Pada zaman sekarang, agak susah kalau nak kita nak mengacau dodol. Kecuali bagi mereka yang duduk di kawasan kampung. Atas sebab wabak Covid-19, ramai pula warga kota yang tak berpeluang balik kampung.

Jadi, macam mana bagi warga kota nak menikmati dodol homemade? Jangan sedih. Jomlah kita buat dodol cair. Walau mungkin tak sama macam dodol yang dimasak atas api dapur kayu di kampung, sekurangnya dapatlah kita rasa dodol homemade.

DODOL CAIR

Jom Cuba Buat Dodol Cair, Guna 4 Bahan Saje

Jom Cuba Buat Dodol Cair, Guna 4 Bahan Saje

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 5 cawan santan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 cawan air gula merah
  • 1 cawan gula

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan semua bahan dan kacau sampai tepung tidak berketul.
  2. Hidupkan api.
  3. Masukkan dalam kuali dan kacau selama 2 jam.
  4. Kalau nak lebih pekat sedikit, kacau lagi sehingga 3 jam.

Sedap makan begitu sahaja atau dengan roti dan biskut.

IKLAN

Jom Cuba Buat Dodol Cair, Guna 4 Bahan Saje

 

Kongsi resipi: Siti Nailah AlFarafisha Roslan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI