Bagi mereka yang masih mencari destinasi apa kata kita menjamu selera di kafe ala kampung. Pintu masuk utama beratap nipah dan anak tangga rumah tradisional Melaka adalah dekorasi luar pertama mengalukan kedatangan pelanggan atau tetamu ke kafe 20 Laman Cafe ini.

Jom Buka Juadah Kampung ,’Feeling’ Bagaikan Pulang Ke Kampung Sendiri ! Di 20 Laman Cafe.

Apa lagi dengan pilihan sajian tradisional Negeri Sembilan dan masakan Melayu serta pelbagai jenis ulaman sungguh membuka selera sesiapa yang bertandang ke sini.

Terletak di lot hujung rumah teres di Taman Desa Damai, Bangi, kafe ala dekorasi rumah kampung ini adalah milik pasangan suami isteri Hajah Bariyah Abdul Aziz , 52 tahun dan suaminya Haji Rosli Mohd Dewa, 60 tahun.

Konsep hiasan adalah dekorasi laman yang nyaman dan sejuk bagaikan berada di laman kampung tradisional Melayu. Mereka suami isteri memang gemar menanam dan pencinta pokok hiasan laman. Atap nipah yang menjadi bumbung perkarangan tempat makan sengaja dipilih kerana ia memberikan teduhan yang sejuk buat pelanggan.

Jom Buka Juadah Kampung ,’Feeling’ Bagaikan Pulang Ke Kampung Sendiri ! Di 20 Laman Cafe.

IKLAN

Gabungan pepohon hijau , atap rumbia dan dekorasi kolam memberikan suasana yang segar dan sejuk mata memandang. Di dalam kolam ikan juga terdapat ikan talapia, koi dan ikan air tawar. Jadi bunyi kocakan air dari ikan di kolam juga mencetus kedamaian.

Jom Buka Juadah Kampung ,’Feeling’ Bagaikan Pulang Ke Kampung Sendiri ! Di 20 Laman Cafe.

Lebih menarik lagi adalah koleksi pinggan mangkuk dan set cawan lama warisan nenek dan keluarga mereka turut mengindahkan lagi rak bufet makanan. Pinggan mangkuk dengan corak kangkung tergantung indah menjadi hiasan tiang di laman ini.

IKLAN

Jom Buka Juadah Kampung ,’Feeling’ Bagaikan Pulang Ke Kampung Sendiri ! Di 20 Laman Cafe.

Di antara ‘signature’ dish’ yang paling popular sudah pastilah Masak Lemak Cili Padi Ikan Salai dan Daging Salai. Hjh Bariyah dan suami menyalai itik, ayam dan ikan keli sendiri demi memastikan bahan asas lemak cili padi ini terjamin kualitinya dan ketulenan serta kelazatan menu istimewa ini terpelihara.

Jom Buka Juadah Kampung ,’Feeling’ Bagaikan Pulang Ke Kampung Sendiri ! Di 20 Laman Cafe.

IKLAN

Di samping lauk masak cili padi yang disediakan setiap hari ,terdapat lebih sepuluh jenis masakan Melayu lain. Dari masa ke semasa 20 Laman Cafe turut menambah resipi sajian Melayu di sini. Sajian Asam Pedas Melaka dan Tempoyak Ikan Patin Pahang juga mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan.

Jom Buka Juadah Kampung ,’Feeling’ Bagaikan Pulang Ke Kampung Sendiri ! Di 20 Laman Cafe.

Pelbagai jenis sambal bersama ulam-ulaman kegemaran seperti kacang botol, ulam raja, daun tenggek burung yang kadangkala sukar didapati di pasaraya kini boleh didapati di sini.

Sempena puasa kafe ini menerima tempahan minima 20 orang untuk berbuka di sini. Jika anda ingin datang bersama keluarga dan rakan taulan, memang sesuai sangat di sini.  Di bulan biasa kafe dibuka Isnin hingga Jumaat, dari jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Alamat :
20 LAMAN CAFE
Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI