Mak-mak di rumah pasti pening nak masak apa kan untuk keluarga. Celik saja mata, otak dah ligat menu apa untuk dimasak. Bermula dari menu yang susah hingga ke yang paling senang.

Kalau kata dah tepu, jom kita cuba resipi daripada Faizah MH. Sangat senang tapi rasanya memang padu!

Makan pula dengan budu, hancurkan cili api atau sambal belacan dan jering muda. Dia punya penangan tu makan kenyang tidur berjam-jam la jawabnya.

IKAN TONGKOL REBUS GORENG ALA MAK MERTUA

Jangan Perlekeh Lauk Simple, Silap Haribulan Makan Bertambah Tau

BAHAN-BAHAN:

3 keping ikan tongkol/aye/kayu (tak kisah jenis apapun, yang keras atau lembut hitam atau putih)
Air untuk merebus ikan
5-6 keping asam keping – beli online di sini
Bawang putih | diketuk – beli online di sini
Halia | hiris – beli online di sini
Lengkuas | hiris – beli online di sini 
3 sudu garam kasar
Gula kabung @ gula melaka – beli online di sini 

IKLAN

CARA-CARA:

1.Sediakan ikan terlebih dahulu. Basuh dan tos. Ketepikan.

Jangan Perlekeh Lauk Simple, Silap Haribulan Makan Bertambah Tau
2. Masukkan bahan-bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Penyedap yang buat ikan rasa manis dan cantik bila digoreng ialah gula kabung/gula melaka. Letak sikit saja ye. Masak sehingga ia mendidih.

 

IKLAN

Jangan Perlekeh Lauk Simple, Silap Haribulan Makan Bertambah Tau
*Petua supaya ikan tidak hanyir ialah letakkan sesudu teh beras.

3. Agak-agak selepas 15 minit, bolehlah masukkan ikan. Masak hingga kuah tinggal sedikit sahaja. Sekiranya nak simpan ikan ni, buang dulu air rebusan sebab ikan akan menyerap masin.
4. Goreng ikan tadi bersama semua bahan yang dalam periuk tu. Bahan itulah yang buat bau harum masakan.

Jangan Perlekeh Lauk Simple, Silap Haribulan Makan Bertambah Tau
5. Siap untuk dihidang dan makan bersama nasi panas-panas.

Kredit resipi: Faizah MH

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Sedap Tapi Tak Ramai Yang Tahu, Ini Resipi Lauk Masak Lada Ikan Pari

Sedap! Resipi Siakap Laprik Ala Thai Masak Cara Kampung

Resipi Sate Ikan Homemade, Buat Banyak Boleh Disejukbeku

Pais Terengganu Guna Ikan Selayang, Cukup Ramuan Sempurna Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI