebelah
• 2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
• 1 sudu kecil lada hitam
• Garam dan gula (BELI DI SINI)
• 2 sudu besar tepung ubi
• 1/4 cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.
2. Masukkan dalam plastik aiskrim atau aluminium foil.
3. Kemudian kukus atau rebus dalam tempoh 15 minit.
4. Keluarkan sosej dari plastik atau aluminium foil dan goreng. Kalau guna aluminium foil elok kukus.
5. Sedia dihidang.
Selamat mencuba !
Resipi oleh Nur Haziqah dari Telegram KakiMakan
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kepak Ayam Tumis Halia. Menu Sedap & Boleh Kurangkan Angin Dalam Badan.
Di musim buah-buahan seperti durian, cempedak, manggis dan sebagainya ni, pasti ada diantara kita yang terlebih makan. Akibatnya, badan rasa sakit-sakit dan berangin. Salah satu cara untuk melegakan rasa tidak selesa ini adalah dengan memakan halia. Paling mudah adalah dengan mencampurnya dalam masakan lauk pauk harian. Jom cuba! Pasti rasa lega.
KEPAK AYAM TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepak ayam
- 4 ulas bawang putih – hiris
- 2 inci halia – hiris
- Sedikit minyak untuk menumis
- Sedikit sos makanan laut ( seafood sauce) – boleh ganti dengan sos tiram
- Air secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 1 keping asam gelugur
- 2 pokok daun bawang – potong memanjang
- 2 biji cili merah -hiris
- 1 biji tomato – potong
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga garing.
- Kemudian masukkan kepak ayam. Kacau.
- Tambahkan sos makanan laut ikut citarasa. Kacau rata dan tambah air.
- Masukkan serbuk lada hitam serta asam gelugur. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam masak.
- Tabur lada merah, daun bawang dan tomato. Kacau seminit. Padam api.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
Resipi Rendang Ayam Pedas, Sedap Dimakan Dengan Ketupat
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi rendang ayam pedas. Rasanya memang pedas kerana menggunakan cili padi. Warnanya juga tidak merah gelap seperti rendang yang lazim dibuat.
Jom kita lihat resipinya.
RENDANG AYAM PEDAS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili padi (ditumbuk kasar)
5 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 cawan santan pekat
Sedikit kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, serai dan kunyit hidup. Tumis sehingga agak garing.
3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga air ayam keluar.
4. Masukkan santan pekat. Kacau rata. Biarkan mereneh.
5. Masukkan pula kerisik, garam dan gula. Gaul.
6. Apabila kuah semakin pekat, matikan api.
7. Hiris daun kunyit. Taburkan saja ke atas ayam.
Siap!
Selamat mencuba!
5 Aneka Sajian Cina Terlazat, Jom Cuba Buat.
Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa.
Ni ada 5 aneka resipi terbaik dari Hotel Grand BlueWave, Shah Alam Selangor.
Boleh lah dicuba cuti-cuti, ni ambik mood makan sajian Cina, kalau makan kat luar ni agak mahal juga.
1. AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
- ½ ekor ayam | bersihkan, potong kecil
- Air secukupnya | untuk rebus
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
- 200gm halia muda
- 75gm cuka putih
- 100gm gula
- 30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
- 1 biji telur
- 50gm tepung jagung
- Sedikit serbuk ayam
- Sedikit sos tiram
- Sedikit garam
CARA-MEMASAK
1. Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
4. Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
6. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Sedia dinikmati bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng
2. DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm daging rusa
- 150gm daun bawang | hiris
- 50gm hirisan halia
- 30gm bawang putih | cincang
- Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
- 1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
- Sedikit serbuk ayam
- Sedikit sos tiram
- Sedikit garam
BAHAN B
- 20gm serbuk ayam
- 10gm kicap
- 10gm sos tiram
- 5gm gula
- 10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
3. Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Aroma halia tambah kesedapan masakan
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
3. UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm udang | bersihkan
- 5gm daun kari
- 2 biji cili padi | cincang
- 2 biji kuning telur masin
- 150gm planta
- 10gm serbuk ayam
- 5gm gula
- 50gm susu cair
- Minyak masak secukupnya
- Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
4. Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Api perlu betul-betul besar.
Saiz hidangan: 2-4 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Lemak, masin dan manis yang seimbang
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
4. SUP ‘LOTUS ROOT’ BERSAMA AYAM DAN KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam | potong kecil dan bersihkan
- 600gm lotus root
- 20 biji kurma merah
- 10 keping tiram kering
- 1.5 liter air masak
CARA MEMASAK:
1. Potong lotus root secara membulat dan nipis, kira-kira 1cm.
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam air masak dan stim selama 4 jam./
3. Selepas 4 jam, tambahkan garam dan stim semula kira-kira 30 minit.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 5 jam
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Rasa lotus root yang unik
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak Kukus
5. HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 700gm Hong Kong Choy Sam
- 200gm isi ayam | kisar
- 50gm cendawan | hiris
- 50gm bawang putih | cincang
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh kicap manis
- Sedikit serbuk ayam
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
3. Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
4. Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
Info chef: Warna sayuran masih hijau dan cantik kerana dimasak dengan api yang besar dan sekejap sahaja.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan : Cina
Keistimewaan : Ada rasa manis, masin dan lemak
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus dan goreng