Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini mempunyai banyak khasiat terutama untuk kaum wanita. Ia dikatakan sungguh baik untuk wanita ketika datang haid atau period kerana ia akan melancarkan pengeluaran darah tersebut. Jika darah haid tidak keluar dengan lancar ia boleh menyebabkan kita mengalami senggugut. Hasil perkongsian saudari Dila Min yang mengamalkan minum air rebusan kurma cina merah ini yang di pelajari dari keluarga mentuanya yang berbangsa cina. Menurut Dila ia juga sesuai ketika berpantang untuk manambah darah. Berita baik juga untuk ibu yang memberi susu badan kerana ia juga boleh menjadi milk booster (menambahkan susu badan) dan boleh tambahkan goji berry atau black goji yang sama fungsinya.

Kurma Merah mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah serta sumber penting serat pemakanan dan kalium. Kurma merah juga menyediakan nutrien penting dalam diet seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6, Thiamin, Niacin, Riboflavin dan Zat besi.

 

Minuman Khas Kaum Wanita! Air Rebusan Jujube Melancarkan Darah Ketika Bulan Mengambang

IKLAN

Minuman Khas Kaum Wanita! Air Rebusan Jujube Melancarkan Darah Ketika Bulan Mengambang

 

IKLAN

Jom kita belajar cara untuk buat air rebusan kurma cina merah ini:

  1. Cara minumnya pelbagai. Boleh rebus atau rendam dalam air panas. Kalau hendak manis campurkan gula batu dan renehkan sekali.
  2. Boleh belah-belahkan buah itu dulu pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
  3. Nak masukkan dalam masakan pun boleh. Campurkan ke sup sayur, sup ayam, bubur nasi atau apa-apa yang sesuai. Kalau hendak masukkan dalam masakan pastikan buang biji terlebih dahulu. Senang terus boleh makan dan telan.
  4. Cara yang paling mudah hanya tambah air panas dan tambah sedikit gula perang. Wangi baunya.

 

IKLAN

 

Info: Nisbah air bergantung pada saiz buah. Lima biji bersamaan satu cawan air.

Kredit: Dilla Min

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI