Sangat berbaloi. Buat sendiri meat ball dan fish ball di rumah. Sedap rasanya dan tidaklah susah sangat pun. Bebola ikan dan bebola daging adalah antara makanan sejuk beku yang kerap ada dalam peti sejuk di rumah. Alangkah bagusnya kalau kita buat sendiri dua makanan ini secara homemade. Mesti berbaloi.

BEBOLA IKAN HOMEMADE

Jom Buat Meat Ball & Fish Ball Homemade, Sedap!
Bebola Ikan.

BAHAN-BAHAN
300 gram isi ikan tenggiri
2 sudu teh tepung jagung
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
Garam secukup rasa (BELI DI SINI)
1/2 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUAT
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu seramik. Ambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan sehingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
4. Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cekodok pisang.
5. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit.

6. Adunkan doh ikan tadi dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin.
7. Semakin lama adunan dipukul, semakin kenyal tekstur bebola ikan anda.
8. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
9. Ambil bebola ikan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
10. Didihkan air dan masak bebola ikan sehingga terapung. Kemudian toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.

IKLAN

Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong taufu. Boleh juga dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.

Resipi daripada Telegram KakiMakan

BEBOLA DAGING MUDAH

Jom Buat Meat Ball & Fish Ball Homemade, Sedap!
Bebola Daging.

IKLAN

BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya (beli di sini)
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung (BELI DI SINI) & (BELI DI SINI)
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu

CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.

Resipi Oleh Ecah Jai dari Telegram KakiMakan

IKLAN

 

Sumber: Telegram KakiMakan

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI