Jom kita hidangkan sajian kari untuk hari ini. Lupakan daging dan ayam dan cuba pulak ikan, sotong dan udang. Ia lebih mudah disediakan dan cepat dimasak. Kalau nak cuba, berikut lima jenis kari yang Rasa kongsikan untuk anda.

Cuba 5 Jenis Kari Berasaskan Ikan, Sotong & Udang Ni, Memang Sedap.

KARI TELUR IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg telur ikan | dibersihkan dan tos
  • 500ml susu rendah lemak
  • 150gm yogurt
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1 makan pes cili kering
  • 1sudu makan pes asam jawa
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan daun dari tangkai
  • 1 sudu makan halba campur
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN HIRIS:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan hirisan bersama halba campur hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau rata.
  3. Seterusnya masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daun kari, kacau lagi dan masukkan air asam jawa dan susu rendah lemak.
  5. Selepas mendidih lebih kurang 3-4 minit, masukkan telur ikan yang telah dibersihkan tadi.
  6. Apabila telur ikan sudah masak, masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, masukkan cili hijau dan biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
  8. Angkat dan hidangkan.

 

Cuba 5 Jenis Kari Berasaskan Ikan, Sotong & Udang Ni, Memang Sedap.

KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong | saiz XL
  • 400ml susu rendah lemak
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris memanjang 3cm
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 1 batang serai
  • 1sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 biji buah keras
  • 5 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sotong kemudian masukkan kepala ke dalam badan sotong. Ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk dan celur sotong lebih kurang dua minit. Angkat dan toskkan.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  5. Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
  6. Apabila kuah mereneh, masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
  7. Selepas lima minit masukkan hirisan lobak merah diikuti tomato.
  8. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.

 

Cuba 5 Jenis Kari Berasaskan Ikan, Sotong & Udang Ni, Memang Sedap.

KARI IKAN PATIN BERYOGURT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | potong 4 bahagian
  • 250ml susu rendah lemak
  • 150gm yogurt
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkainya
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 biji terung bulat | belah empat
  • 2 biji cili hijau | belah dua
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

BAHAN HIRIS:

IKLAN
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan patin dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis daun kari bersama halba campur hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
  4. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk kari dan serbuk cili.
  5. Kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Masukkan pula yogurt bersama air asam jawa. Kacau lagi.
  7. Biarkan seketika, kemudian masukkan susu. Biarkan kari mereneh seketika.
  8. Masukkan ikan bersama terung selang beberapa minit masukkan pula tomato dan hirisan cili.
  9. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan  garam dan gula secukup rasa.

 

Cuba 5 Jenis Kari Berasaskan Ikan, Sotong & Udang Ni, Memang Sedap.

KARI IKAN SARDIN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 250 ml santan kotak
  • Sedikit air | jika perlu
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan pes air asam
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
  • 1 biji cili merah | dibelah dua
  • 1 biji cili hijau | dibelah dua
  • 1 biji tomato | dibelah empat
  • 1 biji bawang besar | dibelah empat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 5 biji bawang merah | dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 4cm halia | dihiris halus memanjang
  • 1batang serai | dititik

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan hirisan, serai daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan pes cili, diikuti dengan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan ikan sardin diikuti pula santan dan air asam jawa.
  6. Biarkan kuah mereneh lebih kurang lima minit.
  7. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Akhir sekali sebelum angkat masukkan bawang besar, cili hijau, merah dan tomato.

 

Cuba 5 Jenis Kari Berasaskan Ikan, Sotong & Udang Ni, Memang Sedap.

KARI  UDANG BERSAMA KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang | saiz XL
  • 400ml susu rendah lemak
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 4 batang kacang panjang | dipotong 4cm
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 1 batang serai
  • 5 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan udang kemudian tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Kacau rata masukkan air asam jawa bersama susu.
  5. Apabila kuah mereneh, masukkan  udang, garam dan gula secukup rasa.
  6. Selepas lima minit masukkan kacang panjang.
  7. Seketika kemudian angkat dan hidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI