Nasi Ulam Utara. Bagi yang pernah rasa, pasti tahu keenakan hidangan ni. Ringkas sahaja penyediaannya namun rasanya memang sedap dan luar biasa. Kalau bulan puasa ni, memang laris! Ada yang berminat nak cuba? Ini resipinya.

 

NASI ULAM UTARA

BAHAN A ( ULAM-ULAMAN):

  • Daun pegaga
  • Daun gajus
  • Daun mengkudu
  • Daun kaduk
  • Kacang panjang
  • Daun Cemumar
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

( Info: Boleh juga guna daun-daun yang lain seperti daun seketut, cekur, putat dan lain-lain)

 

BAHAN B ( DITUMBUK):

  • 7-8 batang serai
  • 7-8 ulas bawang merah
  • 5-6 tangkai cili hidup
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 ketul kecil belacan – lebih sedap jika dibakar sedikit
  • Kerisik secukupnya
  • 3cm lengkuas
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto

 

BAHAN LAIN:

  • 1 ekor ikan tongkol – dibakar
  • 1 ekor ikan talang masin – digoreng @ dibakar

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Bahan A dibersihkan dan dimayang halus-halus. Jangan hiris besar nanti tercekik bila makan.

Jamu Selera Dengan Resipi Nasi Ulam Utara Paling Sedap & Mudah.

 

2. Bahan B pula dihiris dan ditumbuk hingga halus. Nak kisar pun boleh tapi pastikan guna air sedikit sahaja di dalam pengisar. Ia bagi mengelakkan rencah berair.

Jamu Selera Dengan Resipi Nasi Ulam Utara Paling Sedap & Mudah.

IKLAN

 

3. Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletak dalam nasi ulam.

Jamu Selera Dengan Resipi Nasi Ulam Utara Paling Sedap & Mudah.

 

4. Rupa ikan tongkol yang telah siap dibakar. Boleh juga tambah ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.

IKLAN

Jamu Selera Dengan Resipi Nasi Ulam Utara Paling Sedap & Mudah.

 

5. Letak nasi dalam bekas bersesuaian dan campurkan dengan bahan A dan bahan B. Gaul rata.

6. Masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.

Jamu Selera Dengan Resipi Nasi Ulam Utara Paling Sedap & Mudah.

 

7. Nasi Ulam yang telah siap digaul. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Siti Aminah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI